Thursday, December 12, 2013

BERCAKAP DENGAN ANAK - SIRI I..

Hmm.. Penangan pembawakan budak kot. Tapi bila fikirkan balik, sian anak ai kat dalam perut ni. Tak memasal terlibat sama.. Mamanya bila boikot tak makan, lupa anak ey dalam perut. Macam tu je cara mama nak.. Marahkan diri sendiri, perut jadi mangsa! Lagi teruk, anak mama ditarik sekali! Maafkan mama nakk..

Tapi, papa ey buat tak tahu jek. Tu yang buat mama lagi geram! Mama rasa, mama yang merajuk dengan papa.. Tapi keadaan sekarang dah terbalik! Apa yang mama kena buat nakk?? Apa yang mama buat semua tak kena kat mata papa tu..

Cuti sekolah ni, kengkadang rasa macam dok kat penjara je.. Bila tinggal dengan family-in law ni takde masalah, tapi bila dah macam dok dalam dunia sendiri dah rasa jadi budak austism plak la.. Lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik layan perasaan sampai tertekan! Sian anak mama..

Bila nak selalu balik rumah serkam, memula macam ok, tapi bila terfikir pasal MIL kat rumah keseorangan bila FIL keje, kesian pulak dia sorang2 kat rumah.. Bila balik, takde benda boleh dibualkan, ye la, mama ni orang luar. Tak macam anak sendiri. So, bertempek la mama kat bilik nun. Tah apa yang MIL ngan FIL pikir bila mama dok terperap dalam bilik sana.. Macam mana nakk.. Ma cuma nak temankan diorang je..

Papa pulak, dari terbit matahari sampai terbenam n kembali terbit semula matahari dah masuk hari ke-3 dia buat muka.. Malam-malam jangan cakap la.. Air mata gugur sendiri nakk.. Papa lupa yang mama ni berdua ke?? Terasa hati mama ni.. Mama tau, bby pun rasa apa yang mama rasa ni kan nakk..

Pagi tadi bila asyik teman papa jadi patung masa papa sarap, tengok FIL dok siram pokok, mama rasa macam mama nak jadi pokok bonsai la sayang.. Kenapa pokok bonsai??

Walaupun pokok bonsai dikacip-kacip rantingnya setiap hari.. Dipatah-patahkan dahannya supaya menjadi bentuk yang diinginkan, memang sakit... Tapi disiram dan dimanja-manja dengan penuh kasih sayang. Kengkadang sampai berborak dengan pokoknya setiap hari.. Bila tiba masanya, bonzai yang telah membesar seperti apa yang dikehendaki, akan dipuji-puji. Bukan sahaja dengan pemilik bonzai sahaja, tapi dengan sesiapa yang memandangnya. Amazing kan nakk.. Walaupun sakit setiap hari tapi pengakhiran cerita yang menenangkan.. Waaa..

Tapi cerita kita macam mana?? Mama pun tak tahu nakk. Apa yang mama boleh buat, ikhlaskan diri dalam melayan setiap pe'el papa tu ek saya. Kita sama-sama cuba ye nakk..

Mama tau, anak mama rasa apa yang mama rasa... ~

Sunday, December 1, 2013

MASIH DALAM DILEMA

Huarghh! Di pagi ahad yang malas.. Dalam masa yang sama masih menimbang-tara tawaran yang ai dapat untuk next year project..

Mengajar tuisyen!

Alhamdulillah, taun 2013 adalah tahun ke-2 ai mengajar disana dan masih ditawarkan untuk terus mengajar kelas pra-upsr (tahun 2-5) dan upsr (tahun 6) serta pra-pmr (form 1&2). Subjek bm kesemuanya..

Walaupun ai bukan mengajar aliran perdana, tapi ai diberi kepercayaan untuk mengajar subjek tersebut..

Tapi bila difikirkan dengan keadaan yang bakal ai hadapi tahun depan dengan baby yang bakal dilahirkan insyaallah bulan jun nanti, mampukah ai teruskan tugas-tugas ai nanti. Jadual kelas tuisyen yang bermula pada januari ni dah keluar. Ai je masih belum respon dengan jadual tersebut..

Sebelum ni ai bujang, ai boleh je wat pape yang ai suka, tapi this time dengan perut yang semakin membesar, berat badan jangan cakapla kan.. Mampukah ai..

Incik ijie cakap dia tak kesah coz sabtu dia keje.. So ai kene tinggal umah jugak nantikan? Bila difikirkan balik, better ai keje jugak. Dapat la duit2 tepi sikit banyak pun kan. Tapi still in dilemma!!

Tolong saya bagi pendapat sket!