Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Friday, October 5, 2018

SIRI BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI #1

Takpe la...
Kau macam tak biasa pulak...
Hati orang kena jaga, hati sendiri, pandai la kau jaga sendiri..
Kau kan taff, kau kan sado..

Jangan bagi orang stress..
Kalau kau yang stress, kau telan, kau sorok diam-diam dalam hati yang kau jaga sendiri tu..
Takde siapa peduli, takde siapa nak amik tahu..

Taip panjang berjela bukan ada orang baca pon..
Silap-silap kau kena marah sebab taip benda macam ni..
Eh, ada pulak orang pedulik..

Takpelah Adie Nadiah, kau duduk diam-diam.
Jangan kacau orang sudah.
Kau ketawa ke, kau menangis ke, kau sentap ke kau je yang tahu..
Orang lain tak amik tahu, taknak amik tahu dan buat tak tahu je.

#HatiMohonSado #Makkkantaff #MakkKanSado #BawaDiriHeretHatiSeretPerasaan #MakanHatiMakananRuji #KahKahKah #TepukBahuSendiri #MacamTakBiasaPulak

Wednesday, July 3, 2013

HOLIDAY TIME...

alhamdulillah, last week penuh dengan aktiviti perabiskan duit gaji yang baru keluar... sehari selepas gaji keluar dah kene pergi overthesea.. LAWATAN KE SINGAPURA & JOHOR BAHRU.. tau-tau je la if dah pergi negara jiran tu, dia punya dollar jek dah brapa if nak convert dari ringgit mesia ni kan... keje punya hal, terpaksa pergikan jugak. walaupon pada hakikatnya, tiada mood and soul untuk ke sana~

ok, disebabkan ai lupa nak transfer gambar masa lawatan hari tuh, maka ai bukak cerita baru.. sehari lepas ai balik lawatan singapore tu, cik tunang mesej ai tanya samada ai ade kelas tuisyen ujung minggu tak.. of course la if dear dah tanya macam tu, mesti ada pape plan dear kan.. cik abang tanya pada hari jumaat, ai balik singapura n JB hari khamis... lantas, jumaat malam tu jugak ai call pusat tuisyen menyatakan yang ai amik half class aje this week..

ape tidaknya, cik tunang ajak pergi CAMERON HIGHLANDS! mungkin bagi orang lain, nampak macam cikai jek cameron tu kan. tapi disebabkan ai ni belum pernah sampai tanah tinggi tu, maka sedikit excited la kan... dapat lak cik ijie jugak belum jejakkan kaki kat sana...

setelah menempuh sabtu petang yang penuh mencabar, maka bergeraklah dua insan ini dengan membawa incik JNX bersama.. disebabkan sabtu malam ade final KELANTAN VS JDT, maka destinasi pertama adalah di SHAH ALAM! tak dapat tengok kat stadium punya pasal, so tengok je la kat awey area shah alam kan... then cari tempat stay pulak semua full booked! next destination is RAWANG! nasib baik ade tempat stay!

pagi-pagi morning [morning la sangat!] terus bergerak menuju ke CAMERON HIGHLANDS melalui SIMPANG PULAI.. bergilir drive ngan incik tunangla ape lagi... first time drive JNX sejauh ni ok.. dengan hanya berpandukan papago gps, maka sampailah kami berdua di cameron dalam tengah hari! alhamdulillah!

having some great-great-great moments for a while kat sana... bila lagi nak spent time macamni ngan incik tunang kan... hehehe..

here some combine pict! dah lama sey tak update belog with some pics kan!

some fun!

both of us! (not ready yet to expose incik ijie~ wahahahhaa)
sedikit nota kaki:
  • holiday yang tidak dijangka! thanx dear~
  • cameron highlands dah tak sejuk.. berpeluh kat ladang teh ok!
  • dah tak lorat nau if nak g cameron highlands tu~
  • 1st time holiday yang macam nih~ sukerrr sangat!!
  • sempat menyoping storebi (strawberi!), teh lemon, tshirts and so on~
  • having lots of lurve with him... saya sayang awak MTMA~

Sunday, January 6, 2013

BARU KU PERASAN...

satu moment yang cute berlaku hari ni iaitu 06 Januari 2013 iaitu

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

alhamdulillah~
syukur alhamdulillah... kami telah bersama selama 2 tahun, 2 bulan, 2 minggu dan 2 hari.. 
kawan-kawan doakan jodoh kami berpanjangan yek.. 

saya sayang awak~
MOHD. TARMIZI BIN MOHAMED ALI~

Thursday, March 10, 2011

OPKIM POS BETAU - SIRI II

~ Banner OPKIM~
siri ke-2 hanya untuk memaparkan sedikit tentatif mengenai program sepanjang kami berada di sana... ngee...




gambar-gambar seterusnya adalah sedikit sebanyak mengenai pantang larang dan maklumat ringkas mengenai orang asli.. taklimat disampaikan oleh en. Achom [betul ke ejaan nama dia nih??? maaf jika salah]. beliau merupakan salah sorang daripada orang asli yang berjaya. salah seorang DJ di radio Asyik.Fm [radio orang asli RTM] and dengar khabarnya anak-anak beliau ramai yang dah meneruskan pengajian kat universiti.. kau ada???

lagi gambar & cerita selepas ini...

Sunday, March 6, 2011

OPKIM POS BETAU - SIRI I

wah, bersiri-siri plak.. sebab ini cerita hampir 4 hari punye cecite k.. hehehe. opkim pos betau??? apakah benda alah tersebut??? ia merupakan satu program yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tahun 4 fakulti pendidikan di bawah kursus Sains Kehidupan. grup tutorial kami terdiri daripada 26 orang pelajar yang terdiri dari pelajar program pendidikan khas (most of us la), TESL n Sains dibawah seliaan dr.R (bukan nama sebenar~)

first meeting dah kene pilih sekretariat yang diidam-idamkan memandangkan kami-kami tak ramai, jadi better wat keje yang kita suke ye tak.. so, ai macam merasakan bahawa dunia TTK [tugas-tugas khas] dah sebati dalam diri ai.. cewah~ ye la, dah 2 program yang kitorang handle, ai joint sekretariat TTK.. once jadik timbalan TTK, 2nd lak ai xmo pegang ape-ape jawatan just ajk biasa kat TTK tu jek.. so, untuk opkim pos betau ni, ai volunteer jadik ketua TTK dan dibantu oleh min and amal.. ngeee...

sambung cerita lagi...

Monday, February 14, 2011

HARI INI...

hari ini, 14 feb 2011. Hari Valentine. Ai tau sal tu. tapi tujuan disini bukan untuk menyambut hari Valentine yang jauh menyimpang dari agama ai…

2 tahun lepas, 14 feb 2009, telah terpatri satu janji antara dua orang .. disebabkan oleh perjanjian 2 tahun ini, bermacam-macam perkara telah dilalui.. hmmm its hard to explain bout this.. so hard..

Tu cerita dua tahun lepas.. tapi setelah 2 tahun itu berakhir, dan tarikhnya telah tiba, ai rasa ai should write something bout this. This is bout someone and MYSELF. Yes, it’s me! Tak perlu ai ceritakan siapa ‘someone’ tersebut.. It’s no need.

Tiada niat terselindung disebalik entri ini. Hanya luahan perasaan semata-mata. Tiada paksaan. Dalam erti kata lain, entri tanpa arah tujuan..

Tak tau apa yang perlu diucap. Happy?? Sad?? I even really do not know the actual feeling… diharap bermula dari tarikh ini akan memberi sinaran dunia baru terhadap ‘Si Dia’. Anda tidak lagi terkongkong atau terikat dengan janji 2 tahun tersebut and the worlds out there are waiting for you.

Apa yang ‘aku’ harapkan adalah ‘kau’ memberi sedikit ruang kepada ‘aku’ untuk memohon maaf atas kesilapan ‘aku’ yang dulu. Ya, banyak kesalahan yang telah ‘aku’ lakukan kepada ‘kau’. Jahatnya ‘aku’!!! [tunduk]. ‘aku’ sedia menerima segala ‘hukuman’ yang telah ‘kau’, sahabat-sahabat, kawan-kawan mahupun ahli keluarga ‘kau’. Sebab ‘aku’ tahu, ‘aku’ yang bersalah.. dan aku telah ‘terima’ itu semua. Tiada yang sempurna, terutamanya insan yang bernama ‘Nurul Nadiah Binti Isnan’… masih banyak yang perlu diperbaiki dalam hidup ‘aku’.  'Aku' tahu dan ‘Aku’ sedar akan itu…

Di sini, ‘aku’ mahu ‘kau’ tahu bahawa ‘aku’ masih dan sentiasa anggap ‘kau’ sebagai seorang teman, rakan, kawan, sahabat yang baik, terbaik mungkin, selama aku mengenali ‘kau’. ‘Aku’ tidak salahkan ‘kau’ atas apa yang berlaku sebab ‘aku’ tahu ini MEMANG salah ‘aku’. Nokhtah!

Tak perlu cerita panjang, takut disalah anggap dengan entri ini. Sekali lagi, ‘aku’ memohon beribu-ribu, berjuta-juta mungkin, atau memang tidak terkira kemaafan yang sepatutnya aku pinta dari ‘kau’… Farewell my friends..

Nota kaki:
  • Always pray for your happiness. Hope you do the same [amin~]
  • You are my friends, not enemy [harap dijauhkan~]
  • Ucapan selamat untuk seorang sahabat dari seorang sahabat…

p/s: entri ini telah ditaip pada tanggal 14 feb 2011, 2.49am tetapi terpaksa dipublish lewat kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan.

:: ENTRI EMOSIONAL TAMAT ::

Friday, February 11, 2011

I-CITY, OUR CITY...

akhirnya, cita-cita nak sampai ke Bandar Saya I-City tercapai jugak.. agak lama jugak mengidam nak sampai kat cini, last-last, 21 Jan 2011 yang lepas dapat jugak menjejakkan kaki kat cini... mungkin agak lambat ai publish this stori. ade sebab ey la kan why ai lambat publish.. mula-mula ingatkan memang tak nak publish pon, tapi disebabkan oleh kenazakkan line internet kat kolej ai, and ai pon takde benda nak menghadap, maka, tangan gatal ai pon mula mengedit gambau. dah alang-alang edit gambau tu, bek ai upload terus gambar kat belog. ade gak citer nak tulis kan.. ngehngehngeh...

actually, masa ai kua dating ngan en.ijie, tak terlintas langsung nak gi kat cini.. tapi bile ade satu insident rajuk-merajuk berlaku, maka en.ijie pon tah macam mana ley sesat bawak ai kat cini.. [tengkiu en.ijie!].

berikut merupakan sedikit gambar keterujaan semasa ai berada kat I-City, Shah Alam tersebut...

~ muka puas ati... ~
 another 2 piece of combo photo right after this...

Tuesday, December 21, 2010

TUTUP DAN SIMPAN SEBAGAI MEMORI…

15 Dec
Aku rasa aku kene tulis jugak citer ni kat blog aku.. bukan untuk membuka cerita, tapi lebih kepada untuk kepuasan diri sendiri. Mungkin citer kat blog [menaip actually] dapat kurangkan ape yang aku rasa selama ni… bukannye tak nak citer kat lisan, tapi biarlah monolog menjadi pilihan aku..

“Persahabatan Biasanya Berakhir Dengan Percintaan, Tapi Percintaan Tidak Pernah Berakhir Dengan Persahabatan…”

Ape pendapat korang ngan statement di atas??? Mungkin betul mungkin tak… lain orang lain cara pemikiran dia.. bagi aku plak, statement tu macam tak brape nak best.[bileh plak mcm tu..]  It doesn’t mean u are not in love with that person anymore, your relationship that have u been done before have to cut off!!!

Yes! Aku bukan citer sal orang lain, tapi citer sal diri sendiri.. dalam blog aku ni pon, banyak kali aku highlightkan nama dia.. dulu lain sekarang lain.. tapi bagi aku, aku still anggap dia as my friends. Aku tak tau plak bagi dia macam ne plak kan. It’s up to him la.. bukan aku tak nak amik kesah, tapi keadaan dah berubah sekarang…

Aku cuba jaga hati semua orang tapi kengkadang bile terlalu “tamak” untuk menjaga ati tersebut, mungkin ade jugak ati yang terluka…

Mungkin pendekatan yang aku amik ti tak brapa nak tepat, bagus dan mungkin lebih kepada kepentingan diri sendiri, aku tak tau plak. Tapi ape yang aku wat harap ni dapat sedikit sebanyak membantu kedua-dua belah pihak. [kot la…]

Kami kenal dah agak lama.. bukan agak lagi, tapi memang lama pon.. aku tak penah salahkan dia, sebab aku tau, aku lagi banyak salah berbanding kesalahan yang dia penah wat kat aku… bukan aku tak nak cuba untuk baiki kesilapan aku tu, tapi benda-benda macam ni aku tak leh nak paksa-paksa…

Aku tau, semua orang [kot..] pandang aku ngn pandangan ‘bertanduk’… terutama kengkawan dia yang sentiasa ada kat sisi dia tu... sedangkan masa aku ‘dengan’ dia dulu pon, ade jugak citer-citer yang tak bape nk sedap aku dengar, so, aku tak nak ‘dera’ lagi kawan kesayangan diorang tu...

Mungkin ape yang aku wat lebih kepada membawa ‘cedera parah’ kat dia, tapi aku harap kecederaan yang dia alami selama ni dapat membawa ‘kulit’ baru dalam hidup dia...

Sedikit nota untuk si dia yang pernah aku panggil “ B”…
  • I noe, this is hard to you, but, sincerely u are the best part of my life dear…
  • Maaf sekiranya banyak mengganggu, menyusahkan, merimaskan, mengguris, menghancurkan, dan sebagainya dalam hidup anda…
  • Anda masih lagi my best friend.. not ENEMY [for me la, but for u, I don’t noe…]

Thanks coz being a part of my life…

Friday, July 30, 2010

NEK TEH GRANCHILDREN CLUB (NTGC)...


wah, ni entri paling bahagia aku nak wat..nek teh grandchildren club alias ntgc adelah kelab tak berdaftar yang diasaskan oleh cucu-cucu nek teh.. sejarah penubuhan kelab ni adelah disebabkan oleh gambar di bawah:

   
ada ape dengan gambar di atas??? ni adelah gambar harta kepunyaan hajah puteh bt md said merangkap mak kepada mak aku yang juga dah semestinya nenek kepada aku.. gambar ini diambil dari fb abg ngah @ khalis [maaf sekiranya ambil tanpa izin!]. gambar ini telah menyatukan anak dan cucu nek teh di alam maya.. sehingga sekarang, gambar tersebut mempunyai 407 comment di dalamnye ye.. [impress sebentar!]. semua dok menyingkap kenangan di rumah ni... dari cerita lama sehingga la cerita in future! dan di gambar rumah nenek kesayangan aku ni la tertubuhnya kelab tak berdaftar NTGC..

sebelum aku bercerita dengan lebih panjang lebar, meh cite cket mengenai family besar ni.. 
  • nek ade 9 orang anak yang masih dalam keadaan sihat.[actually aku tak tau bilangan sebenar adik bradik mak! cz ade yg dh kembali ke ~~ malu2~~] which is.... [maybe not in correct order!]:
pak long @ pok long ---> menetap di australia!!! susah mau jumpa ini family!
mak ngah @ angah besau ---> setia menjaga nek [salute her!] *duduk ngan nek!*
pak uda @ pokde nafi ---> menetap di pahang.. 
pak andak said ---> singapore mali. bile jumpe asyik dok gelak je!
pak itam yusof ---> dok kat pulai jak [sebelah kampung!]
pak lang zainal ---> hanya selang beberapa rumah dr umah nek!
cik @ encik???---> dok kat jb-pasir gudang
mak uteh @ mokteh mas ---> mak aku ler tu...
mak ati ---> dok kat klang jak!

  • nek menetap di km.18 kampung serkam, merlimau melaka bersama anak, cucu, dan juga cicitnye..
  • nek pantang dengau anak-anak dia nak balik.. mula la dia nak simpan makanan terutamanye bab makanan.. sampaikan kene catu kat umah tu.. hehehe
  • umo nek sekarang dalam 80++ kot. kalo tak silap aku ler

berbalik dengan citer NTGC, dalam keghairahan mengomen kat gambar umah 2, tah sape yang mengilhamkan acara pertama yang boleh dibuat...reunion, ala-ala family gathering or family day la konon-kononnye. bermacam-macam benda yang di-suggestkan, dirancangkan dan sebagainya, 03 julai menjadi tarikh keramat 1st event NTGC.


acara bermula pada magrib di mana sedikit tahlil n doa selamat sesama keluarga dilakukan di rumah nek sendiri sebagai tempat paling bersejarah. 1st time dapat berjemaah bersama-sama kaum kerabat! pas semayang, acara makan-makan la ape lagi.. BBQ menjadi santapan utama. ade udang besau-besau, ikan besau-besau, sotong besau-besau, otak-otak, satay, nasi lemak... fuhh..memang best! macam-macam ado! tapi macam tak puas ati coz aku dapat makan udang kecik-kecik je... bayangan sotong bakau besau memang aku tak nampak.. hmmm tak de rezeki aku agaknye... takpe, takpe, next time NTGC punye event, siap la...

acara kemuncak adelah bila kek yang di-sponser oleh kemal [kazen kesayangan aku!] dibawa keluar. ari jadik sape plak nih???? of coz la ari jadi nek teh!!! wah!! lagu "slamat hari jadik", "allah selamatkan kamu" bergema pada malam tu khas ditujukan oleh anak,cucu, cicit n beberapa jiran tetangga untuk nenek! best sangat-sangat!. kekecohan berlaku bile mak lang mencetuskan peperangan kek di antara kami-kami.. aduh, sume jadik mangsa keadaan. takde yang terkecuali...

ni adelah acara NTGC yang pertama dan tidak mungkin yang terakhir.. insyaallah... memang best sangat bile dapat kumpul ramai-ramai macam ni kan... sedikit nota kaki untuk post kali ni:
  • semua anak nek hadir kecuali family poklong yang berada di australia n pak andak singapore. hafriz, anak pak andak janji nk turun melaka, tp last minute ade emergency case katenye and family diorg tak dapat nak balik... so sad to hear that! =(
  • semua berkolaborasi dalam menjayakan 1st event NTGC... 
  • semua cucu-cucu nek yang dh bekerjaya dikehendaki memberikan nenda hadiah! huhuhu.. [nasib bek aku terlepas... hahahha]
  • special thanks to pokde kerana penyumbang utama event ni..
  • sonok dapat jumpa kazen yang jauh di mata dekat di ati ---> kak el [anak pokde!]
  • nek dapat cucu angkat ---> meen @ minto yang kebetulan dipaksa dan terpaksa hadir ke majlis tersebut cz on the same time kitorang tengah praktikal kat smk padang temu [meen dok umah aku sepanjang praktikum!]
  • mintak maaf kat empunya gambar ---> abg zol ngn kak y coz publish gambar ni tanpa kebenaran terlebih dahulu...huhuhu [cz black bluey aku sedang nazak ketika ini...]

thatz all for now, thank you! huhuhu


antara sepupu sepapat kaum kerabat juga orang kuat NTGC!!! miss u!

salamanisemanisenyumanku:
adie_nadiah

Monday, July 26, 2010

LONG TIME NO SEE...

wah, lama benau aku tak update blog aku ni.. rindu plak untuk berblogging. tapi so far, ape yang nak aku coretkan kat sini. actually, macam banyak tapi tak tau dari mana nak mula.. owh ye, citer-citer kat bawah ni aku penah stori-mori sal aku punye praktikum. tak banyak yang aku leh citerkan sal praktikum cz sumenye so far so good. [good ke???]..

cerita 1 ---> praktikum:
sepanjang 8 minggu aku berkhidmat kat smk padang temu, melaka, macam-macam aku dapat. kusangkakan menjadi seorang guru amat mudah, tetapi hakikatnye, hanya tuhan saja yang tau. walaupon student aku tak seramai pelajar tipikal biasa, tapi menghadap perangai n peel diorang aje dah macam mengalahkan 1 kelas tipikal serapai 40 orang! hasil cabutan bertuah, aku ditugaskan untuk mengajar 2 kelas. 1 fitrah ngan 2 fitrah. dua-dua kelas yang "bertuah" ni hanya mempunyai 4 orang sahaja pelajar yang perlu "dipulihkan" dengan pencalonan oleh guru kelas diorang. 4 orang 1 kelas ni hanyalah 4 orang insan terpilih daripada kelas-kelas berkenaan ye... aku dikehendaki untuk mengajar subjek matematik bagi kelas 1F yang terdiri daripada fitri, johari, muzaimy n nasrul [bukan nama sebenar!] manakala 2F pulak yang terdiri daripada ali, mohd hanafi, norhanafi n aiman [juga bukan nama sebenar - aiman tak lama kekal belajau ngan aku coz dia pindah smk pernu la pulok!] bahasa melayu menjadi subjek aku kene ajau...

bagi aku ajau bahasa tak la susah mana, yang paling killer buat aku adelah mengajau math. bukan sebab subjek tu sendiri, tapi sebab student yang memang terus terang aku cakap, aku tak ley nak handle that klas. klas bermasalah, klas yang tu la... ade sorang student dalam kelas tu, perangai memang mengalahkan 10 orang punye perangai. bile dia tak datang je, macam nak je wat kenduri doa selamat, bile dia datang skolah, rasa macam nak wat kenduri tolak bala la orang cakap.. tapi ape-ape pon, diorang tu tetap student aku, n aku kene jalankan jugak p&p dalam ape jugak keadaan. yang sorang tu, kalu member kamceng dia tak de kat klas, pasif ya amat, bile member tu datang, hyper mengalahkan budak hyperactive. dok membuat kerjasama mengacau member lain yang nak study.. pelajar zaman sekarang, cikgu kat depan pon dipandang sebelah mata... tapi "we are profesional".. dah tau ape "masalah" diorang, so, nak tak nak kene adapt tu smua. 

tingkatan 2F, menjadi target aku bile lecturer, dr.M datang untuk mengobserve. aku tak berani amik risiko menggunakan kelas 1F sebab aku tau tahap kemampuan aku untuk menghandle kelas berkenaan. walaupon tahap kesabaran aku turut digunakan secara maksimum untuk mengajar kelas 2F. 2 daripada 4 orang pelajar dalam kelas pemulihan 2F aku ni mempunyai masalah membaca. kalau nk suruh baca 1 perkataan  tu, pergh, macam suh berperang.. ade jek alasan diorang. masa nak abis la, dok tergaruk-garu kepala yang mungkin tiba-tiba je kutu menakluk, suh orang laen bacekan la bagai... tapi aku dah leh nampak perkembangan pembacaan diorang. well done!!!

banyak lagi stori sal praktikum ni.. sory to say, xpat nak stori semua la beb... berjela-jela plak kang.. lagi pon, gambau-gambau masa praktikum aku tak abis pungut dari debot. disebabkan black bluey aku dalam keadaan nazak sekarang [ tapi dalam proses pemulihan coz dah gi antar spital!!], memori praktikum aku tak dapat dimanfaatkan bersama black bluey... nanti-nanti ade masa aku selit-selitkan sal citer masa praktikum k...

cerita 2 ---> aku dah senior!!!
abis aje praktikum 09 julai, 11 julai dah kene balik ukm semula... sebab ape?? sebab aku nak booking blok k3a kolej dato onn as tempat pertapaan aku untuk setahun akan datang.. dh la tak puas untuk bercuti, pas abis praktikum terus balik ukm.. mengeluh sebentar!.bile menjejakkan kaki kat ukm, baru terpikir, ya allah, dah hampir 4 taun aku kat sini.. super duper senior dah! rasa kesunyian mula menusuk coz ex-ex-rumet aku macam azza [rumet taun 1], n fiezah [rumet taun 3 - last year] diorang akan berkonvo pada bulan 8 ni.. sebab diorang punya kos hanya 3 tahun... fakulti pendidikan, kejuruteraan, perakaunan [kot] undang-undang, sains dan teknologi [depends pada kos] semua 4 taun... so, member-member yang 1 batch masuk ukm sama aku lebih dari separuh daripadanye akan mulai berkonvo bulan 8 ni.. besh nye..!!! aku ni masih lagi meneruskan pengajian...bohsan, xde member.. bukanla aku sorang aje yang belajau 4 taun, tapi aku ni jenis tak ramai member terutama sekali member kolej.

bile daftar kolej, alhamdulillah, dapat jugak blok yang aku idamkan, k3a.. aku nak sangat dok blok ni bukan ape selesa pon selesa coz 1 bilik cuma 2 orang, n yang paling aku suke, toilet dalam bilik. so, tak de la aku nak berebut-rebut toilet ngan orang lain melainkan ngan rumet aku je.. tapi dengan sedihnye, aku dapat bilik ditingkat yang sama ngan sem lepas. aras paling atas skali.. paling sadis, bilik bersebelahan ngan bilik last sem aku... dulu 401, sekarang 402! coi!! puasla aku dok mengusha abang felo mintak tukar aras bawah, alasan dirong dah tetapkan bilik mana student duduk.. hapeh tol.. 2,3 hari aku dok tanpa rumet, bile masuk seminggu  pon rumet aku tak cek-in kolej... aku try rujuk kat pejabat kolej, dia ckp mybe rumet aku tu tak balik praktikal lagi. sebab tu dia tak masuk kolej lagi. aku try mintak tengok list penghuni kolej, aku tengok ade jek budak yang ley tukau-tukau bilik, dari aras 4 yang sama macam aku, bole plak tukau ke aras 2!! ha**ak punye pejabat... aku redha je la dpt dok kolej ni.. and, untuk pengetahuan korang, dah nak masuk sebulan ni aku duduk kolej tanpa rumet dan aras aku ni cuma ade 3 bilik je yang berpenghuni, bilik 401, 402, n 403 je ade orang. kira bilik aku tengah-tengah la. tapi sebelah-sebelah bilik aku ni chinese la pulok... layan je la...

tahun 4 sem 1, banyak benda kene wat.. tesis atau LI [latihan ilmiah!] kene setelkan sem ni jugak. i thought tesis ley wat 2 sem, upenye kene setelkan sem ni.. hadus... harap-harap semua berjalan ngan lancar... bermula sem ni, kitorang punye penyelaras program pendidikan khas dah bertukau tangan dari pentadbiran dr.M kepada en.S [bukan nama sebenar!] dengan ini jugak secara tak langsung budak-budak pemulihan dah resign dari wat keje-keje melibatkan program.. huhuhu... lately, en.S sudah menunjukkan belangnye dengan membacakan result exam taun 3 sem 2 kpd smua student!! hadoi!! ade baik, ade buruknye beliau buat macam 2.. kebaikan dia adelah untuk bagi kesedaran kat student yang lupe tanggungjawab masing-masing iaitu study! [termasuk la aku coz result sem lepas aku memang merudum!!! hawau!].. dan antara keburukan dia adelah wat student rasa down gile bile dimalukan sebegitu rupa.. [aku pon terasa gak!!] klo result gempak, boombastik, memang kembang bermangkuk-mangkuk dipuji depan member-member lain, tp bile sebaliknye, faham-faham sendiri lor [dah taun 4 kan... tak kan tak faham lagi kotz!] so, gud luck all of you yang still melanjutkan atau meneruskan pengajian anda.. before aku lupe, tahniah gak untuk kazen aku, ana yang dapat masuk UM. kos ape aku xpasti plak n danial, adik kepada ana  dapat masuk KPTM melaka...

cerita 3---> sense of belonging yang melampau???
cerita yang bakal aku ceritakan ni tak ada kaitan dengan sape-sape.. this is only my emotion je k..aku ni nak katakan ramai member, macam tak ramai sangat coz aku akan stick ngan member tu je pada suatu-suatu masa. aku memang sayangkan kawan-kawan yang aku ade. tapi aku mempunyai masalah dalam sharing kawan ni.. aku rasa bile kawan aku sendiri macam membiarkan aku sorang diri aku rasa macam dia tak patut wat aku macam tu. maksud aku kat sini, bagi aku, kawan aku adelah kawan aku n tak boleh nak kawan ngan orang lain. boleh tu memang la boleh tapi jangan la dok biaq aku sorang-sorang... [touchy la pulop!] aku tak tau kenapa aku leh rasa macam tu.. yes, aku mengaku, aku ni sorang yang tak boleh berdikari, mengharapkan orang lain untuk memimpin aku, perlukan orang laen untuk membawa aku ke jalan yang benar gitew! aku perlukan sokongan orang lain dalam hidup aku... so, bile orang yang aku begitu harapkan, tibe-tibe ala-ala "berpaling" dari aku, memang aku rasa down giler! adus.. ape yang aku ley wat ek?? any opinion???

walaupon macam tu, aku still ade kawan-kawan yang aku kawan dah lama sangat. ade yang sejak dari skolah rendah, n menengah, diorang still macam dlu. "tak berubah" bagi aku.."tak berpaling" untuk aku... fizhan, antara orang yang paling memahami diri aku. aku ngaku, takde orang lain yang leh faham perangai aku ni selain daripada dia.. even dia n diri aku sendiri tak boleh nak bace rentak hidup aku ni, tapi aku senang kawan ngan dia... share citer-citer remeh pon leh aje.. kengkadang aku tukau shampoo baru pon nk jugak citer kat dia.. kalo orang lain, ley ke macam tu???? thnx dear!

selain daripada fizhan, adhwaa adelah kawan aku sejak aku skolah rendah lagi. tp semenjak masing-masing dh bawak hidup sendiri, aku ngan study aku, dia ngan keje dia [kompol duit untuk kawin katenye...] kengkadang takde masa untuk satu sama lain. tapi we are still keep in touch. sekarang ni aku dok merajuk ngan dia sebab bile aku balik melaka, dia takde masa nak jumpe aku. kalau aku tak balik melaka, dia suh balik, bile aku dah balik, dia plak tak nak jumpe aku.. hampeh la kau hwaa! 

iksan, mat tiarap [soljar @ tentera la...] yang kini dok kat sibu, jugak termasuk dalam list aku.. you are my best fren la san! kau leh je detect ape masalah aku kan.. ngan kau aku tak leh nak tipu-tipu.. dapat je bau ketipuan aku tu kat idong kau tu... sekarang san dh tunang... bahagia aku tengok kawan aku bahagia!!! untuk pengetahuan kau san, aku selitkan nama kau kat sini bukan sebab kau suruh, tapi ni memang ikhlas dari ati aku.. salah satu cara aku nk menghargai kawan-kawan aku..aku sayang kawan-kawan aku!!!

kesimpulan --->
wah, dah panjang lebau plak aku tulis untuk post kali ni..  awal-awal tadi cakap takde idea la bagai nak menaip tp bile dah stat menaip, smpai tak cukup korum aku tulis.. so, ni antara nota kaki untuk post aku kali ni:
  • result praktikum blom kuar lg... still TL lagi [bukan tidak lulus, tapi tak lengkap. tak tau ape yang tak lengkapnye lagi!! ] congrates untuk kawan-kawan aku yang berjaya dengan cemerlang dalam praktikum macam faizal yang dapat A! kamarul u got A-! dan kawan-kawan laen yang tersenarai dalam grup A, A- dll lagi.. aku punye result still pending lagi nih!!
  • sweet memories derive from preety begining - smk padang temu, melaka sweet memories out there!
  • maaf kat kengkawan yang aku tak listkan dalam best frens aku, bukan tak nak listkan tapi tak cukup korum, ade masa aku stori mori lagi k..
  • aku ade member yang study over the sea, saiful salleh study kat mesir! dia adelah kwn aku ms primary skool dulu..nice meeting you again! persahabatan kembali terjalin setelah "berpisah" selepas membawa haluan masing-masing after UPSR dulu.. (^_^)v
  • wish me best of luck at this final year!!!

Friday, March 19, 2010

CERITA MAJLIS MAKAN MALAM KDO 2010...

lepas cerita HTPK, aku smbung plak ngn citer mjlis mkn malam kdo. kdo stand 4 kolej dato onn kepada sesape yg xtau la..hehe. mcm aku citer gak dlm entri yg lepas, kdo pny tema dinner taun ni adelah "COLOURS OF BOLLYWOOD" ye.. myb sbb aku pny ydp kolej adelah bketurunan indian kot, sbb 2 la dia pny tema ala2 guling2 gitew... dinner taun ni berlaku pd tanggal isnin 08 mac 2010 bertempat kat DECTAR [dewan canselor tun abdul razak, ukm].. b4 this, aku dok tempah meja ngn fieza, rumet aku n the geng.. dsebabkan aku kekurangan member kolej, so, aku join je la grup fizah. nombor meja kitorg adelah 17 ye..tp xbertuah pon..hahaha..

citer cket sal tema dinner...gile meroyan aku nk cari baju ikot tema nih. klo fizah senang je, diorg kai jubah like2. then, even aku ni xde la popular sgt kat kolej ni, tp that night nk jugak glem kan. ye r, senior taun 3 katekan.. berbaki setahun lg kat ukm [taun dpn tah dpt stay kolej ke x......] nk jugak rasa dinner yg bergemerlapan gitew. ye r, masa 1st year dlu, bodo2 je gi dinner, aku ingt lg ms 1st year, tema dia adelah: korporat-merah, hitam, putih. masa 2 aku just pkai slack putih, baju kemeja belang2 itam merah n tdung itam kot aku pkai.. mmg "suci" lg time 2.. msuk 2nd year, tema dinner adelah ape ek aku lupe r, tp mcm tradisional ke ape like2 dlm era 60-90an.. aku suh mak jait baju kota bharu bgai.. n this year, ngn tema bollywood, aku stuck! nk beli baju, try2 tny mmber, rmai kate mahal baju2 punjab ni even kat jalan TAR skali pon.. so, bile balik mlaka, aku pnh gak try survey bju 2 kat jalan bunga raya, ade paling murah pon dlm rm 59.++. bile pikir2 balik, mcm mmbazir je aku nk beli baju2 mcm 2.. ye la, korg nk aku pkai ke mana ngn baju 2??? praktikum nnti ke??? sedangkan bju kurung pon just hari2 terpilih je aku dok cun ngn baju kurung, ni kan plak baju like that kan...

mmg stuck gile r sal baju this year. sbulan awal bile pat tau sal tema dinner, aku dok usha si samini, coursemate aku.. bajet nk pinjam baju dia. tp mslhnye, dia 2 jauh2 berbeza berat bdan ngn aku ni ha yg comey katenye... samini 2 kurus sket drpd aku [sket ke???? tetttt]. then dia kate ok..lega la jugak, tp agak risau sal saiz baju 2. tp samini ckp dia pny baju 2 bile dia pkai, baju 2 bsr sket dr bdn dia. n aku twakal je la.. sminggu b4 dinner, aku rujuk balik kat samini sal nk pnjam baju.. tp mslhnye, dia xpat nk bg aku bju 2 awal cz dia nk balik kg ujung mggu 2 utk amik baju 2 sedangkan dinner aku pd hr isnn. dia ckp dia akn bg pd hr isnn 2 jugak cz ktorg ade klas sama. hmmm berserah je la dik ooi sal baju 2. pas dpt baju samini, balik bilik terus try baju. aku wat persiapan ngn pinjam 2 psg baju smini. cz mn la tau kan 1 bju xmuat ke kan.. n btul tekaan aku. nsib bek pnjm 2 lai, klo xaku nk kai ape mlm kjadian 2... aku just try baju jek tp sluar xtry cz dgn harapan leh pkai jugak la. bile dok lepak kat bilik kak yah cz nk try usha tudung utk suaikan ngn baju, kak yah suh aku try kai full set of tht baju. malangnye, suar 2 plak slek... cz kaki sluar 2 jnis ikut kaki n kecik.. gelabah sat aku.. trus call sha tnya ade legging ke x.. nsib bek kak yah n kak da suh try, klo xmmpuih aku...

alhmdulillah, nsib bek sha ade legging... so, pinjam legging sha la. citer sal sha, aku tempah sha utk dok mekapkan aku utk dinner 2. 1st tyme sha mekapkan aku. b4 this pny dinner, dia pnh mekapkan EX-rumet aku last unluck year, si pompuan cit 2.. [sape 2?? aku ilang ingatan sal x-rumet aku??? perlu ke aku ingt kat dia???]. so, upah sha utk mekap aku. sha dtg kolej aku n stat mekap aku dlm kol 6.45ptg. aku ingtkan mcm awal sgt de dia dtg nk mekap, tp upenye mmg take time.. sha abis mekap aku dlm kol 7.45 lbih kurg.. nsib bek tyme 2 aku "cuti bulanan" kan.. hahaha. so, nk tau ape perubahan yg sha wat kat muka aku ni??? jeng..jeng..jeng... [anda semua dkehendaki untuk menarik nafas pnjng2 n dalam2 n jgn lupe hembus ye....n kene la korg terima hakikat bahawa ini adelah the real adie nadiah after the transformation!]


korg jgn terkejut plak nape aku kai tdung mcm 2 k.. 2 cz tdung express.. cz sha nk amik gmbr tranformasi 2.. huhuhu.. ade mmber yg komen dlm fb aku sal gmbr ni katenye dh mcm "tok ti" plak cz aku kai slendang like tht.. aku rs tok ti yg mcm aku kot.. hahhaha [berperasan plak aku! cis..] so thnx kat sha cz grooming aku smpai jdik mcm 2.. mana xnye, abis muka aku ditonyoh2, ditiup2, disental2 dan berbagai aksi sha ngn brg2 mekap dia 2..hehehe. btw, gud job sha!! so, ni la wajah2 aku pas aku tukar baju..hehe..


baju yg aku pkai ni adelah mcm baju punjab paras lutut. sluar original dia kaler krim and ade manik2 kat ujung kaki sluar 2 tp memandangkan aku xleh nk pkai sluar 2 cz kecik sgt [sluar 2 yg kecik ke kaki aku yg besar sket dr sluar?????], so aku tukau ngn legging sha. tdung ikut ckp kak yah n kak da, iaitu msuk dlm baju cz klo kai silang or wat ever, manik2 kat leher baju 2 akan tertutup. tol gak ckp diorg. n lg 1, memandangkan lengan baju 2 pendek, aku pkai hand sock.. klu nk kai inner, rsnye xleh kot cz baju 2 pn dh muat2 je ngn aku.. then xlupe gak ngn selendang krim yg tlh tersiap sedian ngn baju 2..so, nk tau mcm ne rupe aku on that night??? jeng3!!


aku sendiri telah mencacatkan "keindahan" aku pd mlm 2.. ye la, yg wat slek kat aku adelah spectacle oren aku 2... cz aku ni lom penah wat 'hari ini dlm sejarah' ngn pkai lens lg.. so terpaksa la aku kai spek oren yg sntiasa mnemani aku pd mlm kejadian.. so, wat ever la. xkan la aku xkai spek plak. kang tah sape2 yg aku teraba.. [opppssss...]. lg 1, mlm 2 aku kekurangan aksesori cz aku mmg xbersedia ngn dinner utk taun ni, just capai ape yg ade jek. dh la kai kasut yg biasa aku bwk g klas [biasa ke???] n beg kecik polka dot coklet aku 2.. lantak r..xde org yg nk usha aku pon.. hahaha

kitorg turun ke dectar agak lmbt plak dsebabkan oleh mslh teknikal org pompuan yg sibuk nk cantikkan diri mlm 2.. tp nsib bek mjlis lom mula lg. hahaha..ape mkn ek mlm 2..hmm bg aku mcm sama jek taun lepas n 2 taun lepas. siyesly, lauk sama beb!! haprak tol la.. cuma bezanya just nasik tukar dr nsik putih ke nsik briani [kot..], ade tmbahan papadom, "pencuci mulut" yg like2 n dh aku xnk komen lg.. sal souvenirs plak mmg lg aku xnk komen... diam2 suday.. so, below is the picture of my frends n me on that night!

pas abis je dinner, fizah n the gang nk berposing untuk last dinner diorg kat kolej cz sem ni adelah sem last bag diorg. pas ni aku tinggal sorg2 la kat kdo.. [klo dpt stay kat kdo la..] aku pon dok menumpang sekaki dlm memori kad kamera diorg.. citer sal kamera, fon aku wat hal plak mlm 2 ngn masalah xkuar flash ler plak.. bengang aku.. baru nk pnuhkan 2G memori fon [ayat poyos giler!] so, this is the open field photos!

so, 2 la citernye pd mlm kejadian.. papepon, pada rumet aku tersayang, fizah, setahun kite kongsi bilik yg sama, toilet yg sama, kengkadang makan pon sharing is caring, i love u lar!! thnx 4 the sweet memory with u!!! [harap2 kau xnyesal la dpt rumet mcm aku ni..hahaha..]

Tuesday, March 16, 2010

CERITA HTPK 2010...

Seperti yg tlh aku gembar-gemburkan dalam blog dan fb aku sal HTPK (hari terbuka pendidikan khas) 2010...so, this is the story..maaf kalu aku lmbt update sal bnda ni..byk sgt bende yg nk kene aku buat. ni ade sket masa, n aku dah edit2 sket gambar sal event ni siap2, then ni baru berkesempatan nak update entri sal HTPK.

HTPK 2010 adalah salah 1 asgnment yg perlu kitorg wat dlm subjek pentabdiran dan pengurusan pendidikan khas.. mcm2 hal kene wat b4 hari kejadian. tiap2 minggu ade jek miting kene wat. aku telah dberi tanggungjawab sebagai pembantu kpada am dlm sekretariat tugas2 khas (TTK). b4 this, ajk kitorg adelah sha, muny n mieha, tp dsebabkan oleh kkurangan ajk dlm sekretariat2 laen, muny n mieha ditarik ke sekretariat publisiti dan teknikan dan sekretariat pengangkutan & keselamatan.. tinggallah kitorg bertiga menguruskan keje2 ttk. sekretariat ttk pulak dtugaskan utk mencipta dan menghasilkan tshirt ajk bagi HTPK, buat banner, bunting n backdrop, menyediakan tag name utk semua ajk dan sukarelawan dan kerja last minit yg dberikan adalah cari tshirt bg peserta pulak...

b4 aku lupe, HTPK ni berlangsung pada tanggal 03 mac 2010 bertempat di Kompleks PKNS Bangi. nk tau mcm ne rupenye tshirt yg telah kami design n pakai pd hari kjadian?? hmm just look down there...n tag name utk urusetia..



promot la skey hasil usaha team ttk kan..hehehe. btw, maaf xdpt nk show ktorg pny banner, bunting n backdrop cz xde soft copy kat aku..hehe...macam2 acara diadakan pd hri tersebut. peserta adalah terdiri daripada pelajar2 dari SK. Kompleks KLIA dan SMK Kompleks KLIA. HTPK ni adelah bertujuan bg mendekatkan masyarakat setempat dengan program pendidikan khas.. berikut merupakan persiapan yg telah dilakukan oleh kami2 yg terlibat.


aktiviti pertama yg diadakan adalah dimulai dengan acara senam aerobik yg dikendalikan oleh kamaliah. .. this is the photo of that event..xtvt ni berlangsung dari jam 9.00 pg hingga 9.30 pg.


selepas habis acara senam aerobik, semua pelajar dibawa ke kawasan letak kereta berhadapan dengan komplek pkns untuk acara sukaneka pula. acara tersebut berlangsung sehingga jam 10.30 pg..


antara sukaneka yg diadakan adalah keretapi ping pong, belonku sayang dan berbagai lagi.. hepi jek aku tgk bdk2 ni maen sukaneka...lepas abis sukaneka, peserta dberi makan n minum pagi. masa 2 la kitorg amik kesempatan nk berposing dpn kamera..huhuhu


selain acara yang melibatkan peserta yg terdiri daripada pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran, plbgai pameran turut disediakn. antaranya adalah booth pendidikan khas dibawah seliaan cha, zai n company...aku pon turut dtugaskan utk menjaga booth pameran pendidikan khas.selain daripada booth pend.khas, ade gak pameran dari agensi2 laen spt National Autism Society Of Malaysia (NASOM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat (JKM), Malaysian Federation Of Deaf (MFD), Kuala Lumpur Society Of Deaf (KLSD) dan Pusat Khidmat Prostar Daerah Sabak Bernam (PROSTAR). disamping 2 jugak ade jualan-jualan turut berlangsung disekitar lobi PKNS.

HTPK dismbung semula dengan acara pakaian beragam. aku adelah salah sorg dripada mengiring peserta dalam pakaian beragam. korg jgn slah aggap plak yg aku ni turut mmperagakan pakaian..ohhh nooo... aku just iring pelajar je. peserta dibawah seliaan aku adelah hensem boy mirip2 hero korea, abdul rahman nama dia..mmg hensen sey. dh la pkai pkaian ala2 tuxedo gitew... ni ade lah photo of that tyme...



actually, slepas acara pakaian beragam, ade program I-Talk dimana ia membincangkan mengenai haluan OKU yg telah dsampaiakn oleh En. Aqlam klo xsila aku daripada MFD kot. tp aku xde gambar2 mngenai I-Talk ni cz buzy ngan kije lain xsilap aku. selepas i-talk, pihak sekretariat program telah merancang acara bacaan al-fatihah.. bacaan alfatihah ini dibuat oleh pelajar2 sekolah yg terlibat. turut dijemput adalah seorg ustz yg merupakan student UKM klo xsilap aku mmbantu untuk memperbetulkan bacaan yang dibaca oleh para pelajar tersebut. pelajar di bahagikan kepada 3 kumpulan.


selepas tamat bacaan al-fatihah, kami turut mengundang Fitri U.N.I.C untuk mendendangkan [ dendang??] bberapa lagu nasyid bagi memeriahkan lagi majlis HTPK kami..


sesudah tamat bacaan al-fatihah n persembahan daripada Fitri, pelajar dibawa ke bilik cempaka untuk bersantap makan tengah hari... n skali lagi aku mengambil kesempatan utk berpose dpn kamera..huhuhuhu..



then, masa yg ditunggu2 pon tibe...majlis perasmian penutup yg dirasmikan sendiri oleh kontroler PKNS.sape nama dia, aku pon lupe..hehehehe. tp pada masa yg sama gak, wakil daripada dekan fakulti pendidikan, UKM, Dr. S pon turut serta even hari tersebut merupakan hari buzy bg fakulti.. penyelaras program pendidikan khas, f.pend, ukm, Dr.M pon turun gak program kitorg.




gimik perasmian diserahkan kepada silas sebagai pengantin lelaki dengan menyerahkan gunting kpd kontroler pkns...tp bab gimik perasmian aku xdpt nk hayati cz aku kene berada dbelakang pentas utk persediaan persembahan pertunjukan pkaian beragam sekali lg...

perasmian penutup dimeriahkan lagi dengan persembahan Amylea af3..yup yg nyayi lagu aku sindarela 2.. huhuhu..thumbs up utk sekretariat program lacz berjya menghidupkan aktivit2 program HTPK ..huhuhuhu..



berikut adelah saat-saat akhir kitorg kat HTPK 2010..lets full da camera's memory!!!





that's all for HTPK 2010... ape2 pon aku enjoy wat program ni ngn coursemate yg mcm2 ragam. tp with happy ending..yeah!!!!



p/s: moral of da story:
  • susah n penat nk handle program upenye!! [sigh!]
  • aku xsuke wat marketing!!!
  • besh pat blajar sesuatu yg baru...
  • team TTK yg sempoi!!! suke nau.......[bahasa melaka " nau" tp johor "noooooo"... diilhamkan oleh am..huhuhu]
  • keeseokan harinye, kene wat presentation utk subjek klinikal ngan dr.H yg xbagi "cuti"!! btw, its all going smootly!
  • last but not least, cintaku tertinggal di PKNS...[tetttttttttt!]

Friday, February 26, 2010

MY FRIEND WEDDING...SITI AISYAH IBRAHIM...

hye sume..lama aku xupdate blog since balik cuti raya cina...quite busy this few weeks cz ade event yg bakal berlangsung. aku xprasan plak wther aku ade gtau xsal sorg dr kwn aku akn menamatkan zaman bujang dia masa cuti cny?? ade kot.tp kat kolum "adie nadiah menjerit!!!" sebelah kanan blog ni...title entri pn dh gtau sapelah gerangan orangnye..siti aisyah ibrahim!

siti aisyah @ ecah ni adelah sebaya ngn aku. n 1 skolah since form 1 untill upper 6 cume ms skolah dlu kitorg bukan sekelas tp aku kenal la jugak ecah ni cz kitorg masing2 pengganas skolah [pengawas konon2nnye!] masa form 1 until form 3, aku klas R iaitu rumah tangga katenye, n dia plak dak klas T-pertanian..form 4-5 plak aku klas sains tulen n dia plak dak klas akaun.. bile masuk f.6, baru la kenai ngn minah ni cz kitorg dduk 1 klas yg sama iaitu 6 rendah & 6 atas munsyi. ..tyme f.6 la kitorg makin rapat [mcm rapat umum plak!]. masa f.6yg segrup ngn aku adelah antaranye ecah, nisa, narimah, miera. nisa pn dh slamat dan ade ank lelaki yg cute n skrg masa si ecah plak...

actually si ecah ni gile2 orgnye [mmg gile pon!]. masa kat skolah aku slalu gak kene buli ngn dak ni.w/pon dia kecik..pas 2 aku buli dia balik...hahahah..sumetimes kitorg sama2 tagteam buli org laen gak.memancing anak ikan bersama2...meronggeng bersama2..gile r time 2...bile abis stpm, msing2 yg smbung blajau g blajau..si ecah ni plak myb rezeki dia murah kot pat keje kat putrajaya under gov. untill now...kitorg pn dh jrg jumpa dek kekangan hal msing2...

dek krn pe'el si ecah ni slalu mmbuli dan kegilaan dia yg tahap gaban, bile dia ckp ngn aku via chat @ fb yg dia ade wat mjlis kat umah dia 14 feb, aku xcaye...on the same time dia chat ngn aku, aku dok tny nari via ym. nari plak mengatakan bhw "ala, ecah 2, ko jgn caye..tah ye2 je". so, kwn2 baek sndiri xtau, mst dia kencing aku ni....so, aku pon wat la xtau je...cz akk ci ecah ni ade sorg g yg lom kwin..mn r tau akk dia yg kwin ke tp dia ckp dia yg kwin...

dlm sminggu b4 mjlis, mmber aku gtau yg btul2 si ecah ni kwin..mula2 xnk caye gak, tp memandangkan mmber ni sekampung ngn ecah n dia kate dlm kad jmputan mmg nama ecah, aku mula gelak sndiri...klakau si ecah ni nk kwin!! so, dpt tau yg si ecah ni akn bnikah pd sbtu malam, 13hb n majlis bersanding pd 14hb [valentine day 2!!]. klo ikutkan aku akn balik mlaka pd 14hb ngn angah tp tkot xsmpat plak cz dh deal ngn nari nk pi umah ecah masa dia nikah. so, dgn konfidennye aku balik umah pd hr khamis ptg dgn mmonteng klas tutor asas penyelidikan..hahah

b4 aku pampangkan gmbau pd mjlis ecah, ni antra gambau masa kitorg dlu..yg 1st ni adelah gmbau klas 6 atas munsyi..ecah adelah org yg pkai blazer yg dduk kat bwh 2 yg aku dok ecing2 mesra ngn dia 2..hahaha. n another picca adelah gmbo utk sidang redaksi majalah skolah yg xde keje..haha.dlm gmbo 2, just tgk pada gadis2 ayu berblazer berdiri dbelakang dr kiri adelah ecah, diikuti oleh narimah, miera, nisa n aku! grup kami adelah grup pling mencapap kat skolah tyme 2..hahha



ok..berbalik pada tema asal, mjlis perkahwinan ecah...gmbar2 dbwah adelah malam kejadian siti aisyah disatukan bersama izman hamidi @ diddy...


n gambo dibwh adelah pd hari persandingan ecah vs diddy!!


akhir kata:
> slamat pngantin baru buat ecah & diddy! semoga kekal hingga akhir hayat!


Monday, December 28, 2009

CERITA CUTI SEM - BHG 4

wah...dh msuk part 4 dh citer cuti sem aku nih..myb ni la last part sal cuti aku..kot.. aku cube abiskan dlm part ni. klo byk2 part nnt korg sndiri xnk bace..hua3!! cerita cuti sem disambung lg dengan smbutan bday!! as usual la, aku ngn b'day cake mmg xleh dpisahkan.. kali ni sambutan b'day angah plak yg jtuh pd 15 dis.. tp kitorg wat pd 13 dis.. konon2nye nk crikek kat italy cake mcm biasa, tp b4 g italy cake 2, kitorg (mak, abah, aku, k.lang, nana, adik n adam) pi tesco dlu cr barang dpur la cket.. kbetulan plak, kat dlm 2 ade la kdai kek n bakery "king's Confectionary".. ade sale beb!!! sume diskaun smpai 70%!!!! punye la ramai org kat kdai 2.. org dok berebut2 nk beli kek n roti bgai.. dlm kesesakkan org rmai, aku tgk kat fridge kek. ade 2 fridge kek yg dgunakan utk tatapan umum. tp salah 1 dripadnye dh kosong ye!! yg se lg 2 pn just tggl bbrapa bijik kek je ye.. aku ckp ngn mak suh beli trus kek yg ade kat sane, cz org rmai.. ade ke mak ckp, kite pi beli brg dlu, blik t bru beli kek!! ish3!! silap2 tinggal dulang je kot. dek mengusha mak aku, so, trus je la pi beli kek 2.... pas beli kek, smpat plak snap gambau adam dkt2 ngn pkok krismas!! hehehehe.

dsebabkan angah balik mlm 2, kitorg wat acara potong kek pd mgrib...heheheh.ni la kek n angah!! cedey jugak bile terkenangkan nasib aku n k.lang dimana, org kat umah aku xsambut bday kitorg!! *sob3!!!*


ttup sudah citer sal bday angah... CNY dh nk dkt. so, as usual la, mcd akn kuakan prosperety!! smpat gak aku merasa prosperety!! weeeee!!! mkn kat mcd dataran ja.. best wooo!!! setahun skali je beb pat rasa bnda 2!! thnx yek!!


pas makan prosperety, kitorg pi tgk avatar!! best woo citer dia!! klo pat tgk 3D pny mst lg best. ms aku tgk 2, 1st day citer 2 kua kat m'sia n blom ade yg 3d lg kat gsc dataran..dia pny citer 2 ade mcm glow in dark pny..aku mmg suke bnda2 yg glowing2 nih...best r..aku xtau mcm ne nk ckp sal citer ni...klo sape2 lom g tgk, pi la tgk..hehehehe


jumaat mlm sbtu, 18hb dis, aku ngn fmily aku pi KLIA. wat pe g klia??? cz pi jemput atok, cik bob *adik abah* n wife dia blik dr haji.. pi klia saing ngn family mami *adik pompuan abah*. kitorg jumpa kat r&R air keroh je cz diorg dr jb. xsmua fmily aku yg ikot. just mak, abah, aku, k.lang n adam. yg lain xpi cz diorg dh pi ms hntr atok n cik bob pegi haji. n now turn aku n k.lang pi jemput plak...

djangka tiba dr jeddah pkul 12.30 tgh mlm. tp pnerbangan asyk delay je.. last2 dlm kol 1.30 pg baru tiba kat klia... 2 blom g bab tggu2 jemaah haji trun, cr barang bagai.. so, smpat la kitorg2 yg dok menunggu ni berposing dlm klia 2... check it out bebeh!!


akhirnye, dlm kol 2 lbih, baru lah tibe atok, cik bob ngn cik nor kat tmpat balai ketibaan 2.. mcm nk nangis plak tgk diorg...syukur la atok slamat pegi n slamat balik cz kesihatan atok xbrape nk memuaskan b4 this. tp alhamdulillahlah smuanye berjalan ngn lncar..


alhamdulillah la, semua berjalan dengan lncar sekali. ramai jugak yg menjemput atok, cik bob n cik nor pd pg tersebut.. dlm pkul 4 lbih, semua mula beransur2 meninggalkan KLIA. atok, cik bob n cik nor akn terus pulang ke ulu tiram cz sedara mara rmai dah tggu kat sana dengan persiapan kenduri doa selamat skali. tp family aku xberkesempatan nk balik ke ulu tiram cz abah xlarat nk drive ke sana n next few days plak, abah akan hntar aku pulang ke ukm dihatiku.. heheheh. kat bwh ni adelah last pict aku dpt click b4 atok, cik bob n cik nor berangkat pulang... *untuk tatapan family aku terutamanya angah - 2 pn klo dia bkk blog aku la cz aku xsmpt nk bg dia tgk gambau2 nih*


spt yg aku ckp b4 this, aku akn balik ukm. so, bajet nk balik ukm pd hr ahd, 21 dis tp bile aku dok tny rumet aku, fizah, dia ckp dia balik hr isnn.. bile difikir2kan balik, aku pn tkut bile aku dtg ukm hr ahd 2, pjbt xbukak. aku plak xde kunci spare bilik. so, aku decide balik ukm hr isnn, 22 dis 09... so, 1st day kuliah aku dh terpaksa burn la cz hr isnn 2 aku ade kuliah ass pnyelidikan kol 11.30 pg. gerak dr umah dlm kol 9 terus ke nilai, umah mak ila utk punggah barang2 aku kat sana..smpai umah m.ila dlm kol 11 lebih n bgerak ke ukm dlm kol 12 lbih kurang.. pas punggah lgi barang aku ke bwh blok, aku, mak, abah n adam dok berpiknik la kat tepi padang ukm berhadapan dgn blok dbk2 palapes ukm smbil menikmati lunch.. gigih ye 4 beranak ni dok berpiknik tepi padang tengah hari buta dlm area kol 1 lebih...hahhahha.. klo korg xcaye, akua de bukti...tengok gambau kat bwh ni ek.. siap bentang plastik lg 2...


kan aku dh ckp... kitorg 4 beranak berpiknik kat tepi pdang ukm tau.. adam bukan main excited lg dpt dok lari2 kat gelanggang bola keranjang 2.. yg gmbau kat atas 2, dia dok pnjat2 pokok smpai lebam2 kaki dia jatuh pokok..hahahha. pas makan2, mak bajet nk tgk bilik aku, so aku pn bwk la... smbil2 tu aku bwk la beg baju aku yg besau. angkat sesama ngn mak.. smpai kat ats je, mak dok tercungap2 panjat tangga nk smpai ke bilik aku.. kesian plak.. 2 baru 1 beg je kitorang angkat.. mana xnye, nk smpai ke bilik aku, kene naik smpai tingkat 4!! bile nk hntr mak n adam turun ke bwh smula, adam siap ckp "teh, jom angkat brg lagi..."... pas 2 mak mengeluh penat.. hahaha.. sabau je la.. pas hntr diorg balik *hntr kat kereta je la* aku plak bermandi peluh mengangkat barang2 aku yg bertimbun kat aras bawah, bawak naik ke bilik bernombor 401!!!

~ akhirnye, tamat sudah cerita cuti sem aku... fuh.. lega dpt abiskan dlm 4 part..hehehehe. so, harap korg enjoy bace cite2 cuti sem aku ni ek..... ~