Showing posts with label familia. Show all posts
Showing posts with label familia. Show all posts

Friday, December 14, 2018

DIAPER FREE...


#NauraArisyaMohdTarmizi after almost 2 weeks diaper free!
.
.
Tak sangka #AdekkNoya senang buat #PottyTraining..
.
.
Kalau sekali dua "terkucil" tu normal la kan..
.
.
#KakakkWawa dulu pun senang jugak tapi time tu dia dh 3y++. #AdekkNoya baru #2y11m10d hari ni. Memalam pun dah tak pakai pampers! Sayang anak2 mama 😘😘
.
.
#CheritaAnakBeranak #KauAkuKitaKami
#PariPariKecil #SyukurAlhamdulillah #SyurgaMamaPapa #GambarCampakBelakang #AnakDakMieyzi #BudakBertuah #BudakKeletah

Friday, October 5, 2018

SIRI BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI #1

Takpe la...
Kau macam tak biasa pulak...
Hati orang kena jaga, hati sendiri, pandai la kau jaga sendiri..
Kau kan taff, kau kan sado..

Jangan bagi orang stress..
Kalau kau yang stress, kau telan, kau sorok diam-diam dalam hati yang kau jaga sendiri tu..
Takde siapa peduli, takde siapa nak amik tahu..

Taip panjang berjela bukan ada orang baca pon..
Silap-silap kau kena marah sebab taip benda macam ni..
Eh, ada pulak orang pedulik..

Takpelah Adie Nadiah, kau duduk diam-diam.
Jangan kacau orang sudah.
Kau ketawa ke, kau menangis ke, kau sentap ke kau je yang tahu..
Orang lain tak amik tahu, taknak amik tahu dan buat tak tahu je.

#HatiMohonSado #Makkkantaff #MakkKanSado #BawaDiriHeretHatiSeretPerasaan #MakanHatiMakananRuji #KahKahKah #TepukBahuSendiri #MacamTakBiasaPulak

Tuesday, September 18, 2018

BULAN BANYAK CUTI...

Assalamualaikum, halu-halu...

september 2018, bulan banyak cuti even bukan cuti sekolah.. banyak cuti umum yang bersambung pada hujung minggu..


8-11 september.. cuti 4 hari bersambung... 9-10 september, ada join en.Ijie punya family day perodua muar... pagi ahad gerak ke Melaka Tropical Fruit Farm dekat sungai udang.. kat sane ada aktiviti flying fox, high rope and water rafting. untuk staff ler.. tapi utk family yang nk join pon dialu-alukan.. 

yang tak disangka-sangka, kakakk wawa nk buat flying fox weh! mungkin dia excited tengk kawan-kawan papa dia hampir semua main flying fox meredah tasik, dia pun request nk buat jugak.. papa dia try tanya orang yang handle program tu, dia kata boleh je kalau budak-budak nak buat. so, apa lagi, syok la dia joint buat flying fox. suka hati tengok dia nk buat aktiviti lasak tu walaupun buat dengan papa dia...

lepas buat flying fox, hujan lebat la jugak.. papa ey sambung buat high rope (ala-ala jalan atas tali dekat tiang tinggi nun..) then makan luncah...

after lunch and solat zohor, sambung buat water rafting.. papa and the gang buat rakit guna buluh and tong biru yang besar tuh.. lepas rakit siap, kene buat water confidence. time ni kakakk wawa pon dah excited. tapi mama ey tak bagi. suh tengok dari tebing tasik je.. water confidence done, diorang semua bawak rakit turun tasik. wawa dah standby dengan life jacket nak join papa.. kemain suka dia dapat dok kat rakit tu.. adekk noya dah merengek nk join, tapi sorry belum masa untuk adekk ya buat tu semua ye nakk...

kemain sengeh lagi #KakakkWawa tu ha kennn...
selesai smeua aktiviti dekat MTTF, kami gerak ke Damar Suria Resort, Pengkalan Balak.. nice resort, ada kolam renang, depan dengan pantai ape semua. anak-anak tengok ada kolam renang je diorang dah excited...

nak dijadikan cerita, 2 ketul princess ni nak pi mandi kolam.. makk pon cakap la malas nak bawak henpon. tapi bapak ey pulak yang volunteer nak bawak henpon.. papa ey bawak anak-anak dulu coz makk ey nk selesaikan urusan di toilet.. ngehngehngeh...

kolam ey takde la besar mana pon, makk just duduk kat gazebo jek perati 3 beranak ni merenang-renang... dah dekat 10-15 minit, mak teringat yang bapak ey tadi kata bawak henpon, tapi kat mana le dia letak...

makk cuba cri dalam plastik mainan budak-budak ni, tapi haram takde.. makk tanya kat bapak ey, mana enpon, upenye dalam pocet poket seluar yang terendam bersama-sama mandi dengan anak-anak..

maka, apanya berhuhuhuhuhuhu jek la telepon dah masuk air nakk oii...


malamnya, ada bbq and sukaneka staff sesikit.. agak-agak macam dah boring jek, makk ajak en.ijie pi bakau tanglung (makk tak tau ape kebendanya benda alah nih!). ekceli, makk kempunan tak dapat main tanglung ni time family day SMKSR sebelum ni... benda alah ni makk kirim kat Cikgu Faiz. mintak tolong dia belikan. katanya beli kat kedai barang sembahyang cina 😆😆😆.

bukan anak-anak je yang excited, mak budak apak budak pon sama nk try benda alah nih tau...


ada lagi balance tanglung ni dalam 4,5pc.. next time kot-kot rajin pi klebang ke kan, leh bakau lagi tanglung tuh.. murah je rm2.50 je 1pc...

nota kaki tepeleot:
1. adekk noya tak takut air! even kolam renang tu kalau makk masuk ada la paras dada makk ni, tapi dia relax jek leh terjun sambil berdiri.. Kakakk wawa ada gak takut-takut nak terjun secara berdiri, dia terjun  sambil duduk ka tebing kolam je..

2. anak-anak dah pandai request lepas ni nak duduk Rumah Hotel yang ada kolam renang. doakan mama and papa murah rejeki ye nakk oii..

3. sambungan cerita enpon en.ijie -  otw balik rumah dari resort, terus hantar kedai untuk servis enfon.. esoknya amik, orang tu cakap, enpon dah tak boleh pakai lagi.. al maklumlah enpon limited edition. tapi, bila sampai kat rumah, en.ijie try cas, boleh pulak nyala! tapi, bila cabut je kepala charger tu, enpon terus mati.. solutionnya, simkad kene masuk enpon lama dulu, and enpon yang masuk air tu, makk suh rendam dalam bekas beras!, 3 hari kendian, en.ijie try, dah boleh pakai!!! alhamdulillah, ada rezeki lagi dan panjang umur enpon itew! masih hidup dan boleh pakai sampai sekarang... 😁😁😁

hokey la, sikit sebanyak makk membebel kali ni..

Sunday, December 28, 2014

HARI KURANG BERNASIB BAIK..

Assalamualaikum..

Long time no see kan? Even time cuti sekolah, stil takde masa nak menaip entri.

Lagi lebih kurang seminggu cuti sekolah bakal berakhir, bukan budak2 sekolah je yang nak prepare barang nak gi sekolah, cikgu2 pom menyebok jugak nak bula bekerja.

Alkisahnye, ai ajak en. Ijie gi syoping barang ai. Bajet nak cari baju dan kasut. On the same time nak cari barang wawa yang belum cukup untuk antar umah nek ani (pengasuh wawa. Ai panggil cik ani, tapi wawa panggil nek ani la kan..)

Misi mencari bermula di MP @ Mahkota Perade. Barang wawa dah jumpa kat parkson. Masalah bila mata ai tak berkenan kat semua kedai kasut dalam MP tersebut.

Time nak bayar parking, en.ijie dah pi beratur nak bayar. Ai cakap ngan dia yang ai nak bawak wawa gi tengok2 tam (adik ai) keje kat  kfc.

Mungkin en.ijie tak perasan kot yang ai cakap ngan dia pasal nak bawak wawa. Bila en.ijie sampai kat ai, dia dah merungut "awak pegi mana? Wat malu je
. Duit parking tak cukup. Tengok2 awak takde. Wat malu kat orang je!". "Kan dh cakap tadi nak bawak wawa g tengok tam..". Bila tengok muka en.ijie dah berubah semacam je, ai malas nak cakap banyak sangat. Kang ada je salah ey. First unlucky day detacted!!

Lepas kene 'marah' kat mp tadi, kami 3 beranak terus ke malim. Suasana dalam cik sona sunyi seketika. Nak cakap, takut salah cakap. Kang tak kene gaya, sume benda salah..

Gi malim cari kipas siling. Adik Bing @ adik ipar ai suruh beli nak pasang dalam bilik dia. En. Ijie turun kete n tak sampai 5 minit masuk semula dengan kipas. Sah! Mud belom okey!

Dari malim, terus ke Tesco Peringgit. Sambung misi mencari baju n kasut keje. Target kat First Lady. Pas pusing2 , tak berkenan jugak mata ni. Hai la mata. Awat la ai tengok patung kat 1st lady 2 pakai cantik je terletak kat badan kau. Bila tengok kat tmpat gantung baju tu, sikit ai tak berkenan. Akhirnya misi mencari baju n kasut keje digugurkan serta merta. 2nd unlucky of the day detacted!!

Oleh sebab mau memujuk hati en.ijie yang berduka lara, ai ajak dia g makan kat kfc kat tesco tu. Aik, awat tadi tak makan kat kfc mp? Alasan en. Ijie, t dak adik kene kemas ape yang kitorang makan. Bukan boleh ajak dia makan sekali. Betol jugak 2. Lamaranku diterima..

en. Ijie dok beratur kat kaunter sementara ai pegang cik wawa yang macam ulat bulu tu.. Ai pesan snack plate je while en.ijie pesan kombo xmeal yang ada ayam seketoi n beger pe nama ey ai lupa plak.

En. Ijie bawak dulang yang ada ayam je. N ada tag no.25 plak. Means burger dia on hold dulu.. Sesambil makan ayam, dok tunggu burger tak sampai2. Ai yang santap 2 ketoi ayam pon siap dah, berger masih tak sampai. Oh yer, zinger burger nama ey. Dah hengat dah. Hoho. En.ijie dah stat geleng kepala. Dari riak wajah, masih boleh ditahan lagi marahnya kot. Ada la dalam 20 ke 25 minit dok tunggu burger sampai. 3rd unlucky of the day found!!

Burger sampai je, en.ijie teruskan makan. Tapi separuh jalan je. Alasan sudah kenyang. Mungkin hilang selera makan atau dah kenyang makan masa dok tunggu burger tergolek depan mata..

Way nak balik umah, en. Ijie singgah jap Bank Islam kat Taman Cempaka yang berdepan dengan tesco tu. While nak cari park, mak ngah en.ijie kol. Tanya ada kat mana cz pak ngah bagitau yang ayah tak masuk keje lagi n kol ayah tak dapat.. Then en.ijie bgtau nanti dia akan conformkan semula cz ktorakg ada kat luar.

En.ijie terus ke bank islam. Kengkonon nak transfer duit masuk tabung haji.. Kurang seminit kendian, en. Ijie masuk semula dalam kete. Dia merungut "atm tak boleh guna pulak.." Hokey no.4 unlucky for today.. Terus balik seri minyak..

Sampai je umah, macam janji2 plak tengok bing ngn ibu n kengkawan dia ngah punggah barang dari kereta masuk ke dalam umah. Dari beg plastik macam baru balik dari tesco. Jugak. Haihh!!

En. Ijie ngah angkat barang dari cik sona, ibu bunyik suh dia g tengok ayah kat kilang sama ada dah sampai tempat keje ke belom. Upenye telepon ayah tertinggal kat umah.

Ape lagi, merungut lagi la en. Ijie ai ni.. "Tadi masa balik melaka tak nak plak singgah kilang! (Diorang kan bru balik melaka jugak..) ni dah sampai umah baru bagi tau!!" kalau dari melaka, kilang tempat FIL ai keje memang 1way balik ke rumah.. Dah meletop lagi laki ai ni.. "Kang lepas maghrib along g!" Okey, ai diam je bila anak beranak ni berbicara. Tak tau mana satu ai nak sokong.. No.5 found!

Lepas en. Ijie balik je dari jengah FIL yang okey2 je kat kilang, dia terus selubong atas katil tanda protes..

Hokey, ai ada banyak keje nak kene setel. Iron baju keje en.ijie, baju keje ai coz nak stat miting minggu ni, basuh n sidai baju, nak masak stok makan cik wawa cha lagi, dengan en. Ijie yang dok wat demo, how come ai nak wat keje?? Cik wawa cha plak tak boleh tak tengok muka mama ey yang kiut ni. Mau melalak aje..

Sementara MIL pegang wawa, sempat jugak ai iron baju sambil basuh n tinggalkan baju dalam mesen. Then misi tidokan wawa.. Once wawa dah tdo, dengan pantas ai ke dapur, nak kupas baby carrot untuk direbus. Nak wat makan puri untuk wawa bawak bekal umah nek ani dia esok.

Tengah karot sedang direbus, sempat jugak sidai baju wawa. Sesambil tengok dah empuk ke belum karot 2, en. Ijie kua bilik jerit bgtau yang wawa dah bangun.. Berlari ai dapatkan wawa. Sian plak tido dalam protes en.ijie terganggu. Hokey no.6 la kan unlucky of the day..

Lepas dapat tidorkan wawa, ai sambung semula proses wat puri. Dok blend plak pas dah empuk. Once again en.ijie kua bgtau wawa bangun lagi. Hokey dik non, nak kira ni no.7 ke tak payah? Kira lumpsum je la kan dalam point tido en.ijie  kene ganggu kan..

Tidoq lagi anak ai.. Dengan pantas menghabiskan blend karot yang payah plak nak hancur. Asyik tersekat je. Pas blend, nak kene tapis plak. Bagi betul2 piau halus n lembut gitu..

alhamdulillah, semua keje setel sebelum cik wawa bangun lagi. Kang tak memasal ai kene hempuk bantal dengan en.ijie anak dok ganggu dia ngah protes..

hikhikhik..

Masuk bilik tengok en.ijie tido ngan tekup muka ngan bantal. Tido merekot ala2 udang rimau gitu dengan berlatitut n longitut yang berlawanan dengan ai. So kena faham2 sendiri la makna dia ape. Bila tiada respon segala 'gosokkan' daripada ai. Hampa kejap.

Oii!! Oii. Cukup cerita sampai kat sini.

papehal pon, ai ada kat sisi u sepanjang masa. *wekk!! Muntah hijau kejap.

A kiss for little princess, and kisses 4 my king..

Good nite buddy!~

Monday, December 1, 2014

KISAH ANAK BERANAK 01..

Assalamualaikum. Hye reader! (hado ke?) kali ni, tajuk entry laen cket. Nak wat ala2 cerita bersambung la kengkononnye. 01 bermaksud episod 1. N insyaallah akan ada episod2 seterusnya.

This time, ai nak cerita tentang pengalaman hampir 6 bulan bergelar "mama". Pengalaman ciput je kot. Sesajer nak share.

6 bulan bergelar mama.. Hmm.. So far, syukur alhamdulillah, Wawa tak banyak meragam (kot!). Kesihatan ok..

Ape yang laen cket adalah wawa ada ekzema.. Ala2 penyakit kulit cket. Ni kes kenan mama dia la ni kot. Al maklumlah, makin dekat due nak bersalin, makin teruk ai kena sakit kulit. Macam kena campak pon ada gak. Kulit jadi merah, gatal2 n membengkak. Terutama kat kaki, perut n tangan.

Wawa tak boleh minum susu lembu! Masa awal2 kelahiran dia, try bagi susu lembu disamping susu badan. Akhirnya naik ruam2 kat pipi. Sian. Sampai pecah2 kulit dia. Bawak gi jumpa doc, DOc cakap alahan susu daripada haiwan n kene tukar ke susu yang berasaskan soya.
Kesan ruam2 kat muka dia plak doc cakap ada ekzema.. Kulit dia mudah kering, Ruam n gatal2.. Sian anak mama.. Tak boleh panas cket, mulalah menggaru sana sini. Tak selesa agaknya. 

Masa ai bekerja, Ai antar wawa kat umah pengasuh. Tapi pengasuh ai ni tak jaga wawa time hujung minggu n cuti sekolah atau atas budi bicara (cewah!). Ye la, dia pon nak bercuti jugak ye dak?

So, bila berdua aje ngan wawa, nak2  kat umah ni, macam2 pengalaman ai dapat. Kelam kabut pon ada gak. Dapat lak wawa sekarang tak leh tinggalkan dia sensorang. Nak jugak tengok muka mama dia yang cun melecun (ehh?) ni jugak ha.. Maka, segalanya perlu dibuat terutama time cuti macam ni. Antaranya:
~ mandi ala kadar. Tu pon bila wawa tidor. Time mandi la terdengar2 Suara wawa menyanyi. Bila keluar bilik air, rupanya wawa cket tak gerak dari tempat tidur dia.
 ~ tahan nak terbe*ak selagi mampu. Nak2 time dia tengah bf. Peh, Seksa zahir batin nakk.. Kalau wawa lepas je n dia terus tertidor, mencecet mama dia lari ke toilet tanpa sesiapa yang tau. (opkos ler, dh tinggal berdua kan?)
~ kalau boleh nak wawa tidor je sepanjang masa. Kalau boleh la. Masalahnye, nak ke dak wawa tu?? Nak tak nak kena la layankan je pari2 Kecik ni kan..
~ make sure tiada gangguan selama wawa tidur. Ye la, kan nak suruh wawa tidur lama. Tv tak boleh bukak kuat2, nak bersin pun, muka kene tekup dengan bantal.

 Tu la antara pengalaman ai. Next time kite cite laen plak ye. Da~









Tuesday, November 18, 2014

SI RATU SELFIE..

Hari ni ai nak cite pasal anak dara ai sorang. Sape lagi, Si najwa la. Anak baru sorang deknon... Al kesahnye, ai dapat anak yang suke selpie. Ampang gemau dia bak kate orang melake ler.

Dia bukan ape, dia suka bila dapat tengok muka sendiri kat skrin telepon tangan ai. Dapat lak, telepon ai ni berskrin besau walaupon yang murah je nakk.

Meh tengok gelagat dak wawa depan kamera..


Lets cekidaut~

Her smile :)

Guess what??

with my lovely momma

eh, ni bukan anak ai. Tp my niece. Umor sebulan tua dr wawa.

Hokey, gambar yang akhir macam lari tajuk entry.

Kbaii!










Sunday, January 6, 2013

DENGAN MEREKA...

pada suatu petang... ai bawak mak, and adik-adik ai berjalan naik kereta pergi LAMAN BELIA 1 MALAYSIA kat SUNGAI RAMBAI..

ai nama jek keje kat area sungai rambai, tapi ni first time ai jejakkan kaki kat laman belia tuh.. ai selalu jugak dok makan minum kat area medan selera sebelah-sebalh laman belia with incik tunang, tapi tak penah plak dok menyinggah kat laman belia tuh...

so, ni antara gelagat-gelagat kami kat laman belia~

at jambatan goyang-goyang~

jadik kekanak ribena jap~

# sekali-sekala jenjalan besh jugak kan~ 
http://www.smileycodes.info

Monday, December 24, 2012

ANOTHER ORANGE STUFF...

baru-baru ni ai baru tambah koleksi barang berkaler oren lagi...

lalalala~

walaupon yang non-original, tapi ai punyer suke la kan..

disebabkan baru dapat bonus yang tak seberapa, ai belikan skali untuk adik-adik ai~

oren - ai, biru - izzzaty, coklat - nana~

tu jek yang mampu....~
http://www.smileycodes.info






NURUL'S WEDDING~

post sebelum ni ai cerita pasal ai order cupcake untuk kazen ai punye wedding... so, ni nak citer sket pasal wedding dia lah nih...

mungkin tak boleh nak citer panjang-panjang, so, let the picture tell the stories la...

# sket jek kot gambar dia~

mungerrr telurrr masiiinnnnn~

pelamin hand made ok~

sebelum akad nikah

alhamdulillah, selesai sudah~


papepon, tahniah buat my kazen., semoga bahagia hingga syurga yek~  

http://www.smileycodes.info

Friday, December 14, 2012

NENAS PARIT SULONG...

masa teman en.ijie pergi batu pahat dok jengah kereta dia, sempat jugak men'syoping' buah nenas kat area parit sulong.. ai ni sebenarnye kurang sket ngan  buah nenas ni, tapi disebabkan orang lain dalam umah ai ni kemaruk ngan buah nenas, nak tak nak ai kene la beli sket... dapat lak ayah ai dah pesan suh beli... siap dia tanye an.ijie gi batu pahat lalu mana... if lalu parit sulong dia suh berhenti beli nenas...

so, siket gambar-gambar buah nenas yang ai capture masa ai menyoping buah nenas tuh~

nenas sarawak.. 1kg = rm 2.00

nenas sarawak madu / nenas madu sarawak:??????

makcik nih ngah timbang nenas ai beli tuh~

tengok la.. banyak kan nenas~

ai beli cket jek... sebijik nenas sarawak dalam 3kg = rm 6.00 sebijik ngan selonggok nenas madu sarawak.. selonggok seploh ingget dalam anggaran 6 bijik dalam longgok tuh..

bile ai balik... ape lagi orang umah ai... macam nih la jadinye...

http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info


KEMBALI MERIAH!!!

ok, sebelum ni ai ade bagitau pasal tivi umah ai rosak kan???? hari isnin after kejadian, ai hantar pi repair tv tuh atas nasihat en.ijie... bukan ape, blom ade bajet nak tukarkan ngan tivi baru, so ape yang mampu cuma try hantar gi betulkan jek... 

sebelum gi hantar repair, along ai ade bagi ai pinjam dulu tivi extra kat umah dia.. tapi..... aloh cinonet jek tv dia... dalam 14'' jek skrin.. dah biasa tengok tv 21'' skali tukar setengah daripada saiz asal... ape leh buat, layankan jek la...

ni tv yang along bagi pinjam... dah macam skrin monitor pc jah~
hari rabu, ai dapat mesej dari tuan kedai yang ai hantar repair tv tuh~

tolong balas memang takboleh blah~

yippiee!!! tv dah siap.. just amik masa 1 hari jek.. tapi malangnye ai tak dapat amik on that day coz ai on the way ke batu pahat.. so, esoknye ai pi la amik tv tuh yang berada di Duyong...

and the result is...

yayyyyyy!!!!
akhirnye... bernyawa kembali tv ai~


http://www.smileycodes.info
saye suke!!! saye sukee!!!


Friday, December 7, 2012

SUNYI SUDAH...

sedang ai asyik menikamati lunch ai walaupon sudah pukul 6.++, ai pon bukak tv switch on the tv bagi memeriahkan sesi makan petang merangkap makan tengah hari... dapat lak ai sorang-sorang dala rumah... mak ai ade kat luar, sedang bergosip ngan abang kesayangannye yang baru datang dari kota singa...adik-adik ai plak yang sorang dah merayap ke mana, yang lagi 2 orang dah merewang pergi pasar malam @ merlimau..

so, ai yang sedang mencekik makan nasik bukak la TV2.. disebabkan dah takde citer yang boleh menarik untuk ai Tontontonton kan... sambil makan, sambil tengok dengar tv tuh..

dan-dan......

aik.. aik....

bunyik ade... tapi mane gambarnye??????

ahhh sudah!!!!

penat ai tepuk-tepuk ciket tibi tuh.. mane tau kot-kot baik ke ape... tapi... hampe,.. wat sakit tangan ai jek tepuk-tepuk bak gengster ~

akhirnye... tv itu umpama mayat hidup saja! bunyi ade tapi gambo dah takde... bunyik pon jap ade jap takde... 

last-last... ai kebosanan... tapi ai rase bukan ai jek... seisi rumah ai kebosanan~

sabor jek la...

ai attachkan skali gambar tv ai wat tatapan anda sekalian.. SEKIAN TERIMA KASIH!

terima kasih kerana me"meriahkan" hari kami~

ok BAI!!

Friday, June 22, 2012

MEREKA SUDAH, SAYA BILA LAGI???

<<< CERITA I - MERISIK KHABAR~ >>

26 Mei 2012... adik ai kaklang nabilah selamat dirisik oleh pilihan hatinya... masalahnye, ai takde orang yang nak ke???? adik ai dah melompat-lompat bukan bendul lagi dah ni, al maklumlah angah ngn kak uda dia lom lagi selesai tau.. pape pon ai doakan jodoh mereka akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bukan setakat tu aja sehingga hujung nyawalah kan..

majlis merisik-risik ni wat kami wat kecik-kecik jek, ye la baru merisik kan... blom bertunang or bernikah lagi.. so, ni ade 3 lai gambar yang sempat ai snap masa tu jek.. cz pas abis acara sarung cincin ai kene rush pegi klas tuisyen pulok~

ceh-ceh tunduk malu2 cat pulak dak kaklang nih~

hamboi, dah dapat cincin, senyum melebau kau yek :))~
fuhhh, selamat sudah 1peringkat~

nantikan majlis ai pulak yek... tapi tak tau bile lagi... kih3~

<<< CERITA II - KOMPANG DI PALU~ >>>

keesokkan harinya - 27 mei 2012, ai turun ke batu pahat bersama-sama en. ijie bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan sahabat se-couse di ukm dlu.. Lenny Yuliani dan pasangannya en. Zaid.. disebabkan ada sedikit kelapangan, sempat jugak ai singgah majlis kawan ai ni..dapat lak, masa ai sampai di rumah cik lenn [nama manja pengantin pompuan dikalangan sahabat2~], pengantin sedang berarak mendung kelabu dengan iringan paluan kompang dan lagu2 bahasa jawanya.. huhuhu.. meriah say~ tema merah putih ok!

tahniah cik lenn... gambar selepas akad nikah. kot la~ [ai copy-paste gambar dari fb cik lenn~] 
sempat jugak ai jumpa cha [berbaju hitam].. memang kami dah berjanji untuk ke majlis cik lenn~
tamat sudah 2 in 1 punya stories... selalu ai guna alasan ni bila pergi kenduri kahwin member2 ai:
kene pergi majlis kahwin diorang, nanti masa aku kawen takde orang yang nak datang pulak...
teringat pulak kata-kata sentap abang angkat ai abang faizal punya statement yang membidas alasan ai :
diorang yang dah kawen, belom tentu nak datang kalau kita kawen~
HAMEK kau sedebik!!!

Monday, June 4, 2012

HAL-HAL ORANG PEREMPUAN...

baru jap tadi ai post bout kebosanan... tak lama pastu, mak ai dok korek-korek kain bawah mesin jahit beliau... setelah beberapa minit menyelongkar beg-beg plastik yang membusut kat bawah mesin jahit dia tu, terjumpalah beberapa pasang kain yang belum dijahit. kain pasang tu semua milik aku yang tak sedar dah berapa bulan di beli tapi belum di jahit... ade 3 pasang!!! 

mak ai memang macam tu, beli-beli kain, pastu lupa nak jahit... ada penah sekali, kain yang sepatutnye dijahit untuk dipakai pada hari raya, jumpa masa hari raya haji... apakah! hehehe... masa dok bukak-bukak kain tadi, ai sempat snap gambar kain-kain pasang tersebut.. meh tengok-tengok sket~

daha macam orang jual kain plak mak ai nih... *kain ni ai beli ngan angah besar ai.. dari makcik kemboja yang datang dari rumah ke rumah tu... *

kain ni setelah di belek-belek, skali sama jenis ngan kain di atas.. just corak, bunga n kaler dia jek lain sket... *yang ni ai dapat free tau.. last week kat SMJ, GPK ai bagi kat ai..*

yang ni pulak ai beli dah brapa bulan ai pon lupa.. ai beli sendiri at  NAKGOYAH NAGOYA jek.. tema ala-ala batik coz orang keje gomen ni hari kamis nak kene pakai kain batik kan....

eh...eh... ini ai tak beli yek...
last pict adalah adik ai.. dia pon sibuk2jek dok tengok hal orang pompuan ni.. almaklumlah dak adam ni sorang jek orang melaka cakap "jantan" kat dalam umah ni selain dari ayah ai la kan... huhuhu... sabo jek la adam ek.. kih~

P/S: tah bile la siap baju-baju ai ni nanti kan??????

Thursday, March 10, 2011

SIARAN GANGGUAN...

ganggu, terganggu, mengganggu dan diganggu??? wah!!!! tangan gatal nak update blog tapi ade jek gangguan yang mengganggu ai.. mengharapkan entri ini adalah entri pendek, tapi tak tau la the end entri ni pendek ke panjang. hahahahaa

siaran gangguan ai mengupdate blog ai membuatkan blog ai ketinggalan dalam update berbanding kengkawan yang len. [sob3~]. hal ini disebabkan oleh masalah lappy ai!!!

memang big problem bagi ai bile lappy kesayangan ai ade probs.. setelah hampir 4 tahun ai berjuang bersama-sama lappy tersayang ini walaupon ade suara-suara sumbang kat belakang cakap "D, kau buang jek lappy kau 2"... "Tukau yang baru la beb. Lappy pon dah murah sekarang ni.." what the kan...

yes, the main probs ngan lappy ai adalah skrin.. dah macam lampu kelip-kelip yang dipasang waktu nak ghayer tu.. terkelip-kelip lappy ni tapi bertahan ye Acer 4310 ai ni.. dari ai beli sejak 1st year 1st sem ai menapak kat UKM ni k..banyak berjasa dah k.. masa still dalam warranty, ai dh tukar skrin baru. tapi still ada probs jugak. berkelip!!

tahun ni, ai terpaksa membuat proposal kepada my dad n my sis untuk memohon sumbangan berbentuk kewangan bagi membantu kesihatan lappy ai yang semakin menghanjing! skrin lappy ai hany boleh berfungsi dengan baik pada keadaan bukaan skrin lebih kurang 30darjah! kau gile macam ne aku nak tengok desktop!

pas mintak tolong ngan BFF ai si Faizal Debot untuk betulkan lappy ai, ai dah berpuas ati. tapi pas skrin memang dalam keadaan tiptop, system kat window la wat hal.. terpaksa masuk ICU kembali.. hadoi.. tapi la ni, lappy ai dalam keadaan maksimum mengikut kepuasan diri ai.. syabas!!!

so, pas ni, hope lappy ai akan sihat-sihat senantiasa selepas habis sumber kewangan dan bantuan "bersamamu" dari my family... thnx coz tolong adikmu and anakmu yang memerlukan lappy dalam hidup dia.. ngeh3. [mengampu la plak..]

dah2. ai mau mandi coz pas ni, ai mau bergerak pulang ke Melaka bertemu si jantung hati mr.Ijie. [ayat cannot go gile!!] barang sikit pon tak kemas lagi, mandi pon blom [tapi xde lalat yang hurung ai k~]

P/S: macam dah terpanjang jek entri ni.. hihihihi :)

:: SIARAN GANGGUAN DAH TAK TERGANGGU LAGI TAMAT ::

Friday, February 11, 2011

ALAMAK, MATA-MATA!!!

tak terkujat uolls bile tengok sebijik kete polis ngan tenang masuk and park betul-betul depan pintu masuk umah uolls???? ape dah jadik nih??? jiran depan umah ai, jadik zirafah jap coz memanjangkan leher dan tengkuk beliau untuk melihat ape yang telah berlaku kat family we'ols sampai keter polis ade...

~ sentap jap... ~
ampun pak!!! kami ngak wat salah pape pak.... hahahaha... bile tengok side kete ni ade sticker logo polis and ade plak tulis dari balai mane polis ni.. tertera 1 balai dari sebuah daerah dari pantai timur! aje HAWAU! ahahaha. apsal plak ai menghawaukan polis berkenaan??? coz polis tersebut adalah one of my beloved cousin yang dah hampir 5 taun kene posting kat pantai timur tu...

actually, dia kene hantar rakan seperjuangan dia kat KL, and then dia singgah balik melaka sat.. biasa lah, we'olls orang kampung, bile jarang balik kampung ni, wajib singgah umah nek, mak pak sedara dan sebagainya. dah menjadi kebiasaan~

disebabkan musim hujan yang melanda semalaya, beliau pon langkah kanan coz dapat dijamu tom yam kat umah ai yang kebetulan masak that meal la.. makan tom yam dimusim hujan lebat~ mabeles!!!!

nota kaki: penah ade scandal ngan abg polis suatu ketika dahulu... tapi tu citer lama and dah takmo ingat lagi sal tu.. ngeh3~

:: CITER POLIS TAMAT SUDAH ::

Tuesday, February 8, 2011

BILA ADNI MAKAN CORNFLAKES...

just saje sharing is caring pict satu-satunya anak buah yang ai ade buat masa ni... this time masa adni datang umah nenek dia [umah mak bapak ai la kan].. bagikan dia cornflakes n coco crunch dalam bekas, alaskan tikau, dudukkan dia kat dapuq sementara ai jadik assist kepada mak ai utk masak lunch... tengok la pe jadik bile dia dapat makan cornflakes n coco crunch 2...

~ walaupon mata pandang kamera, tangan tetap dalam bekas...~
more picts after this...

Monday, January 24, 2011

SAYA YANG MENURUT PERINTAH...

dah lama tak menaip kat belog.. so, today ai nak citer sal a few weeks ago time ai balik kampung. kalau tak silap ai, ai balik melaka dari 12-15 januari.. disebabkan ai balik rumah pada hari biasa, jadi, pagi-pagi ai ditugaskan untuk men-submit abang bongsu kesayangan ramai, adam haiqal ke sekolah.. dia tak nak abah dia hantar seperti kebiasaannya.. ai jugak yang kene..

jadi, hari khamis, ai dikejutkan seawal jam 7 pagi ye.. semata-mata kene hantar abang kecik gi skolah.. lupe plak nk habaq mai, this year adam masuk darjah 1.. alololor.. dah besau upenye adik aku sorang ni.. agak excited gak gi hantau dia g skolah.. rasa macam baru jek lagi dia masuk tadika and pra sekolah...

~ Gambau side blakang baju ni, adam yang suh amik..~
lagi gambau and stories...

Sunday, December 26, 2010

NEXT STATION... TELUK KEMANG...

lepas citer sal balik kampung.. meh aku citer sal gi piknik plak.. this time gi piknik ngan family.. waaaa lama gile tak gi piknik.. agak lama jugak la tak gi piknik.. bukan pe, kitorang mempunyai bilangan keluarga yang ramai, jadik, kalau nak gi mana-mana, kene take turn n akan ade orang kene tinggal.. huhuhu. this time nasib aku baik kot coz gi piknik time aku cuti sem. ngeeee :)

aku planning ngan mak untuk gi piknik memandangkan time 2 abah pon cuti [coz bos tutup kedai untuk 2 hari!] and kete angah pon ade kat kampung.. so, mak accept aku punye proposal. huhuhu. bak kate mak pon, "sian adam, cuti-cuti takde gi mana-mana.."

so, 6 december, kami [mak, abah, adam, nana, adik and aku] ngan hati gumbira menuju ke teluk kemang.. sampai kat sane dalam tengah hari.. cari pot yang sesuai untuk dirikan khemah.. huhuhu

~ agak ramai jugak orang time-time cuti macam ni... ~


Saturday, December 25, 2010

DAH LAMA TAK BALIK KAMPUNG!!!

pada saat mak bagitau aku pasal pak ngah [abang kepada abah] datang umah bawak kad jemputan untuk abang yem kawen, aku dah cakap ngan mak yang aku nak 'book seat' nak follow balik johor.. tak kire.. tak kire.. nak balik jugak coz dah banyak kali trip family aku gi johor aku tak pat follow.. ade aku kesah??? [statement kejam sat]...

kalau tak silap aku, last aku jumpa atok [abah punye mak - sebelah johor, nenek panggil atok] last year masa atok, cik bob ngan cik nor balik haji.. thats y aku nak balik jugak johor... disebabkan kenduri umah pak ngah hari ahad, kitorg bergerak gi johor hari sabtu.. yang berkesempatan join this trip adelah abah, mak, aku, kak lang, nana ngan adam.. dak adik tak mau ikot coz minah tu pemabok cket. so, dia tak mau follow even balik kampung sendiri. 

kami bergerak dalam pas zohor 27 Dec 2010. malam ni tido kat umah atok di Felda Ulu Tiram. walaupon atok takde sebab atok tido umah pak ngah kat Kota Tinggi, tapi feel balik kampung memang takkan complite kalau tak tido kat umah atok...

 ~ pose jap before bertolak balik kampung. ngeee :) ~

dah memang ikut kebiasaan abah drive, akan lalu dalam half way before masuk highway untuk mengelakkan kemengantukan.. kami masuk highway bile sampai air hitam. kalau tak silap aku la.. so, bile dh lalu dalam, memang akan melalui kilang munchy's... dulu kecik jek kilang ni.. la ni, dh agak besau jugak la.. sempat gak aku snap gambaq kilang tu. hahahah


~ masuk jek highway, budak 2 orang ni dah tido.. ~

biasa la, dah hujung-hujung tahun, musim tengkujuh.. hujan sepanjang perjalanan... excited gile + seram + cuak bile kami tiba kat pekan kulai.. ape jadik??? air mencurah-curah ke ladang gandum.. eh, silap-silap.. mencurah-curah ke jalan raya la beb.. [tersasul iklan coco crunch plak!]. adam dalam kereta dah melompat-lompat dia takut banjir... aku pon tak sangka air leh turun laju padahal that time tak ujan [maybe lepas hujan..] and aku pikir takut kete waja angah stuck kat tengah-tengah air tu... habut nanti.. 

nasib la ade laluan alternatif.. lalu kat tepi-tepi kedai. fuhh.. lepas...ni gambaq dari view tingkap aku blakang abah yang tengah drive that time and all the time. huhuhu..


kitorang bukan takut ape, so far blom ade pengalaman menghadapi banjir-banjir ni.. serkam belom penah naik air lagi.. tu yang macam terlebih excited.. huhuhu.

sampai umah atok, dalam kol 7 malam jugak la.. just yang ade kat umah adelah my cousin jek. cik bob n cik nor that time gi kota tinggi umah pak ngah tp diorang balik ulu tiram dalam kol 9 lebih gitu.. tak de plak aku snap-snap time sampai umah atok coz masing-masing penat.. kot.

keesokkan paginye, awal-awal lagi mak dah kejut bangun and get prepare untuk ke kota tinggi.. ni yang failed kalo nak mandi pangi-pagi morning kat umah atok.. sejuk gile!!! saje bagi laluan kat orang len suh mandi dulu. hahaha. tektik and teknik kene betul beb.. so, dalam kol 9 lebih kalau tak silap, kitorang bergerak menuju ke kota tinggi. disebabkan banyak laluan dah bertukar wajah, abah follow cik bob untuk tunjuk jalan.. [p/s: kami memang jarang balik johor disebabkan kekangan transportation :( ]

dalam kol 11 kot kami sampai umah pak ngah.. tak tau ape yang kene wat coz tengok semua dah de orang-orang tertentu yang wat.. so, kami just wat bodo jek.. snap-snap gambaq je la yang mampu. huhuhu.

 ~ awek cun import dari melaka! kami yang berperasaan!~

~ sempat lagi suh atok pose ngn kami.. ~

dalam kol 2.30 petang, rombongan dari pengantin perempuan sampai.. aku pon not very sure that pengantin pompuan ni orang mana.. tapi rasanya orang dekat-dekat jugak coz dia satu tempat kije ngan abg yem.. snap cket tengok...




 ~ dalam gambau ni semua sepupu sepapat, sedara mara family sebelah abah. tapi kitorg tak termasuk dalam gambau ni coz takut pelamin ghoboh! hahaha ~

habis sudah citer sal pengantin.. before maghrib, kami bertolak kembali pulang ke tiram... penat tu penat la jugak, walaupon tak de benda yang dibuat kat kota tinggi tadi.. hahaha.. layan je la... bile smpai umah jek, semua dah terbongkang penat!! huhuhu

esoknye, kami akan bertolak pulang ke melaka tanah airku.. sebelom bertolak balik tu, sempat jugak snap-snap gambar cz tah bile tahun lagi agaknye dapat balik johor lagi... cedey woooo... :(

 ~ pemandangan umah atok dari atas jalan raya.. adam plak tengah petik-petik bunge tah ape yang dia nak wat agknye ngan bunge kuning 2... ~ 

 ~ dah teruk dah budak 3 orang ni... ~

~ going home... sempat lg pose... tengok adam 2...motif dia petik bunge kuning tadi.. macam budak-budak jek.. tapi memang pon dia budak lagi.. layan je la perangai hero sorang 2... ~

on the way balik melaka, adalah satu kewajipan untuk kami menyinggah kat pekan air hitam.. borong kerepek-kerepek exspecially kepek keladi yang kaler purple, kepek tempe, sagun n faveret mak ai - pisang salai.. aku ingatkan mak aku jek yang gile pisang salai, rupenye, ade 'family baru' yang hanya aku kenalkan sebagai 'pa' yang dok kirim kat aku suh tapaukan dia pisang salai... sayang punye pasal, ai belikan u la dear.. hahahaha.. jangan marah ek 'papa'~ [malu2...!!!]

kami telah selamat tiba ke perkarangan rumah [peh!!] dalam pukul 5 lebih... 

:: TAMAT ::