Showing posts with label aku dan perasaan. Show all posts
Showing posts with label aku dan perasaan. Show all posts

Friday, December 14, 2018

DIAPER FREE...


#NauraArisyaMohdTarmizi after almost 2 weeks diaper free!
.
.
Tak sangka #AdekkNoya senang buat #PottyTraining..
.
.
Kalau sekali dua "terkucil" tu normal la kan..
.
.
#KakakkWawa dulu pun senang jugak tapi time tu dia dh 3y++. #AdekkNoya baru #2y11m10d hari ni. Memalam pun dah tak pakai pampers! Sayang anak2 mama 😘😘
.
.
#CheritaAnakBeranak #KauAkuKitaKami
#PariPariKecil #SyukurAlhamdulillah #SyurgaMamaPapa #GambarCampakBelakang #AnakDakMieyzi #BudakBertuah #BudakKeletah

Friday, October 5, 2018

SIRI BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI #1

Takpe la...
Kau macam tak biasa pulak...
Hati orang kena jaga, hati sendiri, pandai la kau jaga sendiri..
Kau kan taff, kau kan sado..

Jangan bagi orang stress..
Kalau kau yang stress, kau telan, kau sorok diam-diam dalam hati yang kau jaga sendiri tu..
Takde siapa peduli, takde siapa nak amik tahu..

Taip panjang berjela bukan ada orang baca pon..
Silap-silap kau kena marah sebab taip benda macam ni..
Eh, ada pulak orang pedulik..

Takpelah Adie Nadiah, kau duduk diam-diam.
Jangan kacau orang sudah.
Kau ketawa ke, kau menangis ke, kau sentap ke kau je yang tahu..
Orang lain tak amik tahu, taknak amik tahu dan buat tak tahu je.

#HatiMohonSado #Makkkantaff #MakkKanSado #BawaDiriHeretHatiSeretPerasaan #MakanHatiMakananRuji #KahKahKah #TepukBahuSendiri #MacamTakBiasaPulak

Monday, September 24, 2018

Tuesday, September 18, 2018

BULAN BANYAK CUTI...

Assalamualaikum, halu-halu...

september 2018, bulan banyak cuti even bukan cuti sekolah.. banyak cuti umum yang bersambung pada hujung minggu..


8-11 september.. cuti 4 hari bersambung... 9-10 september, ada join en.Ijie punya family day perodua muar... pagi ahad gerak ke Melaka Tropical Fruit Farm dekat sungai udang.. kat sane ada aktiviti flying fox, high rope and water rafting. untuk staff ler.. tapi utk family yang nk join pon dialu-alukan.. 

yang tak disangka-sangka, kakakk wawa nk buat flying fox weh! mungkin dia excited tengk kawan-kawan papa dia hampir semua main flying fox meredah tasik, dia pun request nk buat jugak.. papa dia try tanya orang yang handle program tu, dia kata boleh je kalau budak-budak nak buat. so, apa lagi, syok la dia joint buat flying fox. suka hati tengok dia nk buat aktiviti lasak tu walaupun buat dengan papa dia...

lepas buat flying fox, hujan lebat la jugak.. papa ey sambung buat high rope (ala-ala jalan atas tali dekat tiang tinggi nun..) then makan luncah...

after lunch and solat zohor, sambung buat water rafting.. papa and the gang buat rakit guna buluh and tong biru yang besar tuh.. lepas rakit siap, kene buat water confidence. time ni kakakk wawa pon dah excited. tapi mama ey tak bagi. suh tengok dari tebing tasik je.. water confidence done, diorang semua bawak rakit turun tasik. wawa dah standby dengan life jacket nak join papa.. kemain suka dia dapat dok kat rakit tu.. adekk noya dah merengek nk join, tapi sorry belum masa untuk adekk ya buat tu semua ye nakk...

kemain sengeh lagi #KakakkWawa tu ha kennn...
selesai smeua aktiviti dekat MTTF, kami gerak ke Damar Suria Resort, Pengkalan Balak.. nice resort, ada kolam renang, depan dengan pantai ape semua. anak-anak tengok ada kolam renang je diorang dah excited...

nak dijadikan cerita, 2 ketul princess ni nak pi mandi kolam.. makk pon cakap la malas nak bawak henpon. tapi bapak ey pulak yang volunteer nak bawak henpon.. papa ey bawak anak-anak dulu coz makk ey nk selesaikan urusan di toilet.. ngehngehngeh...

kolam ey takde la besar mana pon, makk just duduk kat gazebo jek perati 3 beranak ni merenang-renang... dah dekat 10-15 minit, mak teringat yang bapak ey tadi kata bawak henpon, tapi kat mana le dia letak...

makk cuba cri dalam plastik mainan budak-budak ni, tapi haram takde.. makk tanya kat bapak ey, mana enpon, upenye dalam pocet poket seluar yang terendam bersama-sama mandi dengan anak-anak..

maka, apanya berhuhuhuhuhuhu jek la telepon dah masuk air nakk oii...


malamnya, ada bbq and sukaneka staff sesikit.. agak-agak macam dah boring jek, makk ajak en.ijie pi bakau tanglung (makk tak tau ape kebendanya benda alah nih!). ekceli, makk kempunan tak dapat main tanglung ni time family day SMKSR sebelum ni... benda alah ni makk kirim kat Cikgu Faiz. mintak tolong dia belikan. katanya beli kat kedai barang sembahyang cina 😆😆😆.

bukan anak-anak je yang excited, mak budak apak budak pon sama nk try benda alah nih tau...


ada lagi balance tanglung ni dalam 4,5pc.. next time kot-kot rajin pi klebang ke kan, leh bakau lagi tanglung tuh.. murah je rm2.50 je 1pc...

nota kaki tepeleot:
1. adekk noya tak takut air! even kolam renang tu kalau makk masuk ada la paras dada makk ni, tapi dia relax jek leh terjun sambil berdiri.. Kakakk wawa ada gak takut-takut nak terjun secara berdiri, dia terjun  sambil duduk ka tebing kolam je..

2. anak-anak dah pandai request lepas ni nak duduk Rumah Hotel yang ada kolam renang. doakan mama and papa murah rejeki ye nakk oii..

3. sambungan cerita enpon en.ijie -  otw balik rumah dari resort, terus hantar kedai untuk servis enfon.. esoknya amik, orang tu cakap, enpon dah tak boleh pakai lagi.. al maklumlah enpon limited edition. tapi, bila sampai kat rumah, en.ijie try cas, boleh pulak nyala! tapi, bila cabut je kepala charger tu, enpon terus mati.. solutionnya, simkad kene masuk enpon lama dulu, and enpon yang masuk air tu, makk suh rendam dalam bekas beras!, 3 hari kendian, en.ijie try, dah boleh pakai!!! alhamdulillah, ada rezeki lagi dan panjang umur enpon itew! masih hidup dan boleh pakai sampai sekarang... 😁😁😁

hokey la, sikit sebanyak makk membebel kali ni..

Thursday, September 6, 2018

JADUAL BARU, CABARAN BARU?

Pagi-pagi morning dah dapat tengok jadual baru.. jadual ke-2 untuk tahun 2018 ni.. kalau kat aliran perdana, dah masuk jadual ke 5,6 dah kot.. kikikiki...

so, ada sinaran kegumbiraan kat situ... ada jugak yang tak bape nk syok jugak.. biasalah, makk ni #ChekguKecilYang Besar je nakk.. maka, makk kena la follow the floww kan... makk hokey je nakk...

macam makk cakap kat entri sebelum ni, mak ajar Bahasa Melayu (kelas Seri Negeri, Seri Perdana, Cyberjaya, Alamanda), PjPk (pelajar perempuan), Pendidikan Moral (kelas Alamanda) dan Pendidikan Seni Visual (kelas Seri Perdana)

Untuk jadual ke-2 yang belum nak official lagi ni, nampak gayanya ada perubahan ler sikit.. ada penambahan subjek Kemahiran Manipulatif (makk suka subjek nih!!), pertukaran kelas PSV Seri Perdana ke Putrajaya, penambahan budak untuk subjek moral dan pengurangan kelas BM - dah tak ajar Seri Negeri.

Biasalah nakk, insyaAllah makk akan cuba yang terbaik untuk anak-anak mak! YEAHH!!

Jadual Unofficial yang kedua.. hallamak, sorry gambo kecik just nampak nama kelas jek 😂😂
habis cerita hari ini...
#SampaiJumpaYa


Tuesday, September 4, 2018

IDAMAN HATI..

Bila kau seorang guru..
Waktu mengajar mesti kau nak complete n perform masa mengajar kan...
Macam tu jugak bagi makk yang baru masuk tahun ke-6 mengajar..

Makk cukup idamkan LCD PROJEKTOR 😖
Sebab makk mengajar pendidikan khas yang pelbagai...
Untuk makluman, tahun ni makk ajar Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Pjpk, Pendidikan Seni..

Nampak macam sikit je kan.. Hanya orang yang mengajar je tahu jerit perih seorang guru pendidikan khas..
Takpe, #MakkKanTaff #MakkKanSado maka, mungkin kurang sikit masalah masa mengajar.

So, berbalik pada idaman hati, memang nak sangat dak LCD tu.. Bila kumpul2 duit je, ada je kepentingan lain yang perlu di dulukan..

Alhamdulillah, baru2 ni, PPKI SMKSR mendapat johan peringkat PPD JASIN dalam pertandingan PLC AMALAN TERBAIK KATEGORI PENGURUSAN. Dan hadiahnya sebuah LCD PROJEKTOR! Dapat jugak menumpang pakai sementara belum nampak bayang hak milik persendirian makk 😂😂😂

kau tengok, LCD terbaru poojaaan hati dinda...

hokey, cukuplah makk membebel untuk hari ni yek (buat masa ni).. jumpa lagi di lain entri..

Tuesday, November 18, 2014

SI RATU SELFIE..

Hari ni ai nak cite pasal anak dara ai sorang. Sape lagi, Si najwa la. Anak baru sorang deknon... Al kesahnye, ai dapat anak yang suke selpie. Ampang gemau dia bak kate orang melake ler.

Dia bukan ape, dia suka bila dapat tengok muka sendiri kat skrin telepon tangan ai. Dapat lak, telepon ai ni berskrin besau walaupon yang murah je nakk.

Meh tengok gelagat dak wawa depan kamera..


Lets cekidaut~

Her smile :)

Guess what??

with my lovely momma

eh, ni bukan anak ai. Tp my niece. Umor sebulan tua dr wawa.

Hokey, gambar yang akhir macam lari tajuk entry.

Kbaii!










Monday, November 10, 2014

BILA AKHIR TAHUN..

Dah time ujung2 taun nI, nak2 lepas pekse akhir taun, lagi la budak2 Ni suke..

Nak tau ape yang student ai buat?

Haa, Tengok sendiri gambo ey....

memula...
pic1: kengkonom malu. Tido kepala atas meja je..

kendian..

Pic2: Hokey, Sorang dah kecundang tido kat lantai,sorang lagi ecing buat keje

 lepas 2...

pic3: AKhirnya, semua dah tunjukkan belang memasing.

 Kan.. Diorang ni ekceli baru je lepas bincang soalan kemahiran manipulatif diorang. Pas kene marah coz jawab pekse memain n skor pon hancus, Maka, Diorang pon wat la tunjuk perasaan seperti gambar2 Tersebut.

Sekian, cerita kedua untuk hari ini


UNTUK DIA..

Entri khas buat insan bernama NURUL ATIKAH ABD RAHMAN (eh, ye ke nama dia gini??) Ah lantak lah..

Ada apa dengan hari ini? Hari ni hari lahir insan tersebut.

Well..

Apa kene mengena insan ini dengan hidup ai? kalau ikutkan pertalian darah, memang tak ada kene mengena pon dengan ai.. tapi ai dah anggap dia macam adik ai sendiri.

Macam yang ai cakap tadi, hari ini besday dia. Tapi ai lupa bezday dia yang ke berapa. (halamak!!) 

watever lakan, ai nak cakap yang ai wisi bezday dia kat semua cara yang ai boleh. such as seperti gambar hok bawoh ni





Haaa.....

Hamek kan.. walaupn ayat yang sama, ai cuba untuk reach dia sampai dia dapat semua mesej2 ai tu. Almaklumlah adik jauh di bangi kan..  jauh la sangat bangi ngan melaka tu kan..

so, dalam bebanyak  mesej yang ai hantar, at la
st dia reply jugak wísh ai tru wasap. as seen below


Hape hal lak 2? ada bau rajuk merajuk disitu.

aip2, hal adik beradik cannot say here.

#Kbaii!

Wednesday, July 3, 2013

HOLIDAY TIME...

alhamdulillah, last week penuh dengan aktiviti perabiskan duit gaji yang baru keluar... sehari selepas gaji keluar dah kene pergi overthesea.. LAWATAN KE SINGAPURA & JOHOR BAHRU.. tau-tau je la if dah pergi negara jiran tu, dia punya dollar jek dah brapa if nak convert dari ringgit mesia ni kan... keje punya hal, terpaksa pergikan jugak. walaupon pada hakikatnya, tiada mood and soul untuk ke sana~

ok, disebabkan ai lupa nak transfer gambar masa lawatan hari tuh, maka ai bukak cerita baru.. sehari lepas ai balik lawatan singapore tu, cik tunang mesej ai tanya samada ai ade kelas tuisyen ujung minggu tak.. of course la if dear dah tanya macam tu, mesti ada pape plan dear kan.. cik abang tanya pada hari jumaat, ai balik singapura n JB hari khamis... lantas, jumaat malam tu jugak ai call pusat tuisyen menyatakan yang ai amik half class aje this week..

ape tidaknya, cik tunang ajak pergi CAMERON HIGHLANDS! mungkin bagi orang lain, nampak macam cikai jek cameron tu kan. tapi disebabkan ai ni belum pernah sampai tanah tinggi tu, maka sedikit excited la kan... dapat lak cik ijie jugak belum jejakkan kaki kat sana...

setelah menempuh sabtu petang yang penuh mencabar, maka bergeraklah dua insan ini dengan membawa incik JNX bersama.. disebabkan sabtu malam ade final KELANTAN VS JDT, maka destinasi pertama adalah di SHAH ALAM! tak dapat tengok kat stadium punya pasal, so tengok je la kat awey area shah alam kan... then cari tempat stay pulak semua full booked! next destination is RAWANG! nasib baik ade tempat stay!

pagi-pagi morning [morning la sangat!] terus bergerak menuju ke CAMERON HIGHLANDS melalui SIMPANG PULAI.. bergilir drive ngan incik tunangla ape lagi... first time drive JNX sejauh ni ok.. dengan hanya berpandukan papago gps, maka sampailah kami berdua di cameron dalam tengah hari! alhamdulillah!

having some great-great-great moments for a while kat sana... bila lagi nak spent time macamni ngan incik tunang kan... hehehe..

here some combine pict! dah lama sey tak update belog with some pics kan!

some fun!

both of us! (not ready yet to expose incik ijie~ wahahahhaa)
sedikit nota kaki:
  • holiday yang tidak dijangka! thanx dear~
  • cameron highlands dah tak sejuk.. berpeluh kat ladang teh ok!
  • dah tak lorat nau if nak g cameron highlands tu~
  • 1st time holiday yang macam nih~ sukerrr sangat!!
  • sempat menyoping storebi (strawberi!), teh lemon, tshirts and so on~
  • having lots of lurve with him... saya sayang awak MTMA~

Friday, April 5, 2013

INCHARGE...

Lepas beberapa hari demam yang sangat teruk, ini malam ai bawak incik tunang ke Hospital Pantai, Melaka sambil ditemani oleh adik ipar..

Tengah hari tadi, ai nak hantar cikit sayur n beberapa stuff yang incik tunang minta, tak semena-mena, cik abangku itu boleh terjelepuk pitam_pengsan depan mata ai..

Sempat jugak ai sambut dear tapi kepalanya pun sempat jugak terhantuk n mensebabkan (ayat dear) satu kebenjolan timbul dikepala.. nasib cinonet jek benjol tuh n boleh cover lagi dengan jambulnya itu.. Ngehngehngeh..

Setiap yang berlaku ada hikmahnye kan.. At least dia tak dapat pergi pangkor dengan alasan untuk berjimba-jimba..

Tapi, ai sedih gak tengok keadaan dia yang dok melepek macam ni jek.. Ngan keadaan tak bermaya dia tu.. Ape pon hopefuly takde pape yang serius dengan wajah kesayangan hamba itu..

Doakan dear ok yek :)

Friday, March 22, 2013

KELAKAU LA PLAK...

bile diingatkan balik.. kalaulah boleh di-rewindkan semula, ai rasa macam nak gelak jek..

bukan pe, ai rasa ai tak penah dok borak ngan orang and bahasakan diri ai ni - nadiah!

nadiah rasa blah..blah..blah..., tapi nadiah.. blah..blah..blah...

macam kelako.. tapi bile fikir bout respect, bout ke-formalan, ia keluar dengan sendirinya... selalunya, ai bahasakan diri ai, kak uda @ kokde, d (from word ADIE) or ape-ape yang sepatutnye..

tapi tadi terkeluar n terguna nadiah plak.. macam ayu ler plak terasa... pape pon, just be urself, and its REAL!! not PROPA semata-mata yek..

#cuba senyum walaupon dalam keadaan terpaksa...~

HANYA DI SINI..

MUNGKIN hanya di sini ai dapat luahkan sedikit rasa hati... MUNGKIN.. MUNGKIN ye.. MUNGKIN tidak...

MUNGKIN bagi ai, benda ni tak salah... tapi MUNGKIN bagi orang lain.. salah la pulak...

ape yang boleh ai buat?????

buat-buat tak tahu??? ohhhh tidak...

its about future sayang... tapi, kalau salah ambil tindakan, sebeban kesalahan aka diletakkan di atas bahu ini...

ahhhh.....

sekarang ai takut untuk buat sebarang keputusan...

bila ai mintak pandangan, akan di cop - tidak matang, tak boleh buat keputusan sendiri...

tapi, bile ai buat semua ni - di cop pulak - memandai-mandai buat keputusan sendiri...

Allah~

ape yang ai boleh buat????

wait and see???? 

# melepaskan nafaaaaassssssssssss yang sangat pannjjjjaaaangggggggggggggg~

Sunday, January 27, 2013

UPDATE..

actually, ai tak tau ape yang di updatekan.. topik entri jek update... hahahaha... 

ai bukak album gambar dalam lappy ai ni, cari modal nak wat entri baru tapi macam takde yang menarik jek yang leh ai sharekan...

so, biar jari jemari jek yang menari di netbuk ini...

sejak beberapa hari ni, kesihatan kurang memberangsangkan... incik ijie pon sama.. masing-masing demam kura-kura, flu and batuk-batuk manja gitew...

ape leh wat.. ade orang kata, sakit ni penghapus dosa kecil.. so redha jek la.. sambil-sambil tuh, dok telan paracetamol lah kan...

untuk korang semua, jaga kesihatan bebaik ye... ~

nota kaki:
  • ai rindu JNX ai... dibawa pergi ke johor oleh parents ai... (tak lama lagi kene hantar next servis lah nampak gayanya!)
  • jadi ke nak book set bilik tidor nih????
got to go... daaaa~

Saturday, January 12, 2013

DIAM..



Dalam diam aku tersenyum...

Dalam diam juga sebenarnya aku menahan perasaan..

Dalam diam terselit seribu makna..

Dalam diam pelbagai rasa..

Dalam diam aku menangis dalam hati..

Dalam diam aku rasa bahagia..

Walaupon sebenarnya, dalam dia juga aku bermohon kepadaNya..


Semoga semua baik-baik aja.. Amin~


Publish via #mysamsungSA~


air tangan ai ok!

Monday, December 24, 2012

ANOTHER ORANGE STUFF...

baru-baru ni ai baru tambah koleksi barang berkaler oren lagi...

lalalala~

walaupon yang non-original, tapi ai punyer suke la kan..

disebabkan baru dapat bonus yang tak seberapa, ai belikan skali untuk adik-adik ai~

oren - ai, biru - izzzaty, coklat - nana~

tu jek yang mampu....~
http://www.smileycodes.info






NURUL'S WEDDING~

post sebelum ni ai cerita pasal ai order cupcake untuk kazen ai punye wedding... so, ni nak citer sket pasal wedding dia lah nih...

mungkin tak boleh nak citer panjang-panjang, so, let the picture tell the stories la...

# sket jek kot gambar dia~

mungerrr telurrr masiiinnnnn~

pelamin hand made ok~

sebelum akad nikah

alhamdulillah, selesai sudah~


papepon, tahniah buat my kazen., semoga bahagia hingga syurga yek~  

http://www.smileycodes.info

Tuesday, December 18, 2012

CUP CAKE...

entri sebelum ni ai ade cerita ai makan durian crepe.. this time ai citer pasal cup cake pulak dah.. actually disebabkan ai order cup cake dari kak hawa ni la ai dapat makan durian crepe.. so, sepatutnye ai wat entri pasal cup cake ni dulu kan???? tapi dah terlalu excited kot pasal durian crepe agaknye.. hehehehe..

ai order cup cake ni sempena sepupu sebelah ai kawen.. umur dia baru 21 tahun jek.. sebaya dengan adik ai.. disebabkan ai tak tahu nak bagi hadiah ape, so ai sumbangkan cup cake ni jek untuk pengantin raja sehari nih.. 

disebabkan tema wedding dia warna pepel, so cupcake ai order pon kaler purple la kan.. wajib ikut tema katenye...

so, this is the cute cup cake~

cup cake with fresh fruits~

cup cake swirl~
kiut kan??? ni ai order yang simple mimple jek coz bajet lom bape nak ade.. al maklum ler gaji bape hari jek lagi baru kuar... ni jek yang mampu ai sumbangkan... bukan untuk orang lain pon, sepupu ai sendiri jugak kan...

so, untuk korang yang teringin nak order cup cake ke, cake ke, korang leh jengah fb kak hawa.. ai dah bape kali dah order cake ngan kak hawa ni..  untuk pengetahuan, kak hawa ni just duduk sebelah kampung ai jek.. so, maybe dia amik order untuk yang area melaka jek la.. 
http://www.smileycodes.info
# ade komisyen tak agak-agak ai dok promot kak hawa nih??? hehehheh~ 

Monday, December 17, 2012

DURIAN CREPE...

sekarang dok femes makanan nih.. durian crepe.. hari sabtu hari tuh sempat ai dok order ngan kak hawa durian crepe instead ai amik order cupcake ai dari dia... nampaknye rezeki ai untuk merasa ape itu durian crepe tercapai jugak.

.
.
.
.
.
.
.


rm10.00 per box  / 4 pc per box~

ni la dalam durian crepe.. ade filing dia ngn durian skali.. memang sedap gak lah~

so, sape-sape yang hantu durian boleh try durian crepe ni.. tak rugi lah.. lain dari yang lain~

Friday, December 14, 2012

UNTUK PERTAMA KALINYA...

untuk pertama kalinya... JNX  saya perlu dibayar....

walaupon tengah sesak...

ape voley vuat... kene bayar every month before 14th...

lalalalala~

senyum dalam tangisan lah nampaknye~


http://www.smileycodes.info