CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 22, 2012

MEREKA SUDAH, SAYA BILA LAGI???

<<< CERITA I - MERISIK KHABAR~ >>

26 Mei 2012... adik ai kaklang nabilah selamat dirisik oleh pilihan hatinya... masalahnye, ai takde orang yang nak ke???? adik ai dah melompat-lompat bukan bendul lagi dah ni, al maklumlah angah ngn kak uda dia lom lagi selesai tau.. pape pon ai doakan jodoh mereka akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bukan setakat tu aja sehingga hujung nyawalah kan..

majlis merisik-risik ni wat kami wat kecik-kecik jek, ye la baru merisik kan... blom bertunang or bernikah lagi.. so, ni ade 3 lai gambar yang sempat ai snap masa tu jek.. cz pas abis acara sarung cincin ai kene rush pegi klas tuisyen pulok~

ceh-ceh tunduk malu2 cat pulak dak kaklang nih~

hamboi, dah dapat cincin, senyum melebau kau yek :))~
fuhhh, selamat sudah 1peringkat~

nantikan majlis ai pulak yek... tapi tak tau bile lagi... kih3~

<<< CERITA II - KOMPANG DI PALU~ >>>

keesokkan harinya - 27 mei 2012, ai turun ke batu pahat bersama-sama en. ijie bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan sahabat se-couse di ukm dlu.. Lenny Yuliani dan pasangannya en. Zaid.. disebabkan ada sedikit kelapangan, sempat jugak ai singgah majlis kawan ai ni..dapat lak, masa ai sampai di rumah cik lenn [nama manja pengantin pompuan dikalangan sahabat2~], pengantin sedang berarak mendung kelabu dengan iringan paluan kompang dan lagu2 bahasa jawanya.. huhuhu.. meriah say~ tema merah putih ok!

tahniah cik lenn... gambar selepas akad nikah. kot la~ [ai copy-paste gambar dari fb cik lenn~] 
sempat jugak ai jumpa cha [berbaju hitam].. memang kami dah berjanji untuk ke majlis cik lenn~
tamat sudah 2 in 1 punya stories... selalu ai guna alasan ni bila pergi kenduri kahwin member2 ai:
kene pergi majlis kahwin diorang, nanti masa aku kawen takde orang yang nak datang pulak...
teringat pulak kata-kata sentap abang angkat ai abang faizal punya statement yang membidas alasan ai :
diorang yang dah kawen, belom tentu nak datang kalau kita kawen~
HAMEK kau sedebik!!!

MEMOIR PPKI SMJ: HARI GURU PART II...

ape dah.. sekarang sudah hampir sebulan di smk. sungai rambai (smksr), cerita hari guru ppki smj masih tidak tertaip2 lagi... disebabkan terlalu bizi [iye ke????], cerita ni dah macam basi plak... tapi takpe, semangat berblogger masih di jiwa ai ok.. kali ni, ai akan cerita berdasarkan gambar sahaja [berdasarkan caption pada gambar ~] bukan ape, dah hampir ingat-ingat lupa tentatif hari guru part II ni...

yang paling penting, entri kali ni adalah ketika sambutan hari guru peringkat PPKI SMJ yang disambut sekali bersama sambutan hari lahir perdana pelajar-pelajar PPKI SMJ...

so, kita start layan gambar ok~

persiapan tempat lokasi kejadian - bengkel ppki~

bacaan yassin sebelum majlis... ambil berkat di hari jumaat~

selepas tamat bacaan yassin... ucapan berpatah-patah kata pulak~

muka-muka ceria.... [ceria kah???]

oppsss... gambar campur-campur la~

warga PPKI SMJ~ kak suze (tdung kuning) yang masih bercuti selepas bersalin pon langkah kanan semasa jamuan~

gambar atas: pelajar-pelajar yang dirai <<< birthday antara januari-mei kalo tak silap ai la
gambar bawah: tenaga pengajar PPKI SMJ pada masa itu.. ai ngan cikgu monie [cikgu cun sebelah ai-ganti kak suze bersalin] jek yang tak kekal di sana :(

ok, makan-makan tyme!! jemput makan semua~

antara menu yang dihidangkan pada hari kejadian~

wajah kesayangan hamba~

ada sesi penyampaian hadiah semperna hari guru! yang ni hadiah sumbangan warga PPKI kepada guru-guru PPKI~

dua gambar yang atas adalah hadiah kepada 2 orang guru yang belom permanant~ monie lak last day kat sana and ai pon macam tau-tau jek tak dapat kekal di smj :(
so... tu la sedikit sebanyak cerita hari guru part II... fuhhhhh!!!! akhirnya, selesai juga entri kali nih... LEGA~

apa-apa pon, ai masih rindukan mereka-mereka yang berada di SMJ... jangan lupakan CIKGU NADIAH yek~

Tuesday, June 5, 2012

BILA TAKDE KEJE...

disebabkan kebosanan sentiasa menghimpit diri ai sekarang ni.... ai mengisi masa lapang ai dengan
.
.
.
.
.
.


then ai try-try kat power point... memang sah ai sedang kebosanan tahap gaban~


p/s: ai banyak download new font di dafont.com dan di 1001freefonts.com korang try la usha-usha lak~

Monday, June 4, 2012

HAL-HAL ORANG PEREMPUAN...

baru jap tadi ai post bout kebosanan... tak lama pastu, mak ai dok korek-korek kain bawah mesin jahit beliau... setelah beberapa minit menyelongkar beg-beg plastik yang membusut kat bawah mesin jahit dia tu, terjumpalah beberapa pasang kain yang belum dijahit. kain pasang tu semua milik aku yang tak sedar dah berapa bulan di beli tapi belum di jahit... ade 3 pasang!!! 

mak ai memang macam tu, beli-beli kain, pastu lupa nak jahit... ada penah sekali, kain yang sepatutnye dijahit untuk dipakai pada hari raya, jumpa masa hari raya haji... apakah! hehehe... masa dok bukak-bukak kain tadi, ai sempat snap gambar kain-kain pasang tersebut.. meh tengok-tengok sket~

daha macam orang jual kain plak mak ai nih... *kain ni ai beli ngan angah besar ai.. dari makcik kemboja yang datang dari rumah ke rumah tu... *

kain ni setelah di belek-belek, skali sama jenis ngan kain di atas.. just corak, bunga n kaler dia jek lain sket... *yang ni ai dapat free tau.. last week kat SMJ, GPK ai bagi kat ai..*

yang ni pulak ai beli dah brapa bulan ai pon lupa.. ai beli sendiri at  NAKGOYAH NAGOYA jek.. tema ala-ala batik coz orang keje gomen ni hari kamis nak kene pakai kain batik kan....

eh...eh... ini ai tak beli yek...
last pict adalah adik ai.. dia pon sibuk2jek dok tengok hal orang pompuan ni.. almaklumlah dak adam ni sorang jek orang melaka cakap "jantan" kat dalam umah ni selain dari ayah ai la kan... huhuhu... sabo jek la adam ek.. kih~

P/S: tah bile la siap baju-baju ai ni nanti kan??????

KEBOSANANG!!!

Copy from mr.google~
ai sedang dilanda kebosanan.... ape mau buat??? cuti-cuti sekolah ni dah tak tau ape yang nak buat... holiday??? dah kene cancel coz en. ijie salam tengok date... hmmm dah tak dapat nak kuar jenjalan out of malacca..

nak sambung cerita bout smj, adik ai bawak lari ai punya netbook yang mengandung terkandung semua gambar-gambar masa di smj.. so, tak dapat nak update... hmmmm sabooooorrrrr jek la....

tengok nanti ade time and masa ai update ok.. out dulu la.. naaaa~

Friday, June 1, 2012

MEMOIR PPKI SMJ : HARI GURU PART I...

Banner Hari Guru SMJ yang digantung di dewan sekolah ~

Ok, seperti yang sedia maklum, hari guru jatuh pada 16 mei 2012 bersamaan hari rabu. hari ni jugak SMK Jasin menyambut hari guru peringkat sekolah... teringat masa ai sambut hari guru di SMK Padang Temu, hari guru kene ikut tema warna iaitu ungu.. tapi berlainan di smj. takde tema.. ai siap pakai baju tshirt ngan trek lagi... kenapa??? nanti ai ceritakan.. huhuhu

wajah-wajah warga PPKI di hari guru~
pagi di hari guru - pertandingan bola sepak antara guru-guru lelaki SMK Jasin VS SMK (A) Tun perak.. kenapa tetiba ada SMK (A) Tun Perak pulak tersesat kat sini??? sebab sekolah kami adalah berjiran.. maka, dihari guru diadakan perlawanan persahabatan antara guru lekaki kedua-dua sekolah yang berjiranan ini...

team guru lelaki gagah perkasa SMJ~
sementara guru lelaki berperang di padang sekolah SMKTP, kami guru-guru wanita (cewah!) berperang di dewan sekolah untuk perlawanan badminton. tapi perlawanan badminton ni antara kami-kami jek.. takde pulak antara smj ngan smktp...

ai and monie~ wakil untuk guru-guru pendidikan khas~
untuk memendekkan masa ai menaip kat belog ni, keputusan perlawanan bola sepak dimenangi oleh SMJ.. tapi result  dia ai tak berapa nk sure berapa.. ada yang cakap 6-1 la, 4-1 la... ni semua anak murid ai yang bagi tau.. so, tak tau yang mana satu official punya result... untuk permainan badminton pulak, team ai and monie, berjaya DIKALAHKAN oleh team cikgu roslina and tan boon moi... rupa-rupanya, team yang ai lawan tu adalah team juara bertahan selama bertahun-tahun and berturut-turut ye.. and this year pon diorang menang jugak... yang membuatkan ai kalah bukan apa, just main 1 game jek.. baru nak warm-up, dah abis dah,... sabo jek la... 

tapi hari jumaat sebelum hari guru, telah diadakan perlawanan bowling antara guru-guru smj.. ni yang aku suka ni... hehehe... di bawah ni adalah result bagi team ai... team 2.

3 game.. apa macam???
selepas tamat perlawanan bola sepak dan badminton, semua guru smj diarak untuk ke dewan bagi majlis rasmi sambutan hari guru peringkat sekolah...

pertunjukkan silat sebelum masuk ke dalam dewan~

n____________n
jeng... jeng... jeng...
sambutan hari guru dimeriahkan dengan acara nyanyian, persembahan pelajar, pertandingan karaoke antara guru, treasure hunt dan acara makan-makan... hahahahaha

sebelum ai lupa, gambar di atas yang ber-caption jeng.. jeng.. jeng tu adalah masa ai mengambil hadiah bagi acara yang ai boloti - JOHAN BOWLING GURU WANITA dan NAIB JOHAN BOLING (KUMPULAN)... yang lain non-ada menang...kih3~

apa-apa pun, hari guru ni ai dapat..............................................................

ai ada nih.. korang ada?????
walaupon tak sebanyak mana, tapi ai syukur... (humble la konon-kononnye~) nak wat list sket la sal ape yang ai dapat di hari guru~
  1. goodie bag - towel biru anda tupperware brand tupperware yang kaler oren tuh.. (ai tak tukar ngan orang lain untuk dapat tupperware kaler oren ok... rezeki ai memang dapat kaler oren! ai suke!)
  2. tupperware brand ape tah dari hamper menang johan grup boling...
  3. mini cup dari my student - amylia and atikah! thanks uolls~
  4. last but not least - 2 piala bowling - 1 untuk menang grup, 1 lagi untuk individu bowing~
mengulas untuk kemenangan besar dalam sukan bowling - sebelum ni ai menang bowling pendidikan khas, teringat ayah ai cakap kat ai..
"masa kau sekolah dulu,takde plak kau nk aktif sukan, ni dah keje baru nak sibuk-sibuk masuk sukan... siap bawak balik piala la, medal la bagai... macam tak caye jek kau menang ni semua..."

ape yang ai smash ayah ai semula...
"apa leh wat... dulu malas sukan.. sekarang baru nak berjinak-jinak... tak sangka plak leh menang macam nih..." kih3

eh..eh.. macam terpanjang pulak entri kali ni... opsss... korang perasan tak kenapa ai entri hari guru ni ada part I???? sebab akan ada part II pulak ler... sambutan hari guru PPKI... tunggu ya~

p/s: SELAMAT HARI GURU SEMUA~