Monday, March 28, 2011

SESI SOAL JAWAB BERSAMA DIRI SENDIRI...

hadoi.. disebabkan oleh banyak kekangan yang ai hadapi bersama-sama lappy kesayangan ai ni, ai jadi tertanya-tanya... ape yang ai tertanya-tanya??? ai baru nak tanya kat korang.. hahahha. macam banyak je dalam kepala ni nak tulis sal ape kat entri kali ni.. *loading jap*

ape soalan dan jawapan yg berada dalam kepala ai right now...
  1. nak sambung lagi citer sal OPKIM POS BETAU yang tertangguh pada siri II atau tidak??? jawapan: macam nak sambung tapi dah takde feeling coz citer sal opkim tu macam dah lama nau plak. *tak dapat update coz lappy rosak~*
  2. bile nak update blog ai yg semakin tak terurus ni??? jawapan: masih mencari 'semangat blogging yang hilang'...
  3. jeles ngan blog orang lain yang sentiasa up-to-date macam cik tasha kite 2... jawapan: tu la kau malas sangat!! *siri bercakap dengan diri sendiri. alasan --> lappy rosak boleh diterima!
  4. ai rasa macam tak de stori yang best jek jadi kat ai buat masa ni.. jawapan: tu semua alasan untuk tak update blog!!
dah2... malas nak tulis panjang-panjang coz macam takde guna gak.. hahaaha... 

:: ENTRI SYOK SENDIRI TAMAT ::

Thursday, March 10, 2011

SIARAN GANGGUAN...

ganggu, terganggu, mengganggu dan diganggu??? wah!!!! tangan gatal nak update blog tapi ade jek gangguan yang mengganggu ai.. mengharapkan entri ini adalah entri pendek, tapi tak tau la the end entri ni pendek ke panjang. hahahahaa

siaran gangguan ai mengupdate blog ai membuatkan blog ai ketinggalan dalam update berbanding kengkawan yang len. [sob3~]. hal ini disebabkan oleh masalah lappy ai!!!

memang big problem bagi ai bile lappy kesayangan ai ade probs.. setelah hampir 4 tahun ai berjuang bersama-sama lappy tersayang ini walaupon ade suara-suara sumbang kat belakang cakap "D, kau buang jek lappy kau 2"... "Tukau yang baru la beb. Lappy pon dah murah sekarang ni.." what the kan...

yes, the main probs ngan lappy ai adalah skrin.. dah macam lampu kelip-kelip yang dipasang waktu nak ghayer tu.. terkelip-kelip lappy ni tapi bertahan ye Acer 4310 ai ni.. dari ai beli sejak 1st year 1st sem ai menapak kat UKM ni k..banyak berjasa dah k.. masa still dalam warranty, ai dh tukar skrin baru. tapi still ada probs jugak. berkelip!!

tahun ni, ai terpaksa membuat proposal kepada my dad n my sis untuk memohon sumbangan berbentuk kewangan bagi membantu kesihatan lappy ai yang semakin menghanjing! skrin lappy ai hany boleh berfungsi dengan baik pada keadaan bukaan skrin lebih kurang 30darjah! kau gile macam ne aku nak tengok desktop!

pas mintak tolong ngan BFF ai si Faizal Debot untuk betulkan lappy ai, ai dah berpuas ati. tapi pas skrin memang dalam keadaan tiptop, system kat window la wat hal.. terpaksa masuk ICU kembali.. hadoi.. tapi la ni, lappy ai dalam keadaan maksimum mengikut kepuasan diri ai.. syabas!!!

so, pas ni, hope lappy ai akan sihat-sihat senantiasa selepas habis sumber kewangan dan bantuan "bersamamu" dari my family... thnx coz tolong adikmu and anakmu yang memerlukan lappy dalam hidup dia.. ngeh3. [mengampu la plak..]

dah2. ai mau mandi coz pas ni, ai mau bergerak pulang ke Melaka bertemu si jantung hati mr.Ijie. [ayat cannot go gile!!] barang sikit pon tak kemas lagi, mandi pon blom [tapi xde lalat yang hurung ai k~]

P/S: macam dah terpanjang jek entri ni.. hihihihi :)

:: SIARAN GANGGUAN DAH TAK TERGANGGU LAGI TAMAT ::

OPKIM POS BETAU - SIRI II

~ Banner OPKIM~
siri ke-2 hanya untuk memaparkan sedikit tentatif mengenai program sepanjang kami berada di sana... ngee...




gambar-gambar seterusnya adalah sedikit sebanyak mengenai pantang larang dan maklumat ringkas mengenai orang asli.. taklimat disampaikan oleh en. Achom [betul ke ejaan nama dia nih??? maaf jika salah]. beliau merupakan salah sorang daripada orang asli yang berjaya. salah seorang DJ di radio Asyik.Fm [radio orang asli RTM] and dengar khabarnya anak-anak beliau ramai yang dah meneruskan pengajian kat universiti.. kau ada???

lagi gambar & cerita selepas ini...

Sunday, March 6, 2011

OPKIM POS BETAU - SIRI I

wah, bersiri-siri plak.. sebab ini cerita hampir 4 hari punye cecite k.. hehehe. opkim pos betau??? apakah benda alah tersebut??? ia merupakan satu program yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tahun 4 fakulti pendidikan di bawah kursus Sains Kehidupan. grup tutorial kami terdiri daripada 26 orang pelajar yang terdiri dari pelajar program pendidikan khas (most of us la), TESL n Sains dibawah seliaan dr.R (bukan nama sebenar~)

first meeting dah kene pilih sekretariat yang diidam-idamkan memandangkan kami-kami tak ramai, jadi better wat keje yang kita suke ye tak.. so, ai macam merasakan bahawa dunia TTK [tugas-tugas khas] dah sebati dalam diri ai.. cewah~ ye la, dah 2 program yang kitorang handle, ai joint sekretariat TTK.. once jadik timbalan TTK, 2nd lak ai xmo pegang ape-ape jawatan just ajk biasa kat TTK tu jek.. so, untuk opkim pos betau ni, ai volunteer jadik ketua TTK dan dibantu oleh min and amal.. ngeee...

sambung cerita lagi...