Showing posts with label cerita cikgu adie~. Show all posts
Showing posts with label cerita cikgu adie~. Show all posts

Monday, October 22, 2018

ORANG MEMBERI KITA MERASA...



 From korea with loves 😘😘😘
@r4foth @halizahabdullah
.
🇰🇷🇰🇷🇰🇷🇰🇷
.
#OrangMemberiKitaMerasa #TerimaKasihDaunKeladi #KauAkuKitaKami #TakPernahTakSayang

Monday, September 24, 2018

Thursday, September 6, 2018

JADUAL BARU, CABARAN BARU?

Pagi-pagi morning dah dapat tengok jadual baru.. jadual ke-2 untuk tahun 2018 ni.. kalau kat aliran perdana, dah masuk jadual ke 5,6 dah kot.. kikikiki...

so, ada sinaran kegumbiraan kat situ... ada jugak yang tak bape nk syok jugak.. biasalah, makk ni #ChekguKecilYang Besar je nakk.. maka, makk kena la follow the floww kan... makk hokey je nakk...

macam makk cakap kat entri sebelum ni, mak ajar Bahasa Melayu (kelas Seri Negeri, Seri Perdana, Cyberjaya, Alamanda), PjPk (pelajar perempuan), Pendidikan Moral (kelas Alamanda) dan Pendidikan Seni Visual (kelas Seri Perdana)

Untuk jadual ke-2 yang belum nak official lagi ni, nampak gayanya ada perubahan ler sikit.. ada penambahan subjek Kemahiran Manipulatif (makk suka subjek nih!!), pertukaran kelas PSV Seri Perdana ke Putrajaya, penambahan budak untuk subjek moral dan pengurangan kelas BM - dah tak ajar Seri Negeri.

Biasalah nakk, insyaAllah makk akan cuba yang terbaik untuk anak-anak mak! YEAHH!!

Jadual Unofficial yang kedua.. hallamak, sorry gambo kecik just nampak nama kelas jek 😂😂
habis cerita hari ini...
#SampaiJumpaYa


Tuesday, September 4, 2018

IDAMAN HATI..

Bila kau seorang guru..
Waktu mengajar mesti kau nak complete n perform masa mengajar kan...
Macam tu jugak bagi makk yang baru masuk tahun ke-6 mengajar..

Makk cukup idamkan LCD PROJEKTOR 😖
Sebab makk mengajar pendidikan khas yang pelbagai...
Untuk makluman, tahun ni makk ajar Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Pjpk, Pendidikan Seni..

Nampak macam sikit je kan.. Hanya orang yang mengajar je tahu jerit perih seorang guru pendidikan khas..
Takpe, #MakkKanTaff #MakkKanSado maka, mungkin kurang sikit masalah masa mengajar.

So, berbalik pada idaman hati, memang nak sangat dak LCD tu.. Bila kumpul2 duit je, ada je kepentingan lain yang perlu di dulukan..

Alhamdulillah, baru2 ni, PPKI SMKSR mendapat johan peringkat PPD JASIN dalam pertandingan PLC AMALAN TERBAIK KATEGORI PENGURUSAN. Dan hadiahnya sebuah LCD PROJEKTOR! Dapat jugak menumpang pakai sementara belum nampak bayang hak milik persendirian makk 😂😂😂

kau tengok, LCD terbaru poojaaan hati dinda...

hokey, cukuplah makk membebel untuk hari ni yek (buat masa ni).. jumpa lagi di lain entri..

Friday, November 21, 2014

TAHNIAH..

Salam pagi Jumahat~

 pepagi ni macam takde soul aje nak wat entri..
 tapi, disebabkan it's a good news, maka ai taip jugak entri ni.

 before this, ai ada citer ai antar anak2 ai gi latihan tarian.

 pagi tadi ai dapat result Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan.

 disebabkan ketiadaan mood, maka uolls tengok je la sendiri resultnye ye..



sedikit nota kaki- TAHNIAH buat 2 orang pelajar ai iaitu NAZLIA ABDULLAH & MOHD AZRAAZIZI ABDULLAH.(Diorang ni bukan  adik beradik ye~). Walaupun just dapat no.2, tapi berbaloi la jugak dengan usaha yang dberikan untuk peringkat kebangsaan ni ye.


 sekian. Cerita dipagi jum'at~



Monday, November 17, 2014

SELAMAT PAGI..

Selamat pagi Malaysia!!


 Mulakan hari anda dengan senyuman..


 Semoga hari kalian diberkati dan dimurahkan rezeki OlehNya.


 P/s: Sedikit gambar yang diketik oleh ai semasa memandu ke sekolah. Don't try this while driving ye :)






Saturday, November 15, 2014

JALAN LAMBAT-LAMBAT..

Hari rabu bersamaan 12hb Nov, ai ditugaskan untuk membawa 2 orang student ai untuk latihan tarian. Peringkat kebangsaan hokey! Kira wakil negeri melaka la diorang ni..

Takde pape pon yang sebenarnya ai nak citer. Hahaha (Golak sorang-sorang!)

Al kisahnye, kitorang punya peraturan, sape2 yang dtugaskan untuk bawak budak2 ni gi latihan tarian kat Sk Pendidikan Khas, Semabok, lepas antar, cikgu2 tak payah balik sekolah semula. Jauh beb nak hantar dari Sungai Rambai ke Semabok nun jauh tu ha.

Tak kisah la kita antar then nak tercongok tengok budak2 ni wat latihan atau, kite leh gi memana yg kita suka. Means, its free time! Yang penting kita antau n amik bebudak 2 balik umah..

Ari Rabu aritu, ai tengok2 dulu latihan tarian. Pastu dalam pkul 10 ai keluar dari SKPK tu. Ai pegi mana??

Ai singgah butik Avon jap amik katalog, dok belek2 dalam kete pastu go straight gi Aeon Jusco! Ape lagi menyoping la. Survey2 baju wawa, dapat capai dua lai, cari wedding present untuk member ukm ai kawen ujung bulan nanti n beli cadar ngah offer 70%! Sempat lagi uolls. Hahaha.

Eh, berbalik pada tajuk entri kali ni, before ai gerak dari skolah, sorang student cina ai ni berpesan "Cikgu, nanti jalan lambat-lambat tau..."

Hokey, mak blurr nak!!

Ape yang kau nak sampaikan ni?? Nazlia, salah sorang budak tarian yang ai nak bawak g SKPK pun mula2 blur.. Apa yang ai jawab? "Ha, ye la.." dengan nada tak brapa nak faham ye tak ai menjawab pesanan dia tadi.

Macam tak brapa nak puas ati, ai tanya naz weather dia faham ke tak ape yang budak ni cakap. A few minutes later, naz cakap, "Haa.. Agaknya dia nak cakap biar lambat asal selamat kot."

Ok, masuk akal jugak~

Ni la cabaran cikgu pendidikan khas. Kene faham, layan and buat2 faham apa yang student cuba sampaikan kat kita..

Ada faham??