CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 23, 2014

KALAU DAH TERTULIS..

AWAS! Entri agak panjang dan beremosi bakal anda baca..
.
.
.
.
Hari sabtu lepas, ai ada ke majlis persandingan kawan seform six ai.. Ai ekceli berkira-kira jugak nak gi umah dia ni. Tapi bila difikirkan balik and dithrowback, dia n kembar dia ada datang majlis ai dulu..

Bukan tak nak pegi, tapi dengan a few reasons which is:
- kampung PT!!! (short form nama kampung tersebut). Kenapa pulak dengan kampung PT?(sila check next point~)
- kampung ex- ai!!
- mesti terjumpa family mertua tak jadi nanti coz setahu ai memang "makcik" adalah kendarat kampung. And, kampung tu bukanlah sebesar kampung baru KL tu ha. Cenonet je kampung dia..
- susah nak park kereta coz kat kampung tersebut, jalan ada 1 lorong aje.

Lepas ditimbang tara kilo dan kati dan setelah mendapat persetujuan dan keizinan daripada my encik ijie, ai pun bertekad nak gi majlis kawan ai tu bertemankan mak ai dan cik wawa tecit tu. Ai ajak adik ai, dia takmo plak..

Sampai di kampung yang dituju, mencari parking yang agak mencabar cket, menapak beberapa puluh langkah menuju ke umah pengantin..

Mata perlu dibuka seluasnya untuk memandang setiap ruang dan peluang akan agenda yang tidak diingini berlaku..

Sampai dihalaman rumah pengantin, kami 3beranak terus menonong masuk ke rumah pengantin. Ai jumpa pengantin sekejap, bagi apa yang patut then terus ke bawah khemah untuk mengambil lauk.

Masa nak cari seat, kene cari port yang strategik. Bukan ape, cik wawa tak boleh dengar sound dj yang over kuat. Nanti cik wawa terkejut-terkejut and tak boleh duduk diam disebabkan pencemaran bunyi tersebut. Then jumpa la seat yg agak okey. Tapi khemah takde kipas plak. Kipas ada tapi tak on, malah lampu mentol plak menyala di siang hari! Ah, lantak lah. Nak makan je kot..

Baru je nak menarik kerusi untuk duduk, ai terpandang 1wajah.. "Makcik" merangkap mak mertua tak jadi!!! (jengjengjeng!!!!~~~~)

Takkan nak menyombong diri lak kan, ai salam dia tanya khabar and kenalkan mak and anak ai...

Ada nampak perubahan pada wajah dia.. Ai tak boleh nak tafsirkan. Wajah penyesalankah? Marahkah? Sedihkah? Gembirakah? Seriusly, ai tak dapat tafsir..

Dia mintak dukung cik wawa. Mungkin dia tengok ai dengan mak ai nak makan and susah nak pegang cik wawa.. Sempat dia tanya 'mana laki ko?'. Incik ijie tak dapat datang coz dia keje hari sabtu..

Makcik terus bawak cik wawa ke khemah lagi 1. Ai tengok ada adik ex- kat situ. Sempat pulak makcik amik gambar dengan cik wawa. Motif? Ai tak tau. Sila jangan tanya. Then, dia jumpa orang2 kampung lain, ada cite2 cket. Ai tak tau ape yang makcik cakap pasal anak ai dan mungkin pasal ai jugak! Dengan pakcik (ayah ex-) pun dia ada tunjukkan si wawa. Ai tengok tu semua dari jauh... Sambil makan.

Wawa dah stat merengek dan gelisah pada tangan makcik. Panas mungkin. Sepanas cerita lama kami..

Bila tengok ai seakan selesai makan yang tak berapa dengan tekak ai disebabkan risau agenda akan datang, makcik serahkan wawa pada ai. Dia tarik kerusi sebelah ai and duduk. Seperti mahu berborak..

Bual-Bual kosong, tetiba makcik bukak cite lama. Ai hagak dah!!

"korang dulu putus kenapa?,"..
"Makcik, panjang cerita dia. Lagipun cerita lama.."
"yela, kau pun dah ada hidup sendiri.."
"nak buat  macam mana lagi, dah takde jodoh.."
"makcik dengar kau yang tak setia..(sambil gelak palsu!)" (ai perasan perubahan wajah dia)

Bila makcik bukak cerita pasal kesetiaan ni ai hangen jugak. Nak aje ai cerita dari a-z..

"makcik, ni cerita lama la.. Benda dah jadi.."
"ye, makcik faham.. Dia ramai kawan-kawan, kau pun ramai kawan-kawan, mesti ada yang jeles.."
"betul tu makcik.. Dah la makcik, tu semua cerita lama.."

mak plak menyampuk..
"dak P bile lagi?
"entah la.. Bunyik-Bunyik pon takde. Senyap je.. Ni semua sebab kau lah!!" (tegas and menekan je bunyi dia sambil tepuk bahu ai!)

agenda ketawa tersirat berlaku di antara makcik and mak ai. Ai? Hanya mampu MENYENTAP!!

"takde lah nadiah.. Makcik gurau2 je.."

ai nampak makcik kesat air mata sambil ketawa buat-buat..

Ai faham apa yang cuba disampaikan. Ada bau2 menyalahkan ai kat situ. Ai tak tau ape mimik muka ai that time tapi memang ai sangat menyentap..

Makcik, makcik mungkin dengar cerita dari 1 pihak aje..

hasil dari sumber stalker ai, ape yang ai tau, ex ada jugak awek2 lepas clash dengan ai ape.. Yang latest ai stalk awek ex macam bukan calang2 orangnya. And ada cite2 bakal bertunang lagi tu. Watde la kan.. Oh ye, ai stalk bukan ape, just nak tau cerita kengkawan lama ai aje and no else. Fullstop. Cuma secara sulit n bukan terang terangan..

tu yang makcik cakap takde "bunyi2" dan cuba salahkan ai disebabkan ex tak ada "bunyi2?" its not fair la makcik!

lepas borak2 kosong, ai ajak mak ai segera angkat bontot! Lagi lama ai kat situ, macam2 boleh jadi. And ai taknak dapat dosa kering. Cukup ai masih ada rasa hormat kat makcik. Tak pernah berubah rasa tu kat makcik walaupun ai dengan ex tak macam dulu..

sebelum balik, ai salam n cium dia..

"makcik, dah2 la ek. Tu semua cerita lama.. Kitorang takde jodoh.."
"ye, makcik tau. Cerita lama.. So, kosong2 la yek.."

ai tau, hati makcik cakap tak seperti dimulut..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ai tak tau apa nak ngomen pasal kejadian tersebut. Pada ai, cerita lama kami sudah lama tertanam.. Hanya tinggal kenangan. Dah tak payah nak pening kepala cerita pasal 3,4 tahun lepas..

sekarang masing2 ada life sendiri. Ai dengan keluarga ai. Dia dengan karier yang dia idam2kan sejak dari dulu, so ape lagi mau??

bukan dulu kami tak cuba perbaiki hubungan kami, siap ada "expired date" lagi, tapi kalau dah tertulis yang kami bukan untuk satu sama lain, apa lagi yang mampu kami lakukan??

its about qada' dan qadar.. Apa yang selalu ai sebut 'Past is past. Life must go on..'

saya sayang keluarga kecil saya dan akan sayang dan sentiasa sayang mereka.. Terimalah hakikat walau hakikat itu pahit..

dan pada masa ini, masih teringat kata2 makcik sepanjang pertemuan singkat kami..

*entri ini ditaip pada hari sabtu, 22 nov 2014, 1124pm. Entri dipublish lewat disebabkan kekangan sambungan jalur lebar~

Friday, November 21, 2014

TAHNIAH..

Salam pagi Jumahat~

 pepagi ni macam takde soul aje nak wat entri..
 tapi, disebabkan it's a good news, maka ai taip jugak entri ni.

 before this, ai ada citer ai antar anak2 ai gi latihan tarian.

 pagi tadi ai dapat result Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan.

 disebabkan ketiadaan mood, maka uolls tengok je la sendiri resultnye ye..



sedikit nota kaki- TAHNIAH buat 2 orang pelajar ai iaitu NAZLIA ABDULLAH & MOHD AZRAAZIZI ABDULLAH.(Diorang ni bukan  adik beradik ye~). Walaupun just dapat no.2, tapi berbaloi la jugak dengan usaha yang dberikan untuk peringkat kebangsaan ni ye.


 sekian. Cerita dipagi jum'at~



Tuesday, November 18, 2014

SI RATU SELFIE..

Hari ni ai nak cite pasal anak dara ai sorang. Sape lagi, Si najwa la. Anak baru sorang deknon... Al kesahnye, ai dapat anak yang suke selpie. Ampang gemau dia bak kate orang melake ler.

Dia bukan ape, dia suka bila dapat tengok muka sendiri kat skrin telepon tangan ai. Dapat lak, telepon ai ni berskrin besau walaupon yang murah je nakk.

Meh tengok gelagat dak wawa depan kamera..


Lets cekidaut~

Her smile :)

Guess what??

with my lovely momma

eh, ni bukan anak ai. Tp my niece. Umor sebulan tua dr wawa.

Hokey, gambar yang akhir macam lari tajuk entry.

Kbaii!










Monday, November 17, 2014

SELAMAT PAGI..

Selamat pagi Malaysia!!


 Mulakan hari anda dengan senyuman..


 Semoga hari kalian diberkati dan dimurahkan rezeki OlehNya.


 P/s: Sedikit gambar yang diketik oleh ai semasa memandu ke sekolah. Don't try this while driving ye :)






Saturday, November 15, 2014

JALAN LAMBAT-LAMBAT..

Hari rabu bersamaan 12hb Nov, ai ditugaskan untuk membawa 2 orang student ai untuk latihan tarian. Peringkat kebangsaan hokey! Kira wakil negeri melaka la diorang ni..

Takde pape pon yang sebenarnya ai nak citer. Hahaha (Golak sorang-sorang!)

Al kisahnye, kitorang punya peraturan, sape2 yang dtugaskan untuk bawak budak2 ni gi latihan tarian kat Sk Pendidikan Khas, Semabok, lepas antar, cikgu2 tak payah balik sekolah semula. Jauh beb nak hantar dari Sungai Rambai ke Semabok nun jauh tu ha.

Tak kisah la kita antar then nak tercongok tengok budak2 ni wat latihan atau, kite leh gi memana yg kita suka. Means, its free time! Yang penting kita antau n amik bebudak 2 balik umah..

Ari Rabu aritu, ai tengok2 dulu latihan tarian. Pastu dalam pkul 10 ai keluar dari SKPK tu. Ai pegi mana??

Ai singgah butik Avon jap amik katalog, dok belek2 dalam kete pastu go straight gi Aeon Jusco! Ape lagi menyoping la. Survey2 baju wawa, dapat capai dua lai, cari wedding present untuk member ukm ai kawen ujung bulan nanti n beli cadar ngah offer 70%! Sempat lagi uolls. Hahaha.

Eh, berbalik pada tajuk entri kali ni, before ai gerak dari skolah, sorang student cina ai ni berpesan "Cikgu, nanti jalan lambat-lambat tau..."

Hokey, mak blurr nak!!

Ape yang kau nak sampaikan ni?? Nazlia, salah sorang budak tarian yang ai nak bawak g SKPK pun mula2 blur.. Apa yang ai jawab? "Ha, ye la.." dengan nada tak brapa nak faham ye tak ai menjawab pesanan dia tadi.

Macam tak brapa nak puas ati, ai tanya naz weather dia faham ke tak ape yang budak ni cakap. A few minutes later, naz cakap, "Haa.. Agaknya dia nak cakap biar lambat asal selamat kot."

Ok, masuk akal jugak~

Ni la cabaran cikgu pendidikan khas. Kene faham, layan and buat2 faham apa yang student cuba sampaikan kat kita..

Ada faham??

Monday, November 10, 2014

BILA AKHIR TAHUN..

Dah time ujung2 taun nI, nak2 lepas pekse akhir taun, lagi la budak2 Ni suke..

Nak tau ape yang student ai buat?

Haa, Tengok sendiri gambo ey....

memula...
pic1: kengkonom malu. Tido kepala atas meja je..

kendian..

Pic2: Hokey, Sorang dah kecundang tido kat lantai,sorang lagi ecing buat keje

 lepas 2...

pic3: AKhirnya, semua dah tunjukkan belang memasing.

 Kan.. Diorang ni ekceli baru je lepas bincang soalan kemahiran manipulatif diorang. Pas kene marah coz jawab pekse memain n skor pon hancus, Maka, Diorang pon wat la tunjuk perasaan seperti gambar2 Tersebut.

Sekian, cerita kedua untuk hari ini


UNTUK DIA..

Entri khas buat insan bernama NURUL ATIKAH ABD RAHMAN (eh, ye ke nama dia gini??) Ah lantak lah..

Ada apa dengan hari ini? Hari ni hari lahir insan tersebut.

Well..

Apa kene mengena insan ini dengan hidup ai? kalau ikutkan pertalian darah, memang tak ada kene mengena pon dengan ai.. tapi ai dah anggap dia macam adik ai sendiri.

Macam yang ai cakap tadi, hari ini besday dia. Tapi ai lupa bezday dia yang ke berapa. (halamak!!) 

watever lakan, ai nak cakap yang ai wisi bezday dia kat semua cara yang ai boleh. such as seperti gambar hok bawoh ni





Haaa.....

Hamek kan.. walaupn ayat yang sama, ai cuba untuk reach dia sampai dia dapat semua mesej2 ai tu. Almaklumlah adik jauh di bangi kan..  jauh la sangat bangi ngan melaka tu kan..

so, dalam bebanyak  mesej yang ai hantar, at la
st dia reply jugak wísh ai tru wasap. as seen below


Hape hal lak 2? ada bau rajuk merajuk disitu.

aip2, hal adik beradik cannot say here.

#Kbaii!

Friday, November 7, 2014

CERITA HARI INI..

Ok. Apa nak cerita?

Macam takde cerita je.

Orang tengah semangat nak up balik zaman blogger memang macam ni.

Tak ada cerita pon nak cerita kat orang.

Haaa..

Ada 1 cerita.

Sepatutnye, ai jadi ustajah pagi ni untuk sampaikan tazkirah jumahat lepas bacaan Yaasin. Tapi ada majlis penutupan Kempen Jom Membaca plak.

Ai dah get ready dengan teks tazkiroh ai yang sebanyak 3 muka surat di mana setiap muka ada 2 column. Maknanye, sepatutnya 6 page la kan? Dasat tak dasat ler.

Ai dengan semangat dah pakai jubah pink, wat reseach sal tajuk yang ai nak sampaikan - Adab Bergurau Senda. Tapi tuptup, tak jadi.

Hampa ai sekejap.

Padahal dalam hati - fuhh selamat ai.

Hehehe.

Kat bawah ni ai tepek cket wajah ai time ai tengah study teks yang tak menjadi tu. Hehehe

Thursday, November 6, 2014

KERJA KERAS..

Tugas seorang guru bukan sekadar berdiri di hadapan kelas and stat potpetpotpet..

Kalau nak cerita pasal tugas guru zaman la ni, 7 hari 7 malam tak kan abis punya la. So, kite cerita hal yang sedang berlaku je la kan..

Minggu ni minggu peksa @ final year exam. Stat dari hari isnin sampai khamis. Means hari ni ler kan? Lepas exam mau cikgu bersilat nak tanda kertas @ skrip (ecing!!) jawapan bebudak ni.

Hai, nasib ler 1 kelas dalam 6 atau 7 orang budak je.. So tak banyak la kertas nak kene tanda ye dak??

Taun ni tambah haru bila kene isi borang keberhasilan PdP. Ringkasnye borang tu nak tengok tahap pencapaian budak2 kite tu meningkat ke menurun berdasarkan markah akhir taun lepas (TOV), markah jangkaan (ETR), markah pertengahan n akhir tahun..

Dah, sila jangan kacau ai yang sedang menanda kertas exam sambil hapdate belog, dan sesambil ngajar budak nk jawab exam. Okey. Move now!!

p/s: I love my job~

Wednesday, November 5, 2014

MAKIN BERSAWANG..

Adus, semak tengok blog ni yang semakin bersawang.. Eh,eh.. Assalamualaikum wbt. Long time no see ya?

Last entri awal tahun 2014. La ni dah nak abis dah 2014 rite?? Haymeh! Bajet so bizi la ai ni kan?

Sejak bertukar tittle hot mama bekerjaya ni, macam tak cukup plak 24jam sehari. Motif sangat!

Entah kali ni macam membuak2 plak napsu nak up balik zaman blogger.. Windu sangat. Masa time study dulu berlumba lumba up entry sama colligue walaupon memasing taip pasal entri yang sama.

Hope semangat ini takkan hilang! HOYEAHHH!!

Sedikit, sebanyak nota kaki sepanjang ke-silent-an ai selama ini:

> dah ada ahli keluarga baru diberi gelaran baby wawa @ wawa iyca. Olredy 5month old today. Dilahirkan secara normal pada tanggal 5 jun 2014 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, johor.

> masih meneruskan kehidupan langsung di kg seri minyak

> sedang berusaha menjadi SUPERMAMA kepada wawa.

> sangat excited nak bagi wawa makan secara official.

> mampu ke nak masak puri untuk wawa bila dia dh update jd 6month?

> eh, semua cerita pasal anak je kan..

by the way, doakan ai jadi mama n family yang akan membahagiakan najwa ye.

kat bawah ni ai tepekkan gambar our semol femili.~

Have a nice day ahead guys!