CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 12, 2013

BERCAKAP DENGAN ANAK - SIRI I..

Hmm.. Penangan pembawakan budak kot. Tapi bila fikirkan balik, sian anak ai kat dalam perut ni. Tak memasal terlibat sama.. Mamanya bila boikot tak makan, lupa anak ey dalam perut. Macam tu je cara mama nak.. Marahkan diri sendiri, perut jadi mangsa! Lagi teruk, anak mama ditarik sekali! Maafkan mama nakk..

Tapi, papa ey buat tak tahu jek. Tu yang buat mama lagi geram! Mama rasa, mama yang merajuk dengan papa.. Tapi keadaan sekarang dah terbalik! Apa yang mama kena buat nakk?? Apa yang mama buat semua tak kena kat mata papa tu..

Cuti sekolah ni, kengkadang rasa macam dok kat penjara je.. Bila tinggal dengan family-in law ni takde masalah, tapi bila dah macam dok dalam dunia sendiri dah rasa jadi budak austism plak la.. Lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik layan perasaan sampai tertekan! Sian anak mama..

Bila nak selalu balik rumah serkam, memula macam ok, tapi bila terfikir pasal MIL kat rumah keseorangan bila FIL keje, kesian pulak dia sorang2 kat rumah.. Bila balik, takde benda boleh dibualkan, ye la, mama ni orang luar. Tak macam anak sendiri. So, bertempek la mama kat bilik nun. Tah apa yang MIL ngan FIL pikir bila mama dok terperap dalam bilik sana.. Macam mana nakk.. Ma cuma nak temankan diorang je..

Papa pulak, dari terbit matahari sampai terbenam n kembali terbit semula matahari dah masuk hari ke-3 dia buat muka.. Malam-malam jangan cakap la.. Air mata gugur sendiri nakk.. Papa lupa yang mama ni berdua ke?? Terasa hati mama ni.. Mama tau, bby pun rasa apa yang mama rasa ni kan nakk..

Pagi tadi bila asyik teman papa jadi patung masa papa sarap, tengok FIL dok siram pokok, mama rasa macam mama nak jadi pokok bonsai la sayang.. Kenapa pokok bonsai??

Walaupun pokok bonsai dikacip-kacip rantingnya setiap hari.. Dipatah-patahkan dahannya supaya menjadi bentuk yang diinginkan, memang sakit... Tapi disiram dan dimanja-manja dengan penuh kasih sayang. Kengkadang sampai berborak dengan pokoknya setiap hari.. Bila tiba masanya, bonzai yang telah membesar seperti apa yang dikehendaki, akan dipuji-puji. Bukan sahaja dengan pemilik bonzai sahaja, tapi dengan sesiapa yang memandangnya. Amazing kan nakk.. Walaupun sakit setiap hari tapi pengakhiran cerita yang menenangkan.. Waaa..

Tapi cerita kita macam mana?? Mama pun tak tahu nakk. Apa yang mama boleh buat, ikhlaskan diri dalam melayan setiap pe'el papa tu ek saya. Kita sama-sama cuba ye nakk..

Mama tau, anak mama rasa apa yang mama rasa... ~

Sunday, December 1, 2013

MASIH DALAM DILEMA

Huarghh! Di pagi ahad yang malas.. Dalam masa yang sama masih menimbang-tara tawaran yang ai dapat untuk next year project..

Mengajar tuisyen!

Alhamdulillah, taun 2013 adalah tahun ke-2 ai mengajar disana dan masih ditawarkan untuk terus mengajar kelas pra-upsr (tahun 2-5) dan upsr (tahun 6) serta pra-pmr (form 1&2). Subjek bm kesemuanya..

Walaupun ai bukan mengajar aliran perdana, tapi ai diberi kepercayaan untuk mengajar subjek tersebut..

Tapi bila difikirkan dengan keadaan yang bakal ai hadapi tahun depan dengan baby yang bakal dilahirkan insyaallah bulan jun nanti, mampukah ai teruskan tugas-tugas ai nanti. Jadual kelas tuisyen yang bermula pada januari ni dah keluar. Ai je masih belum respon dengan jadual tersebut..

Sebelum ni ai bujang, ai boleh je wat pape yang ai suka, tapi this time dengan perut yang semakin membesar, berat badan jangan cakapla kan.. Mampukah ai..

Incik ijie cakap dia tak kesah coz sabtu dia keje.. So ai kene tinggal umah jugak nantikan? Bila difikirkan balik, better ai keje jugak. Dapat la duit2 tepi sikit banyak pun kan. Tapi still in dilemma!!

Tolong saya bagi pendapat sket!

Tuesday, November 26, 2013

MULA TERASA BOSAN..

Bosan sey bila hari-hari kene telan ubat.. Tak suka benda yang rutin! Warghh! Boleh tak orang lain tolong telankan obat ni for next 7month??

Dah lama tak post gambar kan?? Here 1 for you!~

TAK SAMA DAN TAK SERUPA...

Post entri mengarut mula ditaip pabila kejiwaan kekosongan terasa..

AMARAN KERAS: ENTRI INI SEKADAR LUAHAN HATI DAN PERASAAN PENULIS SEMATA-MATA. MOHON TAKE NOTE!

Sedangkan kembar pun berbeza selera, inikan pulak dua tempat yang lain.. Ai dapat rasakan yang ai seakan-akan mempunyai 2 identiti yang berbeza! Split personalitikah ai ni?? Kompius sekejap!

Apa yang penting, just be myself and dont hipocrite je. Tak payah nak pening kepala. Coz ai tahu bile orang lain kat tempat ai pon akan merasakan benda yang sama kot. Kot la kan..

Timur, yup ai orang timur, serkam timur in specific area lagi tuh, maka, ai kena la jaga tatasusila ai dimana ai kene jaga kan.. Walaupun semua kita tak boleh nak puaskan hati, tapi hati orang kita kena jaga walaupun hati sendiri terpaksa disimpan di bawah katil!!

Maafkan saya sekiranya saya ada lakukan APA-APA kesilapan sepanjang saya di sini.. Yup, saya akui saya di sini dengan saya di sana adalah 2 karakter yang berbeza. Mungkin cara saya masih menampakkan ke-selfish-an diri saya, maka saya mintak ampun dan maaf. Saya masih belajar~~~

#saya harap awak pun dapat belajar jugak..

#saya berasa impati bukan simpati..

#give and take..

#saya saya keluarga-keluarga saya!

*done*

Saturday, November 23, 2013

DUA CERITA MIMPI...

Cerita yang bakal ai cerita ini merupakan mimpi yang ai alami 2hari berturut-turut. Apa yang penting di sini adalah "Mimpi Mainan Tidur". Tiada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah tiada. Harap maklum ~

#Cerita mimpi 1:
Its about me n my X~  which X that i mean? Let it be a mystery...

*situasi: selesai majlis pernikahan n persandingan ai dengan en.ijie dan keesokkannya majlis di pihak lelaki..

Datang X ke rumah ai dengan satu proposal yang tak masuk akal.. X mintak ai jadi pengantin perempuan untuk majlis di rumah dia. Hei, ai baru je akad nikah dengan en.ijie then X datang ke rumah dengan permintaan sebegitu.

Keadaan dimana X masih tak boleh terima hakikat yang kami telah break beberapa tahun lepas n masih menyesali apa yang dia pernah wat kat ai sebelum ni.. Adakah sebab X tak tahu yang ai dah kawen? Not really coz ai datang menjemput kat rumah dia lagi hantar kad bagai just X je takde kat umah time tu and ai prasan kehadiran family X masa majlis di rumah ai. Tapi kenapa petang dia datang rumah ai n mintak ai buat macam tu??

Ai bincang dengan en.ijie.. Dia cakap, just jadi pengantin perempuan n X jadi pengantin lelakinya. Kau gila nak ai buat macam tu! Ai dapat maklumat dari parents X yang X dah macam 'tak sehat' since we break.. Tambah perents X lagi, diorang dah bgtau yng ai dah kawen tp X takleh trima n X yang siapkan 'majlis perkahwinan' sendiri! Mcm org kawen betul2, edar kad, makan2 pe semua..

Ai tak sampai hati pun ada tapi ai dah ada suami! Ai ada tanggung jawab ai! X datang rumah. Mintak ai datang majlis dia. N lagi takleh trima, X siap tempah baju sanding yang sama sebijik sedebik dengan yang ai pakai di majlis ai n akan pkai dimajlis en.ijie nanti. Memang psiko la X ni!

Apa yang ai boleh buat?? Ai dah siap mekap untuk bertandang ke rumah en.ijie. Tp X stil pujuk ai ke majlisnya. X cakap semua dah tunggu.. Ai dapat kol dari family X, mintak ai turutkan permintaan X. Eh3, senangnye cakap. Diorang kata, pas bersanding ngan X then if nak ke rumah en.ijie diorang tak kesah asalkan dapat tertunai 'hajat' X!

Mula2 ai setuju, tapi bile pikiran rasional ai kembali bertandang, ai TAK JADI! Ai teruskan majlis di rumah en.ijie. And ai tak tahu apa jadi dengan X lepas tu! Coz ai dah terbangun. Lewat sudah.!

Sedar2, ai pandang muka en.ijie yang sedang tidur.. Lena dia tidur. Sayang sangat ai dengan en.ijie. Sangat2 sayang... Maafkan ma cz mimpi yang bukan2 sayang.. Peluk en.ijie then kiss him at forehead.. Saya tetap sayang awak!

*moral of the dream:
> orang kata, if seseorang itu hadir ke dalam mimpi kita, tu maknanya org tersebut sedang merindui kita..
> mimpi mainan tidur!
> harap X juga bahagia sebagaimana saya bahagia dengan en.ijie
> en.ijie tak tau bout mimpi ini~

# Cerita Mimpi 2:

*situasi: jaga Spm waktu cuti sekolah~

Hujung minggu ada gath dengan kazen2. Abg jun dok sewa homestay dengan family untuk habiskan hujung minggu bsama-sama.. Hari ahad dok lepak2 je.. Pagi isnin tengah sedap2 tidur kat homestay tersebut tapi dikejutkan dengan dapat panggilan daripada sebuah sekolah yang kebetulan tak brapa jauh dari homestay tu..

Pemanggil tanya lokasi ai dimana kerana sepatutnya ai perlu ada di sekolah sebab nama ai tercatat as pengawas spm! Ai dah bagi alasan yang ai dah buat pertukaran guru untuk menggantikan ai jaga spm.

Tapi ketua pengawas tak terima alasan ai. Dia kata, guru yang menggantikan ai tu hanya menggantikan ai waktu dia free sahaja. Bila dia tak free, ai kene hadir ke skolah! How come!!

Ai dah kelam kabut! Dengan baru bangun tidur, takde baju kurung untuk ai ke skolah nanti pe smua. Habis cuti ai ngan family mcm ni!

Akhirnya, ai sampai skolah. Dok cari ketua pengawas tak jumpa. Ada jumpa beberapa orang guru yg ai kenal jadi pngwas spm jgk. Deal, ada kawan.. Take time juga nk cari ktua pengawas yang kekwat tu. Akhirnya, ai buat-buat tak jumpa dia n nsib time ai datang tu exam pun dah tamat..

Then ai tersedar. Apa maksud disebalik mimpi ni???

* moral of the story :
> ai berterima kasih sangat-sangat dengan Cikgu Hakimi yang sanggup gantikan tempat ai untuk jaga spm ni.
> rasa bersalah pulak..
> dream is just a dream!

Monday, November 4, 2013

TANPA TAJUK...

Hokeh, long time no see ya! Almaklumlah, sejak bertukar status, n akan upgrade lagi 1 tahap, blog makin terabai.. #tundukpandangbawah~

Ape boleh buat, layankan ajelah.. Sekarang dah hujung tahun, aktiviti Pdp (pengajaran dan pembelajaran), seakan-akan telah tamat sebelum waktunya.. Final exam dah abis, berbaki 2 minggu sebelum holiday..

Jumaat lepas punya cerita, di pagi hari dapat warkah menjadi pengawas pekse spm. Ingtkn nama 2 dah kluar n ai terselamat, upenye tidak. Pusat peperiksaan SMK SERI MAHKOTA. Dapat pulak, hari jumaat tersebut badan tak brapa nk sihat after balik camp n bawak budak tarian at the whole week, dgn ptg khamis pegi klinik tak dapat mc, ai po dengan muka orang sakit 'buatan orang' menagih simpati untuk mencari pengganti ai..

Hasil usaha dan bantuan daripada gpk1 n ai kena,wajib berterima kasih pada cikgu Norhakimi sebab sanggup menggantikan tempat ai. Walaupun dia ada komitmen lain pada cuti sekolah nanti.

Ai bukan sengaja takmau jaga spm tapi ai sedar akan kekuatan diri ai. Yg sekarang ni pon tak mampu nak bawak diri, nikan pulak lg few weeks yg confirm2 ai sedang mabuk kepayang time 2. ye la, jaga spm mane la leh duduk rite? kne bjalan, bdiri.. Laratkah ai nanti..

So sebelum apa2 yg tak diingini blaku, baik ai tarik diri awal2. Kol orang jabatan, unit exam, buat surat, faks n so on dengan bantuan akak2 pejabat..

Sedikit lega bila hal ni selesai.. Maka:
+ bolehlah ai besarkan perut yang semakin membesar ini
+ take care of myself much more!
+ trimas untuk semua yang membantu saya..

Saturday, September 28, 2013

DIINTAI SECARA TERANG-TERANGAN! OMG!...

Sedang ai asyik menggosok baju kurung n baju kemeja kerja incik ijie, sempat jugak ai jengah-jengah ke luar jendela (cewah!). Ada sebijik bas persiaran dok parking di perkarangan masjid seri minyak ni merangkap sebelah rumah ibu mertuaku ini. Al maklumlah, ai dah jadi orang minyak pulak sekarang ni~

Dari apa yang ai dengar from ibu (mak mertua), bas tu rombongan nak gi nilai. Tak tau la syoping ke gapo coz yg ada dalam bas tu orang2 bertudung labuh, ostaz berlilit serban dikepala, ada jugak yang berpurdah bagai..

Macam yang ai cakap tadi, ai tengah iron baju2 kerja, azan asar pun berkumandanglah di corong2 speaker masjid sebelah rumah ni.. Maka, orang2 dalam perut bas tu pon keluar untuk solat..

Yang lelaki ai tak kesah sangat, tapi bile makcik2 ni turun, sempat pulak diorang berborak dengan ibu yang sedang melepak kat luar rumah tu and ayah tengah baca surat khabar kat ruang tamu.. Ai dengar ye ape yang makcik 'kepoci' tu tanya kat ibu walaupun dengan nada berbisik... tapi ai dengar ok!

Makcik kepoci: "Eh mah, (nama panggilan orang kampung untuk ibu~) yang tu bini dak mieyzi ek? Yang tengah gosok baju tu~"

Ibu: "aah, bini dak mieyzi~

Ingatkan dah abis sampai kat situ je, on the way makciks2 tu nak g mesejed, sempat pulak dia dok ngendap ai melalui tingkap belakang ayah! Apakah makcik ni!! Yang tak leh blah ayat dia :

Makcik kepoci: "mah, aku nak tengok pengantin ek, bukan nak ngendap abang ali (pak mertua ai~) tau~

Hai lah makcik, nasib baik kau ngendap ai time ai ecing-ecingan rajin menggosok baju, kalau kau ngendap ai time ai sedang membongkang ke pe, aje gile lah!

Ape pon tak boleh makcik kepoci ni lah~

#watever happen, just be myself!
#ini malam gerak ke johor! Kenduri akikah family uteh (mieyzi)~

Friday, September 20, 2013

ALHAMDULILLAH.,

Alhamdulillah, akhirnya ai bergelar isteri kepada suami ai.. MOHD.TARMIZI MOHAMED ALI..

Alhamdulillah, kedua-dua belah majlis telah selamat berlangsung. Acara akad nikah telah diadakan di Masjid Jamek Kg Serkam pada hari Jumaat 06 September 2013..

Dengan 2 kali lafas, ai sah bergelar isteri. Syukur sangat-sangat! Setelah menempuh ujian dan dugaan dalam masa bertunang yang amat mencabar ituh!!

Jumaat malam diadakan majlis ala-ala berinai selepas majlis pertunangan kak lang.. Esoknya pula majlis dirumah ai dan keesokkan harinya pula diadakan majlis menyambut menantu..

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu dalam majlis kami. Hanya Tuhan dapat membalas jasa kalian..

#now staying with my husband at seri minyak~
#terima kasih kepada semua yg menghadiri majlis kami.~
#doakan kebahagiaan kami berpanjangan ye
#bercinta hingga ke syurga~

Wednesday, July 17, 2013

SEDIKIT LEGA...

Ai tak tahu ape perasaan ai bila dapat tau that news.. GEMBIRA? SECURE? LEGA? Ya, ada sedikit lega dalam hati...

News apa??

Incik ijie bagitau tadi that perems akan get enggage pada hari raya nanti!!

Tahniah la wahai perems! Ai doakan semoga hubungan korang nanti tak sehabut hubungan aku yang telah kau kacau-bilaukan. Almaklumlah, kau kan sayang sangat-sangat kat bakal tunang kau tu kan. Sampaikan tak tahu nak curahkan kasih sayang kau yang terlebih tu kat mana..

Farewell my Frend! #mata ke atas, tangan di bahu!

Apa-apa pon, ai doakan yang baik-baik untuk korang.. Rasalah penangan ujian dan dugaan seperti mana kau pernah menduga ai tak berapa lama dahulu...

Oh ye, mungkin ai patut ucapkan beribu lemon terima kasih kat kau sebab semakin hari semakin kami bercinta..

Terima kasih dan selamat maju jaya!~

Friday, July 12, 2013

BARA-BARA, BIRI-BIRI.,

Mulai minggu ni, terpaksa guna time table lama cz kekurangan guru. Suhaida yang interim kat SMKSR dapat posting ke skolah lain. Tu yang menyebabkan terpaksa tukar semula ke jadual awal tahun sebelum kehadiran dak su dulu..

Bila kene ajar ikut jadual lama, ai dah stat keruk kepala! Adus, kembali ngajar pendidikan seni! Watder la kan! Almaklumlah, cikgu adie ni, tangan keras tak bedung masa kecik-kecik dulu kots! Ahai!

Kelas pend.seni plak budak-budak dia tahap yang ok lak tu. Kalau klas kedua or ketiga dari blakang, ai tak kesah sangat. buat yg cokia-cokia punya pend.seni pon ok dah. Tapi ni klas 1st eventho aliran pendidikan khas! Tercabar cikgu adie ni tau!!

Ai kene ajar 1 je klas pend.seni iaitu klas Putrajaya. Dah nama pon klas putrajaya, maka budak-budak dia yang 'pandai' sket dari yang selebihnya. Seminggu 2x ai kene masuk klas pen.seni diorang. That means 2 projek seni kene wat dalam seminggu! Boleh botak kepala ai nak pikir dok!

Klas pend.seni hari rabu hari tu ai 'selamat' sket cz cuti awal ramadhan. Then hari ni punya memang takdapek den nak nolong ey! Kene hadap jugak. Nasib bek ai dah prepare nak ajar ape.

Hari ni cikgu adie ajar buat BARA-BARA, BIRI-BIRI ye anak-anak!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
> kertas lukisan
> bebola kapas
> gam
> pensel, pemadam, marker pen
> warna

#dah macam resepi nak masak berbuka plak~

Memula, anak-anak kenelah lukis dulu bebiri anak-anak kat kertas lukisan. Pastu, tepekkan bebola kapas dibahagian badan n atas kepala bara-bara anda tu. Kendian, hias ngan wat line pada bebiri-bebara tadi. Asalkan nampak beza mana badan dah la..

SIAP!!

Done 1st klas. Belum abis waktu lagi, student dah tanya "cikgu, minggu depan kita nak buat ape pulak??" #adeh!!

Share cket hasil seni diorang~

SERI???

Hari ni hari jumaat bersamaan ramadhan 3~

Disebabkan tiada mata pelajaran pjk yang ai kene ajar, maka kena la pakai baju kurung pergi skolah rite? Baju kurung dah siap digosok pada hari ahad seblum ni ai sarung aje la..

Tup-tup, tudung lak tak digosoknye. Tah apesal ai tergerak ati mau lilit belit shawl kuno yang ada dalam gobok ai tu. Main capai je la kan.. Dah la terlajak tido after sahur pagi tadi. 6.30am baru tersedar. Padahal asyik snooze alarm jek. Mana nak ada masa dok tenyeh iron kat tudung kan.

Lilit punya belit.. Eh, okey plak jadi kan.. Mula-mula pakai spect, tapi bila pakai shawl mana nak kene ngan shawl kan, so ai insert la mata palsu dalam mata kan.

Tak tacap lebih-lebih cz nak nampak natural konon-kononya. Just pakai compact, eyeliner n lipstick. Done!

Sampai-sampai skul, ada bacaan yasin n tahlil. Yasin as usual la kan, tp sepanjang bulan puasa akan diadakan tahlil.. Abis majlis, ada la jumpa sorang student aliran perdana. Fatin kalau tak silap ai nama dia.. Dia dok tegur ai~

"cantik cikgu hari ni.. Seri pengantin dah naik".. Aiseh, tetiba nak blushing plak.. "eh, memandai jek awak ni kan.. " sambil gelak ala-ala sopan konon-konon ey! #muntahdarah!

Wahahaha. Apa-apa pon, just be myself!

Nak tengok gupe ai hari ni?? Taraaa!

Thursday, July 11, 2013

KILAT & MODEM BARU.,

Sejak kebelakangan ni, asyik ujan pagi jek.. Mula dari pagi isnin lagi.. Pagi selasa pon macam tu jugak.. Sedang ai sibuk-sibuk dok tepek muka dengan foundation, compact powder, tenyeh a lil bit lipstik kat molot, tiba-tiba.. Guruh yang maha kuat disertai dengan panahan petir bercahaya putih dok menghentam tanah serkam timur!

Terkejut memang terkejut! Tak semena-mena, beberapa lampu terpadam dok kesan kilat tu n suiz utama rumah dok menendang. Adam yang dalam bilik air tengah termenung durja melalak macam budak kecik. Terkejut beruk nampaknya.. Pagi tu, kecoh kejap umah..

Paling takbolehblah bile dak adik cakap petir tu dok sambar JNX ai di mana ai sedang panaskan enjen kete as usual. Gile babeng la kalau tok JNX ai kene panah petir. Ai dah terbayang JNX yg totally distroyed, xboleh pakai n terpikir pasal loan kereta yang belum setahun lagi tu.

Lagi melampau bile terlintas benda ni dalam kepala :

JNX kene petir >>> terbakar kebaboom!!! >>> kebakaran melarat kene kat umah >>> abis musnah barang majlis >>> jadi topik hangat Harian Metro! Bertajuk '2 bulan lagi-segalanya hangus dipanah petir!'! Gila ka pa!

Teruk sangat melayang wey!

Kembali ke dunia nyata-ai sambung semula dok tacap muka yang takseberapa ini dan terus ke skul. Sebelum tu, sempat jugak takot-takot nak bukak pintu JNX, buatnya ada renjatan kilat lg. Hahaha.. Sampai skul, ai bawak student ai si halim gi masjid al azim untuk pertandingan khat jawi semperna Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas peringkat Negeri Melaka. Ai pon tacap muka ai sebab ai kene jd Emcee untuk pertandingan nasyid Mtq tersebut.

Lepas hantar halim balik umah, ai terus gi ke Tm point depan politeknik merlimau untuk bayar bil yang dah tertunggak. #tutop muka jap!. Abis jugak la rm155.++ dok bayar bil. Tapi sampai2 jek umah, nana cakap telefon n tenet langsung takbolehpakai! Watde! La kan! Ai baru byar bil!

Tapi bile teringat kes pagi tadi, ai buat konklusi bhawa telepon n tenet tak boleh pakai cz kene kilat! Ptg 2 jugak ai pinjam telepon kat umah FIL nak buat aduan kerosakan..

Esoknya bersamaan 1st day puasa, orang telekom dok datang umah nak betolkan ape yang takbetol. Dipendekkan citer, modem tenet ai rosak n kene beli baru sendiri cz dah abis waranty..

Petang tu jugak la ai mintak tolong incik ijie temankan ai gi pc world cari modem internet. Sambil-sambil date sampingan, sempat jugak singgah bazar kat bndar baru. hahah.

Dipendekkan lagi cerita, hari ni - 2nd day puasa, ai dengan rasminya telah menggunakan modem internet baru dengan harapan bilik ai dapat kuasa serapan internet yang lebih laju dari b4 ths! Banyak ai dah melabur tau. Lebur rm140 buat beli n servis setup modem baru ni tau!

Ok, chiaw dulu. Mau tido, esok pg mau sahur!

#selamat bpuasa semua!
#2 month 2 go!

Wednesday, July 3, 2013

HOLIDAY TIME...

alhamdulillah, last week penuh dengan aktiviti perabiskan duit gaji yang baru keluar... sehari selepas gaji keluar dah kene pergi overthesea.. LAWATAN KE SINGAPURA & JOHOR BAHRU.. tau-tau je la if dah pergi negara jiran tu, dia punya dollar jek dah brapa if nak convert dari ringgit mesia ni kan... keje punya hal, terpaksa pergikan jugak. walaupon pada hakikatnya, tiada mood and soul untuk ke sana~

ok, disebabkan ai lupa nak transfer gambar masa lawatan hari tuh, maka ai bukak cerita baru.. sehari lepas ai balik lawatan singapore tu, cik tunang mesej ai tanya samada ai ade kelas tuisyen ujung minggu tak.. of course la if dear dah tanya macam tu, mesti ada pape plan dear kan.. cik abang tanya pada hari jumaat, ai balik singapura n JB hari khamis... lantas, jumaat malam tu jugak ai call pusat tuisyen menyatakan yang ai amik half class aje this week..

ape tidaknya, cik tunang ajak pergi CAMERON HIGHLANDS! mungkin bagi orang lain, nampak macam cikai jek cameron tu kan. tapi disebabkan ai ni belum pernah sampai tanah tinggi tu, maka sedikit excited la kan... dapat lak cik ijie jugak belum jejakkan kaki kat sana...

setelah menempuh sabtu petang yang penuh mencabar, maka bergeraklah dua insan ini dengan membawa incik JNX bersama.. disebabkan sabtu malam ade final KELANTAN VS JDT, maka destinasi pertama adalah di SHAH ALAM! tak dapat tengok kat stadium punya pasal, so tengok je la kat awey area shah alam kan... then cari tempat stay pulak semua full booked! next destination is RAWANG! nasib baik ade tempat stay!

pagi-pagi morning [morning la sangat!] terus bergerak menuju ke CAMERON HIGHLANDS melalui SIMPANG PULAI.. bergilir drive ngan incik tunangla ape lagi... first time drive JNX sejauh ni ok.. dengan hanya berpandukan papago gps, maka sampailah kami berdua di cameron dalam tengah hari! alhamdulillah!

having some great-great-great moments for a while kat sana... bila lagi nak spent time macamni ngan incik tunang kan... hehehe..

here some combine pict! dah lama sey tak update belog with some pics kan!

some fun!

both of us! (not ready yet to expose incik ijie~ wahahahhaa)
sedikit nota kaki:
  • holiday yang tidak dijangka! thanx dear~
  • cameron highlands dah tak sejuk.. berpeluh kat ladang teh ok!
  • dah tak lorat nau if nak g cameron highlands tu~
  • 1st time holiday yang macam nih~ sukerrr sangat!!
  • sempat menyoping storebi (strawberi!), teh lemon, tshirts and so on~
  • having lots of lurve with him... saya sayang awak MTMA~

Monday, June 24, 2013

WALAUPUN..

tak kesah apa pun yang awak buat, saya harap awak tau yang SAYA BAHAGIA pabila bersama awak..

walaupun kadang kala (yeke?) perangai awak, tingkahlaku awak, tindakan awak, fikiran awak tak seperti yang saya harapkan..

saya terima KELEBIHAN DAN KEKURANGAN dalam diri awak dengan hati yang terbuka dan redha. saya harapkan awak juga begitu TERIMA SEADANYA.

NOBODY PERFECT! tapi jikalau kita dapat give and take, bertolak ansur, saling memahami, kita akan lengkap melengkapi..

saya SAYANG awak sangat-sangat!!

Sunday, June 23, 2013

KECIKNYA LAHAI!

Maafkan saya..

Saya betul-betul kecil hati dengan awak.. Awak, siapa saya sebenarnya untuk awak?? saya cuma ada awak jek...

awak tak benarkan saya rapat dengan mana2 lelaki. walaupon dengan teman sekerja.. bff saya pun awak tak berkenan.. lagikan pulak ex-boyfriend yang awak ban dan bagi amaran awal untuk saya tidak hubungi dia lagi even sebagai kawan..

ya, saya buat semua untuk awak. Demi awak. Tapi awak?? kenapa semua boleh?? saya bukan mahu pertikaikan apa yang awak buat, tapi wak, saya pon ada perasaan jugak.. saya biarkan aje awak buat apa dengan kawan2 awak. kengkadang saya rasa dah macam  DAYUS je coz biarkan awak buat benda tu semua..

Dengan orang laen awak boleh ber-yunk, boleh ber-mama, bermesra secara public, tapi bila dengan saya yang pada haknya adalah hak saya awak ketepikan.,

keciknya lahai hati saya wak.. dengan orang laen jikalau orang tersebut tak balas mesej, tak angkat kol, tak seperti 'biasa' yang korang lakukan, awak akan moody! bukan dengan orang tu tapi dengan SAYA! lebih teruk lagi saya dipersalahkan disebabkan hal tersebut! APA NI WAK??

tapi bila dengan saya, keciknya lahai hati saya ni.. bila saya cerita, luahkan perasaan saya, apa yang awak buat? awak buat taktahu! tak reply mesej, tak angkat kol n buat2 tak KESAH!

awak, saya pun nakkan perhatian awak, sikit masa awak untuk saya, kepedulian awak terhadap saya.. tolong la Respon!!

KECIKNYA LAHAI hati saya dengan awak. tapi disebabkan SAYANG, saya tutup, buang, tanam, campak semua perasaan negatif terhadap awak jauh2..

DENGARLAH, JERITAN BATINKU~

Saturday, June 22, 2013

SEJUJURNYA..

di sini ai nak buat satu pengakuan berani mati! disebabkan ai macam dah tak berapa kuat lagi nak tahan.. lantak lah.. ai bile dah sayang memang sampai mati ai akan sayang. tapi bile sebaliknya, kira vice versa lah kan, ai akan BENCI sampai mati melainkan ai betul-betul maafkan dia. tapi hengat ye FORGIVE BUT NOT FORGET!

kejam?? yup! memang kejam! ada ai kesah!!

di sini ai nak buat pengakuan bahawa:

AKU BENCI DENGAN KAU PEREMPUAN!!! DALAM HATI AKU SEBOLEH-BOLEH TAKNAK BENCI KAU, TAPI AKU DAH TAKBOLEH TAHAN DENGAN PERANGAI POMPUAN KAU TU POMPUAN!! TAPI DISEBABKAN PERANGAI KAU YANG TAK BRAPA NAK CERDIK TU BUATKAN AKU BENCI, BENCI, BENCI, BENCI SANGAT DENGAN KAU! AKU TAK TAU KAU NI POMPUAN JENIS APE YANG SANGGUP BUAT ORANG LAIN MACAM NI! RASANYA AKU TAK PAYAH NAK AJAR KAU LAGI DAH SEBAB KAU SENDIRI DAH TERLEBIH AJAR DAN AKU MALU DENGAN KERJAYA KAU SEBAGAI PENDIDIK YANG TAK BERAPA NAK TERDIDIK PERANGAI! JANGAN SATU HARI NANTI KAU KAU AKAN RASA APA YANG AKU RASA NI. SERIOUSLY, AKU BENCI DENGAN KAU WAHAI PEREMPUAN YANG TAK FAHAM BAHASA!! KAU MEMANG PEREMPUAN DRAMA QUEEN!!

ya, ai dah lekat kuat2 dalam diri ai yang ai benci sangat dengan perems tersebut!!

#ada sape2 yang dengar jeritan batinku ini?? need shoulder to lean~

RINDU..

rindunya nak berblogging.. walaupon sebenarnya banyak benda nk dikarang dalam ni. tapi kekangan masa..

rindunya nak meluahkan perasaan.. walaupon ai meluahkannya di sini, ai taktau ada orang yang mendengar atau tidak..

rindunya.. rindu sangat-sangat..

Saturday, May 4, 2013

KELAMAAN..

Betulkah ayat itu? Sah-sah salah di sisi tatabahasa dewan! Hahaha. Sebenarnya nak cakap yang dah lama nau dah tak hapdate belog ni. Makin banyak hal n cabaran yang perlu ai lakukan sampaikan nak hapdate belog pon tak menyempat.

Paling tak boleh belah bile line streamyx kat bilik baru ni boleh diibaratkan lagi lembs daripada ciput cedut! Kau tunggu ai heret box streamyx masuk ke bilik keorenan ai itu yah!!

Countdown just almost only 4 month before the wedding day! Tapi apa prepare yang ai dah buat? Makin sempit kepala bila difikirkan.. Ai je yang risau tapi orang umah semua dok cillax lagi! Ni majlis kawen ai ok, bukan majlis doa selamat or potong jambul adam!!

Susahnye bile semua ai nak kene pikir! Bila mintak pendapat, ai jugak yang disoal semula, ditanya itu ini,.. Ai tau ni majlis pertama, tapi tolonglah ai make this event perfectly together! Ai sorang mana nak larat!

Biler incik ijie citer-citer ape yang family dia dah buat untuk majlis kami, ai hanya mampu JELES! He gots all the supports frm the whole family while ai??

Semoga semua berjalan lancar!

#doakan sama-sama ye~

Wednesday, April 17, 2013

SEMAKIN BAIK..

Alhamdulillah, jalan di hadapan semakin cerah dan semakin bermatlamat.. Semoga laluan yang telah kita lalui bersama menjadi suatu perjalanan yang memberi pengajaran untuk kita berdua.. Mungkin bertiga, berempat dan mungkin untuk kita 2 keluarga..

Saya sayang awak.. 4 bulan je lagi sayang.. Semoga Tuhan bersama kita <3

Friday, April 12, 2013

DISCHARGE...

Alhamdulillah.. Incik tunang dah dibenarkan balik pada hari selasa lepas..

Selepas 5 hari dalaw wad 340 A, tingkat 3, Hospital Pantai Air Keroh, Melak, ape yang makmal dapat kesan adalah encik tunang mengalami VIRAL FEVER. Pandai-pandailah korang search ape itu viral fever..

Doktor jugak cakap, yang kuman kat hati melebihi 4 kali ganda daripada normal! Hai, ai rasa, patutnya ai yang dapat penyakit hati ni coz asyik MAKAN HATI, SAKIT HATI, and so on..

Setiap yang berlaku ada hikmahnya bukan.. Ai bukannya nak salahkan sesiapa, yang penting NIAT yang dipasang mestilah yang baik-baik. Betul tak? So, tak nak cakap panjang-panjang, ai harap, ai dah buat yang terbaik sepanjang incik ijie berada di wad. N harap dear boleh "nampak" apa yang sepatutnya dia nampak..

Ok, babai~

Thursday, April 11, 2013

KAWAN VS LAWAN VS STATUS...

Tajuk entri yang bakal mengundang kontrobersi! YEAH! Tahniah wahai Adie oii..

Ini ruangan ai, maka ai berhak nak tulis apa dalam dunia oren ai ni kan.. Who cares!

Bercakap mengenai tajuk entri, mestilah yang ada kene mengena kan.. Bercakap lagi mengenai KAWAN, macam-macam boleh berlaku sekiranya salah pilih kawan.. Ai tak cakap yang ai ni pandai sangat pilih kawan, ai pon ada pengalaman berlawan dengan kawan nih.. Maha dahsat plak tuh.. Walaupon "kawan" yang kita anggap kawan ini tak semestinya nak "berkawan" dengan kita. Mungkin mereka hanya "berlakon" semata-mata mahukan "sesuatu" yang bakal mendatangkan manfaat bagi mereka kan..

Bak kata pepatah RAMBUT SAMA HITAM, TAPI HATI LAIN-LAIN.. Sedangkan LAIN PADANG, LAIN PULAK spesis BELALANGNYA.. Nak dibandingkan pulak dengan hal manusia???

Usah verangans sangatlah nak dapatkan kawan, teman, sahabat yang sekepala, sehati dan sejiwa ni kan.. Tapi tak bermaksud individu berkenaan tidak wujud di alam fana ni, mungkin sangat rare! Kalau jumpa yang sepadan dengan diri kita, alhamdulillah.. Semoga berkekalanlah hubungan persahabatan tersebut yek..

Bercerita mengenai LAWAN pula, tak semestiya lawan kita hanya di medan pertandingan, perlawanan mahupun di medan perang.. Paling hampir dengan kita adalah berlawan dengan diri sendiri.. Berlawan dengan keperluan dan kehendak.. Salah langkah dalam menentukan percaturan hidup, alamatnya rosaklah hidup kita.. (mohon dijauhkan! Amiin)

Berbalik kepada tajuk entri, mestilah berkaitan.. Apa yang ai nak kaitkan adalah KAWAN VS LAWAN... Ya! ai pernah tertipu dengab permainan  seseorang yang ai anggap kawan.. Pasti semua pernah mengalami situasi macam ni kan.. Nobody perfect.. Tu jek la alasan yang boleh menyedapkan ati sendiri. Right~

Memang sakit hati bile kawan tikam kawan.. Kawan yang kita percaya tergamak perlakukan kita macam tuh. Bile difikirkan semula, mulalah nak cari kesalahan orang lain daripada lihat kekurangan dari diri sendiri..

Lawan tak semestinya dari orang yang kita kenal. Tiba-tiba jek ada orang yang cemburu iri hati dengan apa yang kita ada. Kita memang susah nak puaskan ati semua orang sedangkan ati sendiri terpaksa makan ati!

Ai kalau ikutkan jenis yang susah nak berkawan. Bila dah kawan, seriusly ai akan fix jek dengan that kawan.. Ai plak jenis bukan survival. Walaupon mulut berat, muka sombong tapi bile bab ngan kawan, ai akan pentingkan kawan daripada diri sendiri. Thats me!

BFF - ya, ai pon ada bff! Since sekolah, ai memang rapat sangat-sangat dengan bff ai sampaikan ada yang menggelar kami as LESBIAN! Quit bodoh kan! Just because kami kemana-mana sentiasa berdua sejak form1 until form 5, berjalan kadang-kadang pegang tangan, wat keje gile bersama, kami dapat panggilan tersebut..

Tapi ada hal yang buatkan kami tak sehaluan.. Hubungan BFF yang terjalin semakin lama semakin renggang.. Form 5 dah kurang bersama.. Tapi deep in my heart, ai masih sayangkan dia, and masih anggap dia as my BFF.. Buat K.N.M.A @ K-run, aku masih rindukan saat kita sekolah dulu. FYI disebabkan dear, ai dapat nama ADIE yang sehingga sekarang ai masih gunakan.. Thanx dear!

Di-shortcut-kan, zaman ukm, ai ada bff berlainan jantina.. M.F.A.M @ debot.. Kemana saja mesti berdua or beramai-ramai.. Dah macam belangkas bak kate Mama Manis; our lecturer..

Mana taknye, selamber ai bertenggek belakang moto dia untuk ke kelas or melahar! Time praktikum lagi tak boleh blah! Sampai kene sabotaj dengan mama manis takmo letak kitorang dalam 1 sekolah yang sama. Tapi, disebabkan niat dah salah, akhirnya dapat jugak 1 skolah yang sama! Sentap mama! Sekarang, bila masing-masing sudah bekerjaya, semakin renggang. Jauh dari 1 sama lain - ai di melaka, dia di gemas, tanggungjawab dan alasan lain buatkan jarang bertemu..

Terkeluar bab BFF berlainan jantina.. Ape yang korang anggap dengan bff berlainan jantina?? Kalau ai, its ok selagi kekalkan niat asal - persahabatan itu.. Ye tak?! Ai taknak komen panjang-panjang coz nanti salah anggap n ai kene BAN plak ~

STATUS - kadang-kadang, disebabkan status (berkaitan dengan status single, couple, enggage, married - tidak mengaitkan dengan keberadaan ye) hubungan persahabatan terjejas! Sekali lagi ai pernah mengalaminya! Kami semakin renggang bila ai cerita yang ai dah couple ngan someone.. Tak memasal dia plak larikan diri dari ai kan, tapi mungkin dia ada alasan dia sendiri. Kot..

Ya, bila kita bertukar status, segala-galanya akan berubah.. Tapi kita kena pandai-pandailah jaga semua benda.. Jangan campur adukkan hal melibatkan "status" dengan hal "bff"..

Lagi satu, kalau dah atas dasar berkawan, bersahabat, ber-bff, jangan la nak melebihi tahap berkenaan. Sekiranya masing-masing single, its not a problemo! Tapi bila salah seorang memegang status yang berbeza dari yang sorang lagi, itu nama dia CARI NAHAS! dua-dua makhluk tu cari nahas kan..

Ai taknak ulas dengan lebih panjang lebar pasal hal ni.. Ape yang ai boleh ai cakap, ada batas-batas yang perlu dijaga dalam setiap perhubungan.. Tak kiralah dalam bersahabat mahupun dalam hubungan dengan si buah hati..

#Masih ada masa untuk membetulkan ape yang sepatutnya berlaku. Dan saya masih menunggu hari tersebut~ Doakan semua berjalan dengan lancar ye kawan-kawan..

Monday, April 8, 2013

BELUM TAMAT..

Saya ingatkan cerita dah sampai ke hujungnya.. Rupa-rupanya, saya saje yang beranggapan sedemikian..

Banyak lagi rupanya yang saya tidak
tahu.. Ape yang patut saya buat.. Kuatkah aku?? Mampukah??

Awak.. Kenapa awak buat saya macam ni.. Kenapa awak tak bagitahu ape yang saya dah buat sampaikan awak buat macam ni kat saya.. Tolonglah terus terang dengan saya..

Awak tahu tak, hati mana yang tak sakit bila tau hal sebenar?? Tapi bertambah sakit bila saya tahu sendiri dan bukannya dari mulut awak??

Awak, awak tau kan, betapa saya sayangkan awak, rindukan awak.. Saya harap awak tahu.. Jangan buat saya macam ni lagi..

Saturday, April 6, 2013

SAYA NAK SAYANG AWAK...

Ayat tersebut diucapkan kepada ai pagi tadi.. Thanx sayang.. Walaupun just 4 perkataan, amat bermakna buat saya..

Saya buat ni semua kerana tanggungjawab saya, kerana sayang n kerana saya nak buat.. Bukan sebab orang lain, bukan sebab nak menunjuk-nunjuk.. Its come from the bottom of my heart..

Ape-ape pon, saya akan buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik buat awak..

Itu janji saya!

Friday, April 5, 2013

INCHARGE...

Lepas beberapa hari demam yang sangat teruk, ini malam ai bawak incik tunang ke Hospital Pantai, Melaka sambil ditemani oleh adik ipar..

Tengah hari tadi, ai nak hantar cikit sayur n beberapa stuff yang incik tunang minta, tak semena-mena, cik abangku itu boleh terjelepuk pitam_pengsan depan mata ai..

Sempat jugak ai sambut dear tapi kepalanya pun sempat jugak terhantuk n mensebabkan (ayat dear) satu kebenjolan timbul dikepala.. nasib cinonet jek benjol tuh n boleh cover lagi dengan jambulnya itu.. Ngehngehngeh..

Setiap yang berlaku ada hikmahnye kan.. At least dia tak dapat pergi pangkor dengan alasan untuk berjimba-jimba..

Tapi, ai sedih gak tengok keadaan dia yang dok melepek macam ni jek.. Ngan keadaan tak bermaya dia tu.. Ape pon hopefuly takde pape yang serius dengan wajah kesayangan hamba itu..

Doakan dear ok yek :)

Tuesday, April 2, 2013

BERTUAH..

Saya rasa bertuah dapat berkongsi kasih sayang dengan Mereka.. Saya rasa Mereka ada walaupon saya berasa susah atau senang.. Terima kasih buat Mereka..

Bertuah rasanya dapat berkongsi kasih sayang dengan Mereka.. Saya anggap Mereka ibarat keluarga saya sendiri.. Malah, saya rasa seperti keluarga kandung saya! Ada Ibu, Ayah dan Adik yang sentiasa sokong saya.. Terima kasih buat Mereka..

Bertuah rasanya dapat berkongsi kasih sayang dengan Mereka.. Walaupun saya orang luar, tetapi saya diterima sebegini.. Saya rasa saya tidak berseorangan merasakan perasaan ini.. Terima kasih buat Mereka..

Bertuah rasanya dapat berkongsi kasih sayang dengan Mereka.. Saya pun berharap Mereka dapat terima saya dalam keluarga ini.. Saya sayangkan Mereka! Mereka sebahagian daripada saya.. Terima kasih buat Mereka

Saturday, March 30, 2013

BIARLAH...

Ayat dah macam berputus harapan jek.. Tapi macam memang betul jek.. Whateverlah!

Dah tak kuasa nak melayan perasaan-perasaan tersebut walaupon hakikatnya, masih banyak lagi perasaan itu tersyumbat dalam hati dan kotak fikiran ni..

Tapi saya tetap dengan perasaan saya. Saya tetap percayakan awak.. Biarlah.. Biarlah awak sorang je yang tahu bagaimana perasaan saya terhadap awak.. Biarlah..

Biarlah saya disakiti, dibenci dan tidak disukai buat masa ini. Tapi saya percaya yang suatu hari nanti awak akan tahu betapa sayangnya, rindunya, cintanya saya terhadap awak..

Biarlah saya menangis kesaorangan diwaktu ini.. Biarlah saya menangis di hadapan mereka pada waktu ini.. Biarlah saya menangis di belakang pada waktu ini.. Kerana saya tahu, saya buat begini untuk KITA..

Biarlah..

BENARKAN saya untuk MENYAYANGI, MERINDUI, MENCINTAI awak untuk sepanjang hidup saya.. Dengan izin AWAK dan izin-Nya jua~

Monday, March 25, 2013

SAYA PERCAYA..

Saya percayakan awak..

Sebab saya sayangkan awak..

Saya percayakan awak..

Sebab saya cuma ada awak..

Saya percayakan awak..

Sebab dah takde sebab laen untuk saya tak percayakan awak..

Saya percayakan awak..

Sebab awak buat saya percaya..

Saya percayakan awak..

Sebab saya pegang dengan kata-kata dan janji awk..

Dan saya percayakan awak..

Sebab diri awak dan bukannya orang laen..

#saya masih percayakan awak~

Saturday, March 23, 2013

SAYA HARAP...

Saya harap saya KUAT!

Saya harap SEMUA KEMBALI SEPERTI BIASA!

Saya harap saya diberi PELUANG!

Saya harap! Saya harap! Saya harap!

Saya harap sangat benda ni segera BERAKHIR!

Sebab, saya SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT!

Saya harap saya TAK KESEORANGAN!

Saya harap awak sentiasa ADA bersama saya~

Harapan disertai dengan USAHA.. Sebab SAYA BENAR-BENAR RINDU, SAYANG dan CINTAKAN awak~

#harap awak FAHAM apa yang saya rasa~

Terima kasih Allah~

Friday, March 22, 2013

KELAKAU LA PLAK...

bile diingatkan balik.. kalaulah boleh di-rewindkan semula, ai rasa macam nak gelak jek..

bukan pe, ai rasa ai tak penah dok borak ngan orang and bahasakan diri ai ni - nadiah!

nadiah rasa blah..blah..blah..., tapi nadiah.. blah..blah..blah...

macam kelako.. tapi bile fikir bout respect, bout ke-formalan, ia keluar dengan sendirinya... selalunya, ai bahasakan diri ai, kak uda @ kokde, d (from word ADIE) or ape-ape yang sepatutnye..

tapi tadi terkeluar n terguna nadiah plak.. macam ayu ler plak terasa... pape pon, just be urself, and its REAL!! not PROPA semata-mata yek..

#cuba senyum walaupon dalam keadaan terpaksa...~

HANYA DI SINI..

MUNGKIN hanya di sini ai dapat luahkan sedikit rasa hati... MUNGKIN.. MUNGKIN ye.. MUNGKIN tidak...

MUNGKIN bagi ai, benda ni tak salah... tapi MUNGKIN bagi orang lain.. salah la pulak...

ape yang boleh ai buat?????

buat-buat tak tahu??? ohhhh tidak...

its about future sayang... tapi, kalau salah ambil tindakan, sebeban kesalahan aka diletakkan di atas bahu ini...

ahhhh.....

sekarang ai takut untuk buat sebarang keputusan...

bila ai mintak pandangan, akan di cop - tidak matang, tak boleh buat keputusan sendiri...

tapi, bile ai buat semua ni - di cop pulak - memandai-mandai buat keputusan sendiri...

Allah~

ape yang ai boleh buat????

wait and see???? 

# melepaskan nafaaaaassssssssssss yang sangat pannjjjjaaaangggggggggggggg~

PERASAAN INI..

Ai dah tak tahu nak explain how my feeling rite now.. Serabut?? Ya! Masih dan tetap berserabut kabut!! Bukan berkurang, malah mungkin bertambah dan berpanjangan..

Sepanjang mana perasaan ini, ai pon tak tau.. So, tanamkan tekat, kuatkan azam! (macam dah boleh buat lagu bertemakan patriotik plak~)

Ape-ape pon, perasaan sedikit reda itu ada..

Semoga perasaan sedikit REDA itu berpanjangan~

Terima kasih Tuhan~

Saturday, March 16, 2013

...

Ya Allah..

Kenapa dugaaan ni berat sangat..

Mampukah aku selesaikan satu2 permasalahan ini..

Mampukah aku..

Aku masih merasakan yang aku mampu menanggungnya seorang diri..

Tapi..

Mampukah aku bertahan??

Kuatkah aku??

Semoga aku TABAH!

AMEEN~

S.T.R.O.N.G.E.R...

saya mesti KUAT!

jangan tunjuk yang saya LEMAH!

cuba yang TERBAIK!

SIMPAN selagi TERMAMPU~

TAK BOLEH LARI...

Tempat mana tidak ditimpa hujan, manusia mana yang tiada masalah.. Semua orang ada masalah sendiri.. Sama ada masalah kecil, besar, mahu pun yang sedang-sedang saja..

Apa yang penting, cara kita menyelesaikan setiap masalah yang datang..

Kemudian fikir apa kebaikan dan apa yang akan kiata ambil dari setiap langkah penyelesaian tersebut.. Fikirkan semula punca kehadiran masalah tersebut dan tanam dalam hati tidak akan mengulangi masalah tersebut sekiranya masalah itu datang daripada diri kita sendiri..

Apa yang penting, rujuk kembali diri kita dengan maha pencipta..

Setiap manusia tidak sempurna. Tetapi manusia memerlukan manusia lain untuk menjadi sempurna..

Bantulah saya menghadapi dugaan ini.. Tidak mapu rasanya mengharungi seorang diri.. Namun, tak sanggup rasanya untuk diceritakan kepada insan lain.. Hanya mampu masuk, kunyah, gigit-gigit, cuba untuk ditelan dan dihadam dengan sendirinya..

HARAP SAYA K.U.AT!!!!!

Sunday, March 10, 2013

TANPAMU...

Susahnye la hai sehari tanpa si dia.. Ape la yang dia tengah buat yek.. Katenye berjimba ke bukit fraser. Tapi sikit berita pon tak bagitau..

Sabar jek la..

Cepat la pulang..

Saturday, March 9, 2013

DIA DI SANA, SAYA DI SINI.,

Adus, susahnye la hai perasaan ni bili cik abang terpaksa out of territory ni.. Walaupon hanya untuk dinner company di sunway...

Bukan tak percaya, tapi bak kate incik ijie sendiri 'jangan letakkan 100% kepercayaan pada dia'.. SO, how come ai nak duduk diam kan??

Ape-apa pon, tetapkan ati.. Doa banyak2 semoga pemergian dan kembalinya incik tunang dengan selamat..

So much missing u dear~

#harap awak faham perasaan ini~

Wednesday, March 6, 2013

INI HARI..

malam ini akan diadakan perjumpaan kecil-kecilan antara 2 keluarga. Family ai n jugak family en.ijie merangkap incik tunang..

Ai pulak naik nerbes.. First time bakal mak n bapak mentua nak coming to rumah.. Secara formal la.. Masa majlis bertunang hari tu, parents en.ijie tak dapat hadir sebab masalah kesihatan.. Dah nasib nak eksident a week before raya. Majlis bertunang lak berlangsung masa raya.. Last-last makngah dia yang wakil sarungkan cincin..

Straight to the point, antara tantatif program malam nanti adalah penetapan tarikh majlis yang akan berlangsung.. Dijangka pada bulan september tahun ni.. (tolong doakan yang terbaik untuk majlis kami nanti yek )

Semoga majlis yang akan berlangsung pada malam ini akan berjalan lancar.. Doakan semua baik-baik belaka ye~

Monday, March 4, 2013

RINDU..

Rindunye pada dia.. Even though berada di depan mata.. Dia yg dulu tak sama dengan dia yang sekarang..

Apa-apa pon, ai bersyukur yang jodoh kami masih panjang.. Walaupon tidak sama, tapi i tetap merindukan dia yang lama..

~

Thursday, February 28, 2013

LAWATAN..

Ok, sekarang ai dan anak-anak murid ai berada di sini~

Thursday, February 14, 2013

MASIH BERCUTI..

Hari ni ai masih bercuti.. Encik Ijie dah stat bekerja since hari rabu lagi. Adam pon sekolah hari yang sama. Hari ni lak nana ngan dak adik plak stat naik skolah..

SMKSR bercuti panjang! Until this weekend.. Wargghh!! Kompom kene ganti sekolah nanti.. Hadoi ai.. Sabar jek la.

Cuti-cuti pon ai takde gi memane. Inciktunang ada plan nak g cameroon, tapi disebabkan ade bbq event kat umah dia last monday, dah plan tergantung..

Maybe next time la kot..

Ape-ape pon, wat wat enjoy jek ls this holiday ni kan...

Sunday, January 27, 2013

UPDATE..

actually, ai tak tau ape yang di updatekan.. topik entri jek update... hahahaha... 

ai bukak album gambar dalam lappy ai ni, cari modal nak wat entri baru tapi macam takde yang menarik jek yang leh ai sharekan...

so, biar jari jemari jek yang menari di netbuk ini...

sejak beberapa hari ni, kesihatan kurang memberangsangkan... incik ijie pon sama.. masing-masing demam kura-kura, flu and batuk-batuk manja gitew...

ape leh wat.. ade orang kata, sakit ni penghapus dosa kecil.. so redha jek la.. sambil-sambil tuh, dok telan paracetamol lah kan...

untuk korang semua, jaga kesihatan bebaik ye... ~

nota kaki:
  • ai rindu JNX ai... dibawa pergi ke johor oleh parents ai... (tak lama lagi kene hantar next servis lah nampak gayanya!)
  • jadi ke nak book set bilik tidor nih????
got to go... daaaa~

Saturday, January 19, 2013

JNX AT THE SPA...

disebabkan kesuntukan masa untuk ai membelai JNX ai (alasan jek semua tuh!), maka, bertempeklah segala jenis kekotoran yang menepek kat my love JNX.. al maklumlah, bape kali journey jah ngan JNX itu.. sampai tak sempat ai nak hapdate belog ai nih... memula ikot my incik Ijie pergi melawat adik bing kat PLKN Sembrong - batu pahat johor.. even bukan naik kete ai, tapi naik WKT dia tuh, and keesokkan harinye journey ke JB with my family selesaikan urusan geran rumah yang kat kulai tu.. and wajib la bawak JNX kan...

so, nak tak nak ai kene jugak mandikan JNX.. badan keletihan lepas balik sekolah dengan jadual ko-kurikulum yang dah start mula dah.. ape lagi, hulur duit kat SPA kampung jah... hehehhee.. ni kira 2nd time ai bawak JNX gi spa... 1st bawak gi SPA RM4.00 yang masuk  macam dalam mesin basuh tuh.. kih3... 

tapi kali ni, ai bawak yang kampung style pulak la..ingatkan nak cuci kat area umbai, tapi tutup la pulak... so, ai bawak jah ke pernu.. rm bape untuk servis tersebut???? harga dirahsiakan.. kihkihkih~ bile incik ijie tanye:
kenapa tak bawak cuci kat kampung (serkam) jek??? kan dekat ngan rumah.....
ai pon dengan selambernye menjawab~
seganlah, nanti orang kampung tau yang ai ni RAJIN sangat basuh kete~ lalalalala~

cuci leklok ye bang oiii~
 p/s: mesti besh kan bile dibelai- ai tak penah pegi SPA ok!

http://www.smileycodes.info
    

Saturday, January 12, 2013

DIAM..



Dalam diam aku tersenyum...

Dalam diam juga sebenarnya aku menahan perasaan..

Dalam diam terselit seribu makna..

Dalam diam pelbagai rasa..

Dalam diam aku menangis dalam hati..

Dalam diam aku rasa bahagia..

Walaupon sebenarnya, dalam dia juga aku bermohon kepadaNya..


Semoga semua baik-baik aja.. Amin~


Publish via #mysamsungSA~


air tangan ai ok!

Sunday, January 6, 2013

BARU KU PERASAN...

satu moment yang cute berlaku hari ni iaitu 06 Januari 2013 iaitu

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

alhamdulillah~
syukur alhamdulillah... kami telah bersama selama 2 tahun, 2 bulan, 2 minggu dan 2 hari.. 
kawan-kawan doakan jodoh kami berpanjangan yek.. 

saya sayang awak~
MOHD. TARMIZI BIN MOHAMED ALI~

DENGAN MEREKA...

pada suatu petang... ai bawak mak, and adik-adik ai berjalan naik kereta pergi LAMAN BELIA 1 MALAYSIA kat SUNGAI RAMBAI..

ai nama jek keje kat area sungai rambai, tapi ni first time ai jejakkan kaki kat laman belia tuh.. ai selalu jugak dok makan minum kat area medan selera sebelah-sebalh laman belia with incik tunang, tapi tak penah plak dok menyinggah kat laman belia tuh...

so, ni antara gelagat-gelagat kami kat laman belia~

at jambatan goyang-goyang~

jadik kekanak ribena jap~

# sekali-sekala jenjalan besh jugak kan~ 
http://www.smileycodes.info

BERTUKAR!!!

Ok, ujung bulan lepas ai ade modified cket ai punye ombak merah....

jeng..jeng...jeng...

woahhhhh!!!!


http://www.smileycodes.info