CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 1, 2013

MASIH DALAM DILEMA

Huarghh! Di pagi ahad yang malas.. Dalam masa yang sama masih menimbang-tara tawaran yang ai dapat untuk next year project..

Mengajar tuisyen!

Alhamdulillah, taun 2013 adalah tahun ke-2 ai mengajar disana dan masih ditawarkan untuk terus mengajar kelas pra-upsr (tahun 2-5) dan upsr (tahun 6) serta pra-pmr (form 1&2). Subjek bm kesemuanya..

Walaupun ai bukan mengajar aliran perdana, tapi ai diberi kepercayaan untuk mengajar subjek tersebut..

Tapi bila difikirkan dengan keadaan yang bakal ai hadapi tahun depan dengan baby yang bakal dilahirkan insyaallah bulan jun nanti, mampukah ai teruskan tugas-tugas ai nanti. Jadual kelas tuisyen yang bermula pada januari ni dah keluar. Ai je masih belum respon dengan jadual tersebut..

Sebelum ni ai bujang, ai boleh je wat pape yang ai suka, tapi this time dengan perut yang semakin membesar, berat badan jangan cakapla kan.. Mampukah ai..

Incik ijie cakap dia tak kesah coz sabtu dia keje.. So ai kene tinggal umah jugak nantikan? Bila difikirkan balik, better ai keje jugak. Dapat la duit2 tepi sikit banyak pun kan. Tapi still in dilemma!!

Tolong saya bagi pendapat sket!

0 comments:

Post a Comment