CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 15, 2014

JALAN LAMBAT-LAMBAT..

Hari rabu bersamaan 12hb Nov, ai ditugaskan untuk membawa 2 orang student ai untuk latihan tarian. Peringkat kebangsaan hokey! Kira wakil negeri melaka la diorang ni..

Takde pape pon yang sebenarnya ai nak citer. Hahaha (Golak sorang-sorang!)

Al kisahnye, kitorang punya peraturan, sape2 yang dtugaskan untuk bawak budak2 ni gi latihan tarian kat Sk Pendidikan Khas, Semabok, lepas antar, cikgu2 tak payah balik sekolah semula. Jauh beb nak hantar dari Sungai Rambai ke Semabok nun jauh tu ha.

Tak kisah la kita antar then nak tercongok tengok budak2 ni wat latihan atau, kite leh gi memana yg kita suka. Means, its free time! Yang penting kita antau n amik bebudak 2 balik umah..

Ari Rabu aritu, ai tengok2 dulu latihan tarian. Pastu dalam pkul 10 ai keluar dari SKPK tu. Ai pegi mana??

Ai singgah butik Avon jap amik katalog, dok belek2 dalam kete pastu go straight gi Aeon Jusco! Ape lagi menyoping la. Survey2 baju wawa, dapat capai dua lai, cari wedding present untuk member ukm ai kawen ujung bulan nanti n beli cadar ngah offer 70%! Sempat lagi uolls. Hahaha.

Eh, berbalik pada tajuk entri kali ni, before ai gerak dari skolah, sorang student cina ai ni berpesan "Cikgu, nanti jalan lambat-lambat tau..."

Hokey, mak blurr nak!!

Ape yang kau nak sampaikan ni?? Nazlia, salah sorang budak tarian yang ai nak bawak g SKPK pun mula2 blur.. Apa yang ai jawab? "Ha, ye la.." dengan nada tak brapa nak faham ye tak ai menjawab pesanan dia tadi.

Macam tak brapa nak puas ati, ai tanya naz weather dia faham ke tak ape yang budak ni cakap. A few minutes later, naz cakap, "Haa.. Agaknya dia nak cakap biar lambat asal selamat kot."

Ok, masuk akal jugak~

Ni la cabaran cikgu pendidikan khas. Kene faham, layan and buat2 faham apa yang student cuba sampaikan kat kita..

Ada faham??

2 comments:

Uminaterah Ramly

I'm understood ....ki3...
*whether....

adie nadiah

Alamak, typing error! Tp paham kan? Kalau xpaham, wat2 paham je la ek. Hahaha

Post a Comment