CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 1, 2014

KESEIMBANGAN 2013..

Entri pertama di tahun baru yang ditaip pada malam penghujung tahun. Kenapa? Sebab plug streamyx sudah bercerai dengan punca kuasa di malam hari dek tuan rumah tidor awal kerana masalah kesihatan...

2013... Bakal berlalu (waktu entri ini ditaip pada jam 1030pm) dan akan meninggalkan kita dan bertemu dengan masa depan 2014.. Macam-macam ai dah tempuh sepanjang 365 hari tersebut.. Kalau ditimbang tara seakan-akan lebih berat kepada kemasaman berbanding kemanisan tahun 2013.

Tapi, tak dinafikan, 2013 juga turut menyelitkan nikmat kemanisan dalam hidup. Alhamdulillah, syukur ya Allah!!

Awal tahun 2013 menjadikan ai sorang wanita yang tabah! #TakBolehBlah! Banyak berendam air mata. Memang ai ngaku yang ai rasa kepayahan, keperitan hidup memperjuangkan hak dan cinta! #SekaliLagiTakBolehBlah! Namun, banyak mengajar ai erti hidup dipenggal ke-2 tahun 2013.

Alhamdulillah, syukur skali lagi kerana tahun '13 ni telah menyatukan ai dengan en.ijie pada 06 September 2013. Oktober dengan penuh debaran dimana, ai disahkan hamil!! Syukur! Rezeki kami bakal mempunyai anak sendiri cepat.. Bunting pelamin orang tua-tua kata..

2014 bakal ditempuh bertiga.. Ai, en.ijie n my little baby dimana dijangka due bersalin pada 13 jun nanti.. kalau 22 jun kan bagus, sebab birthday en.ijie.. Doakan semua berjalan lancar ye..

Secara keseluruhan, sinopsis 2013 adalah seperti berikut:
» walaupun banyak air mata mengalir, namun memberi sedikit senyuman dipengakhiran tahun.
» kenangan jejakkan kaki di USS, Singapura takkan dihapuskan. Ada orang ajak, memang nak pergi lagi!
» Honeymoon trip ke Perhentian Island yang syok sampai dapat anak perhentian ni!
» sian blog ni jadi tempat luah perasaan sedih je kan.. Tetiba tacing lak..

2014 bakal ditempuh dengan agenda:
» anak ai akan sebaya dengan anak angah yang beza cuma 1 bulan saja! Sian baby akan jadi penyambung kisah saingan kami berdua..
» pengalaman preggy yang macam-macam rasa - hepi, takut, cemas, curious, dsb
» bakal membawa perut ke mana-mana lagi 6 bulan akan datang..
» dont know wheter dh get ready being a parents or not!
» panggilan papa dan mama yang become a reality!

Ape lagi yang nak ai taip? Kalau ada pon akan disambung taip pada tahun hadapan-2014.. Hehehe.

0 comments:

Post a Comment