CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 28, 2014

HARI KURANG BERNASIB BAIK..

Assalamualaikum..

Long time no see kan? Even time cuti sekolah, stil takde masa nak menaip entri.

Lagi lebih kurang seminggu cuti sekolah bakal berakhir, bukan budak2 sekolah je yang nak prepare barang nak gi sekolah, cikgu2 pom menyebok jugak nak bula bekerja.

Alkisahnye, ai ajak en. Ijie gi syoping barang ai. Bajet nak cari baju dan kasut. On the same time nak cari barang wawa yang belum cukup untuk antar umah nek ani (pengasuh wawa. Ai panggil cik ani, tapi wawa panggil nek ani la kan..)

Misi mencari bermula di MP @ Mahkota Perade. Barang wawa dah jumpa kat parkson. Masalah bila mata ai tak berkenan kat semua kedai kasut dalam MP tersebut.

Time nak bayar parking, en.ijie dah pi beratur nak bayar. Ai cakap ngan dia yang ai nak bawak wawa gi tengok2 tam (adik ai) keje kat  kfc.

Mungkin en.ijie tak perasan kot yang ai cakap ngan dia pasal nak bawak wawa. Bila en.ijie sampai kat ai, dia dah merungut "awak pegi mana? Wat malu je
. Duit parking tak cukup. Tengok2 awak takde. Wat malu kat orang je!". "Kan dh cakap tadi nak bawak wawa g tengok tam..". Bila tengok muka en.ijie dah berubah semacam je, ai malas nak cakap banyak sangat. Kang ada je salah ey. First unlucky day detacted!!

Lepas kene 'marah' kat mp tadi, kami 3 beranak terus ke malim. Suasana dalam cik sona sunyi seketika. Nak cakap, takut salah cakap. Kang tak kene gaya, sume benda salah..

Gi malim cari kipas siling. Adik Bing @ adik ipar ai suruh beli nak pasang dalam bilik dia. En. Ijie turun kete n tak sampai 5 minit masuk semula dengan kipas. Sah! Mud belom okey!

Dari malim, terus ke Tesco Peringgit. Sambung misi mencari baju n kasut keje. Target kat First Lady. Pas pusing2 , tak berkenan jugak mata ni. Hai la mata. Awat la ai tengok patung kat 1st lady 2 pakai cantik je terletak kat badan kau. Bila tengok kat tmpat gantung baju tu, sikit ai tak berkenan. Akhirnya misi mencari baju n kasut keje digugurkan serta merta. 2nd unlucky of the day detacted!!

Oleh sebab mau memujuk hati en.ijie yang berduka lara, ai ajak dia g makan kat kfc kat tesco tu. Aik, awat tadi tak makan kat kfc mp? Alasan en. Ijie, t dak adik kene kemas ape yang kitorang makan. Bukan boleh ajak dia makan sekali. Betol jugak 2. Lamaranku diterima..

en. Ijie dok beratur kat kaunter sementara ai pegang cik wawa yang macam ulat bulu tu.. Ai pesan snack plate je while en.ijie pesan kombo xmeal yang ada ayam seketoi n beger pe nama ey ai lupa plak.

En. Ijie bawak dulang yang ada ayam je. N ada tag no.25 plak. Means burger dia on hold dulu.. Sesambil makan ayam, dok tunggu burger tak sampai2. Ai yang santap 2 ketoi ayam pon siap dah, berger masih tak sampai. Oh yer, zinger burger nama ey. Dah hengat dah. Hoho. En.ijie dah stat geleng kepala. Dari riak wajah, masih boleh ditahan lagi marahnya kot. Ada la dalam 20 ke 25 minit dok tunggu burger sampai. 3rd unlucky of the day found!!

Burger sampai je, en.ijie teruskan makan. Tapi separuh jalan je. Alasan sudah kenyang. Mungkin hilang selera makan atau dah kenyang makan masa dok tunggu burger tergolek depan mata..

Way nak balik umah, en. Ijie singgah jap Bank Islam kat Taman Cempaka yang berdepan dengan tesco tu. While nak cari park, mak ngah en.ijie kol. Tanya ada kat mana cz pak ngah bagitau yang ayah tak masuk keje lagi n kol ayah tak dapat.. Then en.ijie bgtau nanti dia akan conformkan semula cz ktorakg ada kat luar.

En.ijie terus ke bank islam. Kengkonon nak transfer duit masuk tabung haji.. Kurang seminit kendian, en. Ijie masuk semula dalam kete. Dia merungut "atm tak boleh guna pulak.." Hokey no.4 unlucky for today.. Terus balik seri minyak..

Sampai je umah, macam janji2 plak tengok bing ngn ibu n kengkawan dia ngah punggah barang dari kereta masuk ke dalam umah. Dari beg plastik macam baru balik dari tesco. Jugak. Haihh!!

En. Ijie ngah angkat barang dari cik sona, ibu bunyik suh dia g tengok ayah kat kilang sama ada dah sampai tempat keje ke belom. Upenye telepon ayah tertinggal kat umah.

Ape lagi, merungut lagi la en. Ijie ai ni.. "Tadi masa balik melaka tak nak plak singgah kilang! (Diorang kan bru balik melaka jugak..) ni dah sampai umah baru bagi tau!!" kalau dari melaka, kilang tempat FIL ai keje memang 1way balik ke rumah.. Dah meletop lagi laki ai ni.. "Kang lepas maghrib along g!" Okey, ai diam je bila anak beranak ni berbicara. Tak tau mana satu ai nak sokong.. No.5 found!

Lepas en. Ijie balik je dari jengah FIL yang okey2 je kat kilang, dia terus selubong atas katil tanda protes..

Hokey, ai ada banyak keje nak kene setel. Iron baju keje en.ijie, baju keje ai coz nak stat miting minggu ni, basuh n sidai baju, nak masak stok makan cik wawa cha lagi, dengan en. Ijie yang dok wat demo, how come ai nak wat keje?? Cik wawa cha plak tak boleh tak tengok muka mama ey yang kiut ni. Mau melalak aje..

Sementara MIL pegang wawa, sempat jugak ai iron baju sambil basuh n tinggalkan baju dalam mesen. Then misi tidokan wawa.. Once wawa dah tdo, dengan pantas ai ke dapur, nak kupas baby carrot untuk direbus. Nak wat makan puri untuk wawa bawak bekal umah nek ani dia esok.

Tengah karot sedang direbus, sempat jugak sidai baju wawa. Sesambil tengok dah empuk ke belum karot 2, en. Ijie kua bilik jerit bgtau yang wawa dah bangun.. Berlari ai dapatkan wawa. Sian plak tido dalam protes en.ijie terganggu. Hokey no.6 la kan unlucky of the day..

Lepas dapat tidorkan wawa, ai sambung semula proses wat puri. Dok blend plak pas dah empuk. Once again en.ijie kua bgtau wawa bangun lagi. Hokey dik non, nak kira ni no.7 ke tak payah? Kira lumpsum je la kan dalam point tido en.ijie  kene ganggu kan..

Tidoq lagi anak ai.. Dengan pantas menghabiskan blend karot yang payah plak nak hancur. Asyik tersekat je. Pas blend, nak kene tapis plak. Bagi betul2 piau halus n lembut gitu..

alhamdulillah, semua keje setel sebelum cik wawa bangun lagi. Kang tak memasal ai kene hempuk bantal dengan en.ijie anak dok ganggu dia ngah protes..

hikhikhik..

Masuk bilik tengok en.ijie tido ngan tekup muka ngan bantal. Tido merekot ala2 udang rimau gitu dengan berlatitut n longitut yang berlawanan dengan ai. So kena faham2 sendiri la makna dia ape. Bila tiada respon segala 'gosokkan' daripada ai. Hampa kejap.

Oii!! Oii. Cukup cerita sampai kat sini.

papehal pon, ai ada kat sisi u sepanjang masa. *wekk!! Muntah hijau kejap.

A kiss for little princess, and kisses 4 my king..

Good nite buddy!~

0 comments:

Post a Comment