CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 1, 2014

KISAH ANAK BERANAK 01..

Assalamualaikum. Hye reader! (hado ke?) kali ni, tajuk entry laen cket. Nak wat ala2 cerita bersambung la kengkononnye. 01 bermaksud episod 1. N insyaallah akan ada episod2 seterusnya.

This time, ai nak cerita tentang pengalaman hampir 6 bulan bergelar "mama". Pengalaman ciput je kot. Sesajer nak share.

6 bulan bergelar mama.. Hmm.. So far, syukur alhamdulillah, Wawa tak banyak meragam (kot!). Kesihatan ok..

Ape yang laen cket adalah wawa ada ekzema.. Ala2 penyakit kulit cket. Ni kes kenan mama dia la ni kot. Al maklumlah, makin dekat due nak bersalin, makin teruk ai kena sakit kulit. Macam kena campak pon ada gak. Kulit jadi merah, gatal2 n membengkak. Terutama kat kaki, perut n tangan.

Wawa tak boleh minum susu lembu! Masa awal2 kelahiran dia, try bagi susu lembu disamping susu badan. Akhirnya naik ruam2 kat pipi. Sian. Sampai pecah2 kulit dia. Bawak gi jumpa doc, DOc cakap alahan susu daripada haiwan n kene tukar ke susu yang berasaskan soya.
Kesan ruam2 kat muka dia plak doc cakap ada ekzema.. Kulit dia mudah kering, Ruam n gatal2.. Sian anak mama.. Tak boleh panas cket, mulalah menggaru sana sini. Tak selesa agaknya. 

Masa ai bekerja, Ai antar wawa kat umah pengasuh. Tapi pengasuh ai ni tak jaga wawa time hujung minggu n cuti sekolah atau atas budi bicara (cewah!). Ye la, dia pon nak bercuti jugak ye dak?

So, bila berdua aje ngan wawa, nak2  kat umah ni, macam2 pengalaman ai dapat. Kelam kabut pon ada gak. Dapat lak wawa sekarang tak leh tinggalkan dia sensorang. Nak jugak tengok muka mama dia yang cun melecun (ehh?) ni jugak ha.. Maka, segalanya perlu dibuat terutama time cuti macam ni. Antaranya:
~ mandi ala kadar. Tu pon bila wawa tidor. Time mandi la terdengar2 Suara wawa menyanyi. Bila keluar bilik air, rupanya wawa cket tak gerak dari tempat tidur dia.
 ~ tahan nak terbe*ak selagi mampu. Nak2 time dia tengah bf. Peh, Seksa zahir batin nakk.. Kalau wawa lepas je n dia terus tertidor, mencecet mama dia lari ke toilet tanpa sesiapa yang tau. (opkos ler, dh tinggal berdua kan?)
~ kalau boleh nak wawa tidor je sepanjang masa. Kalau boleh la. Masalahnye, nak ke dak wawa tu?? Nak tak nak kena la layankan je pari2 Kecik ni kan..
~ make sure tiada gangguan selama wawa tidur. Ye la, kan nak suruh wawa tidur lama. Tv tak boleh bukak kuat2, nak bersin pun, muka kene tekup dengan bantal.

 Tu la antara pengalaman ai. Next time kite cite laen plak ye. Da~









0 comments:

Post a Comment