Thursday, July 11, 2013

KILAT & MODEM BARU.,

Sejak kebelakangan ni, asyik ujan pagi jek.. Mula dari pagi isnin lagi.. Pagi selasa pon macam tu jugak.. Sedang ai sibuk-sibuk dok tepek muka dengan foundation, compact powder, tenyeh a lil bit lipstik kat molot, tiba-tiba.. Guruh yang maha kuat disertai dengan panahan petir bercahaya putih dok menghentam tanah serkam timur!

Terkejut memang terkejut! Tak semena-mena, beberapa lampu terpadam dok kesan kilat tu n suiz utama rumah dok menendang. Adam yang dalam bilik air tengah termenung durja melalak macam budak kecik. Terkejut beruk nampaknya.. Pagi tu, kecoh kejap umah..

Paling takbolehblah bile dak adik cakap petir tu dok sambar JNX ai di mana ai sedang panaskan enjen kete as usual. Gile babeng la kalau tok JNX ai kene panah petir. Ai dah terbayang JNX yg totally distroyed, xboleh pakai n terpikir pasal loan kereta yang belum setahun lagi tu.

Lagi melampau bile terlintas benda ni dalam kepala :

JNX kene petir >>> terbakar kebaboom!!! >>> kebakaran melarat kene kat umah >>> abis musnah barang majlis >>> jadi topik hangat Harian Metro! Bertajuk '2 bulan lagi-segalanya hangus dipanah petir!'! Gila ka pa!

Teruk sangat melayang wey!

Kembali ke dunia nyata-ai sambung semula dok tacap muka yang takseberapa ini dan terus ke skul. Sebelum tu, sempat jugak takot-takot nak bukak pintu JNX, buatnya ada renjatan kilat lg. Hahaha.. Sampai skul, ai bawak student ai si halim gi masjid al azim untuk pertandingan khat jawi semperna Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas peringkat Negeri Melaka. Ai pon tacap muka ai sebab ai kene jd Emcee untuk pertandingan nasyid Mtq tersebut.

Lepas hantar halim balik umah, ai terus gi ke Tm point depan politeknik merlimau untuk bayar bil yang dah tertunggak. #tutop muka jap!. Abis jugak la rm155.++ dok bayar bil. Tapi sampai2 jek umah, nana cakap telefon n tenet langsung takbolehpakai! Watde! La kan! Ai baru byar bil!

Tapi bile teringat kes pagi tadi, ai buat konklusi bhawa telepon n tenet tak boleh pakai cz kene kilat! Ptg 2 jugak ai pinjam telepon kat umah FIL nak buat aduan kerosakan..

Esoknya bersamaan 1st day puasa, orang telekom dok datang umah nak betolkan ape yang takbetol. Dipendekkan citer, modem tenet ai rosak n kene beli baru sendiri cz dah abis waranty..

Petang tu jugak la ai mintak tolong incik ijie temankan ai gi pc world cari modem internet. Sambil-sambil date sampingan, sempat jugak singgah bazar kat bndar baru. hahah.

Dipendekkan lagi cerita, hari ni - 2nd day puasa, ai dengan rasminya telah menggunakan modem internet baru dengan harapan bilik ai dapat kuasa serapan internet yang lebih laju dari b4 ths! Banyak ai dah melabur tau. Lebur rm140 buat beli n servis setup modem baru ni tau!

Ok, chiaw dulu. Mau tido, esok pg mau sahur!

#selamat bpuasa semua!
#2 month 2 go!

Wednesday, July 3, 2013

HOLIDAY TIME...

alhamdulillah, last week penuh dengan aktiviti perabiskan duit gaji yang baru keluar... sehari selepas gaji keluar dah kene pergi overthesea.. LAWATAN KE SINGAPURA & JOHOR BAHRU.. tau-tau je la if dah pergi negara jiran tu, dia punya dollar jek dah brapa if nak convert dari ringgit mesia ni kan... keje punya hal, terpaksa pergikan jugak. walaupon pada hakikatnya, tiada mood and soul untuk ke sana~

ok, disebabkan ai lupa nak transfer gambar masa lawatan hari tuh, maka ai bukak cerita baru.. sehari lepas ai balik lawatan singapore tu, cik tunang mesej ai tanya samada ai ade kelas tuisyen ujung minggu tak.. of course la if dear dah tanya macam tu, mesti ada pape plan dear kan.. cik abang tanya pada hari jumaat, ai balik singapura n JB hari khamis... lantas, jumaat malam tu jugak ai call pusat tuisyen menyatakan yang ai amik half class aje this week..

ape tidaknya, cik tunang ajak pergi CAMERON HIGHLANDS! mungkin bagi orang lain, nampak macam cikai jek cameron tu kan. tapi disebabkan ai ni belum pernah sampai tanah tinggi tu, maka sedikit excited la kan... dapat lak cik ijie jugak belum jejakkan kaki kat sana...

setelah menempuh sabtu petang yang penuh mencabar, maka bergeraklah dua insan ini dengan membawa incik JNX bersama.. disebabkan sabtu malam ade final KELANTAN VS JDT, maka destinasi pertama adalah di SHAH ALAM! tak dapat tengok kat stadium punya pasal, so tengok je la kat awey area shah alam kan... then cari tempat stay pulak semua full booked! next destination is RAWANG! nasib baik ade tempat stay!

pagi-pagi morning [morning la sangat!] terus bergerak menuju ke CAMERON HIGHLANDS melalui SIMPANG PULAI.. bergilir drive ngan incik tunangla ape lagi... first time drive JNX sejauh ni ok.. dengan hanya berpandukan papago gps, maka sampailah kami berdua di cameron dalam tengah hari! alhamdulillah!

having some great-great-great moments for a while kat sana... bila lagi nak spent time macamni ngan incik tunang kan... hehehe..

here some combine pict! dah lama sey tak update belog with some pics kan!

some fun!

both of us! (not ready yet to expose incik ijie~ wahahahhaa)
sedikit nota kaki:
  • holiday yang tidak dijangka! thanx dear~
  • cameron highlands dah tak sejuk.. berpeluh kat ladang teh ok!
  • dah tak lorat nau if nak g cameron highlands tu~
  • 1st time holiday yang macam nih~ sukerrr sangat!!
  • sempat menyoping storebi (strawberi!), teh lemon, tshirts and so on~
  • having lots of lurve with him... saya sayang awak MTMA~

Monday, June 24, 2013

WALAUPUN..

tak kesah apa pun yang awak buat, saya harap awak tau yang SAYA BAHAGIA pabila bersama awak..

walaupun kadang kala (yeke?) perangai awak, tingkahlaku awak, tindakan awak, fikiran awak tak seperti yang saya harapkan..

saya terima KELEBIHAN DAN KEKURANGAN dalam diri awak dengan hati yang terbuka dan redha. saya harapkan awak juga begitu TERIMA SEADANYA.

NOBODY PERFECT! tapi jikalau kita dapat give and take, bertolak ansur, saling memahami, kita akan lengkap melengkapi..

saya SAYANG awak sangat-sangat!!

Sunday, June 23, 2013

KECIKNYA LAHAI!

Maafkan saya..

Saya betul-betul kecil hati dengan awak.. Awak, siapa saya sebenarnya untuk awak?? saya cuma ada awak jek...

awak tak benarkan saya rapat dengan mana2 lelaki. walaupon dengan teman sekerja.. bff saya pun awak tak berkenan.. lagikan pulak ex-boyfriend yang awak ban dan bagi amaran awal untuk saya tidak hubungi dia lagi even sebagai kawan..

ya, saya buat semua untuk awak. Demi awak. Tapi awak?? kenapa semua boleh?? saya bukan mahu pertikaikan apa yang awak buat, tapi wak, saya pon ada perasaan jugak.. saya biarkan aje awak buat apa dengan kawan2 awak. kengkadang saya rasa dah macam  DAYUS je coz biarkan awak buat benda tu semua..

Dengan orang laen awak boleh ber-yunk, boleh ber-mama, bermesra secara public, tapi bila dengan saya yang pada haknya adalah hak saya awak ketepikan.,

keciknya lahai hati saya wak.. dengan orang laen jikalau orang tersebut tak balas mesej, tak angkat kol, tak seperti 'biasa' yang korang lakukan, awak akan moody! bukan dengan orang tu tapi dengan SAYA! lebih teruk lagi saya dipersalahkan disebabkan hal tersebut! APA NI WAK??

tapi bila dengan saya, keciknya lahai hati saya ni.. bila saya cerita, luahkan perasaan saya, apa yang awak buat? awak buat taktahu! tak reply mesej, tak angkat kol n buat2 tak KESAH!

awak, saya pun nakkan perhatian awak, sikit masa awak untuk saya, kepedulian awak terhadap saya.. tolong la Respon!!

KECIKNYA LAHAI hati saya dengan awak. tapi disebabkan SAYANG, saya tutup, buang, tanam, campak semua perasaan negatif terhadap awak jauh2..

DENGARLAH, JERITAN BATINKU~

Saturday, June 22, 2013

SEJUJURNYA..

di sini ai nak buat satu pengakuan berani mati! disebabkan ai macam dah tak berapa kuat lagi nak tahan.. lantak lah.. ai bile dah sayang memang sampai mati ai akan sayang. tapi bile sebaliknya, kira vice versa lah kan, ai akan BENCI sampai mati melainkan ai betul-betul maafkan dia. tapi hengat ye FORGIVE BUT NOT FORGET!

kejam?? yup! memang kejam! ada ai kesah!!

di sini ai nak buat pengakuan bahawa:

AKU BENCI DENGAN KAU PEREMPUAN!!! DALAM HATI AKU SEBOLEH-BOLEH TAKNAK BENCI KAU, TAPI AKU DAH TAKBOLEH TAHAN DENGAN PERANGAI POMPUAN KAU TU POMPUAN!! TAPI DISEBABKAN PERANGAI KAU YANG TAK BRAPA NAK CERDIK TU BUATKAN AKU BENCI, BENCI, BENCI, BENCI SANGAT DENGAN KAU! AKU TAK TAU KAU NI POMPUAN JENIS APE YANG SANGGUP BUAT ORANG LAIN MACAM NI! RASANYA AKU TAK PAYAH NAK AJAR KAU LAGI DAH SEBAB KAU SENDIRI DAH TERLEBIH AJAR DAN AKU MALU DENGAN KERJAYA KAU SEBAGAI PENDIDIK YANG TAK BERAPA NAK TERDIDIK PERANGAI! JANGAN SATU HARI NANTI KAU KAU AKAN RASA APA YANG AKU RASA NI. SERIOUSLY, AKU BENCI DENGAN KAU WAHAI PEREMPUAN YANG TAK FAHAM BAHASA!! KAU MEMANG PEREMPUAN DRAMA QUEEN!!

ya, ai dah lekat kuat2 dalam diri ai yang ai benci sangat dengan perems tersebut!!

#ada sape2 yang dengar jeritan batinku ini?? need shoulder to lean~

RINDU..

rindunya nak berblogging.. walaupon sebenarnya banyak benda nk dikarang dalam ni. tapi kekangan masa..

rindunya nak meluahkan perasaan.. walaupon ai meluahkannya di sini, ai taktau ada orang yang mendengar atau tidak..

rindunya.. rindu sangat-sangat..