Thursday, July 11, 2013

KILAT & MODEM BARU.,

Sejak kebelakangan ni, asyik ujan pagi jek.. Mula dari pagi isnin lagi.. Pagi selasa pon macam tu jugak.. Sedang ai sibuk-sibuk dok tepek muka dengan foundation, compact powder, tenyeh a lil bit lipstik kat molot, tiba-tiba.. Guruh yang maha kuat disertai dengan panahan petir bercahaya putih dok menghentam tanah serkam timur!

Terkejut memang terkejut! Tak semena-mena, beberapa lampu terpadam dok kesan kilat tu n suiz utama rumah dok menendang. Adam yang dalam bilik air tengah termenung durja melalak macam budak kecik. Terkejut beruk nampaknya.. Pagi tu, kecoh kejap umah..

Paling takbolehblah bile dak adik cakap petir tu dok sambar JNX ai di mana ai sedang panaskan enjen kete as usual. Gile babeng la kalau tok JNX ai kene panah petir. Ai dah terbayang JNX yg totally distroyed, xboleh pakai n terpikir pasal loan kereta yang belum setahun lagi tu.

Lagi melampau bile terlintas benda ni dalam kepala :

JNX kene petir >>> terbakar kebaboom!!! >>> kebakaran melarat kene kat umah >>> abis musnah barang majlis >>> jadi topik hangat Harian Metro! Bertajuk '2 bulan lagi-segalanya hangus dipanah petir!'! Gila ka pa!

Teruk sangat melayang wey!

Kembali ke dunia nyata-ai sambung semula dok tacap muka yang takseberapa ini dan terus ke skul. Sebelum tu, sempat jugak takot-takot nak bukak pintu JNX, buatnya ada renjatan kilat lg. Hahaha.. Sampai skul, ai bawak student ai si halim gi masjid al azim untuk pertandingan khat jawi semperna Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas peringkat Negeri Melaka. Ai pon tacap muka ai sebab ai kene jd Emcee untuk pertandingan nasyid Mtq tersebut.

Lepas hantar halim balik umah, ai terus gi ke Tm point depan politeknik merlimau untuk bayar bil yang dah tertunggak. #tutop muka jap!. Abis jugak la rm155.++ dok bayar bil. Tapi sampai2 jek umah, nana cakap telefon n tenet langsung takbolehpakai! Watde! La kan! Ai baru byar bil!

Tapi bile teringat kes pagi tadi, ai buat konklusi bhawa telepon n tenet tak boleh pakai cz kene kilat! Ptg 2 jugak ai pinjam telepon kat umah FIL nak buat aduan kerosakan..

Esoknya bersamaan 1st day puasa, orang telekom dok datang umah nak betolkan ape yang takbetol. Dipendekkan citer, modem tenet ai rosak n kene beli baru sendiri cz dah abis waranty..

Petang tu jugak la ai mintak tolong incik ijie temankan ai gi pc world cari modem internet. Sambil-sambil date sampingan, sempat jugak singgah bazar kat bndar baru. hahah.

Dipendekkan lagi cerita, hari ni - 2nd day puasa, ai dengan rasminya telah menggunakan modem internet baru dengan harapan bilik ai dapat kuasa serapan internet yang lebih laju dari b4 ths! Banyak ai dah melabur tau. Lebur rm140 buat beli n servis setup modem baru ni tau!

Ok, chiaw dulu. Mau tido, esok pg mau sahur!

#selamat bpuasa semua!
#2 month 2 go!

No comments:

Post a Comment