Tajuk entri yang bakal mengundang kontrobersi! YEAH! Tahniah wahai Adie oii..
Ini ruangan ai, maka ai berhak nak tulis apa dalam dunia oren ai ni kan.. Who cares!
Bercakap mengenai tajuk entri, mestilah yang ada kene mengena kan.. Bercakap lagi mengenai KAWAN, macam-macam boleh berlaku sekiranya salah pilih kawan.. Ai tak cakap yang ai ni pandai sangat pilih kawan, ai pon ada pengalaman berlawan dengan kawan nih.. Maha dahsat plak tuh.. Walaupon "kawan" yang kita anggap kawan ini tak semestinya nak "berkawan" dengan kita. Mungkin mereka hanya "berlakon" semata-mata mahukan "sesuatu" yang bakal mendatangkan manfaat bagi mereka kan..
Bak kata pepatah RAMBUT SAMA HITAM, TAPI HATI LAIN-LAIN.. Sedangkan LAIN PADANG, LAIN PULAK spesis BELALANGNYA.. Nak dibandingkan pulak dengan hal manusia???
Usah verangans sangatlah nak dapatkan kawan, teman, sahabat yang sekepala, sehati dan sejiwa ni kan.. Tapi tak bermaksud individu berkenaan tidak wujud di alam fana ni, mungkin sangat rare! Kalau jumpa yang sepadan dengan diri kita, alhamdulillah.. Semoga berkekalanlah hubungan persahabatan tersebut yek..
Bercerita mengenai LAWAN pula, tak semestiya lawan kita hanya di medan pertandingan, perlawanan mahupun di medan perang.. Paling hampir dengan kita adalah berlawan dengan diri sendiri.. Berlawan dengan keperluan dan kehendak.. Salah langkah dalam menentukan percaturan hidup, alamatnya rosaklah hidup kita.. (mohon dijauhkan! Amiin)
Berbalik kepada tajuk entri, mestilah berkaitan.. Apa yang ai nak kaitkan adalah KAWAN VS LAWAN... Ya! ai pernah tertipu dengab permainan seseorang yang ai anggap kawan.. Pasti semua pernah mengalami situasi macam ni kan.. Nobody perfect.. Tu jek la alasan yang boleh menyedapkan ati sendiri. Right~
Memang sakit hati bile kawan tikam kawan.. Kawan yang kita percaya tergamak perlakukan kita macam tuh. Bile difikirkan semula, mulalah nak cari kesalahan orang lain daripada lihat kekurangan dari diri sendiri..
Lawan tak semestinya dari orang yang kita kenal. Tiba-tiba jek ada orang yang cemburu iri hati dengan apa yang kita ada. Kita memang susah nak puaskan ati semua orang sedangkan ati sendiri terpaksa makan ati!
Ai kalau ikutkan jenis yang susah nak berkawan. Bila dah kawan, seriusly ai akan fix jek dengan that kawan.. Ai plak jenis bukan survival. Walaupon mulut berat, muka sombong tapi bile bab ngan kawan, ai akan pentingkan kawan daripada diri sendiri. Thats me!
BFF - ya, ai pon ada bff! Since sekolah, ai memang rapat sangat-sangat dengan bff ai sampaikan ada yang menggelar kami as LESBIAN! Quit bodoh kan! Just because kami kemana-mana sentiasa berdua sejak form1 until form 5, berjalan kadang-kadang pegang tangan, wat keje gile bersama, kami dapat panggilan tersebut..
Tapi ada hal yang buatkan kami tak sehaluan.. Hubungan BFF yang terjalin semakin lama semakin renggang.. Form 5 dah kurang bersama.. Tapi deep in my heart, ai masih sayangkan dia, and masih anggap dia as my BFF.. Buat K.N.M.A @ K-run, aku masih rindukan saat kita sekolah dulu. FYI disebabkan dear, ai dapat nama ADIE yang sehingga sekarang ai masih gunakan.. Thanx dear!
Di-shortcut-kan, zaman ukm, ai ada bff berlainan jantina.. M.F.A.M @ debot.. Kemana saja mesti berdua or beramai-ramai.. Dah macam belangkas bak kate Mama Manis; our lecturer..
Mana taknye, selamber ai bertenggek belakang moto dia untuk ke kelas or melahar! Time praktikum lagi tak boleh blah! Sampai kene sabotaj dengan mama manis takmo letak kitorang dalam 1 sekolah yang sama. Tapi, disebabkan niat dah salah, akhirnya dapat jugak 1 skolah yang sama! Sentap mama! Sekarang, bila masing-masing sudah bekerjaya, semakin renggang. Jauh dari 1 sama lain - ai di melaka, dia di gemas, tanggungjawab dan alasan lain buatkan jarang bertemu..
Terkeluar bab BFF berlainan jantina.. Ape yang korang anggap dengan bff berlainan jantina?? Kalau ai, its ok selagi kekalkan niat asal - persahabatan itu.. Ye tak?! Ai taknak komen panjang-panjang coz nanti salah anggap n ai kene BAN plak ~
STATUS - kadang-kadang, disebabkan status (berkaitan dengan status single, couple, enggage, married - tidak mengaitkan dengan keberadaan ye) hubungan persahabatan terjejas! Sekali lagi ai pernah mengalaminya! Kami semakin renggang bila ai cerita yang ai dah couple ngan someone.. Tak memasal dia plak larikan diri dari ai kan, tapi mungkin dia ada alasan dia sendiri. Kot..
Ya, bila kita bertukar status, segala-galanya akan berubah.. Tapi kita kena pandai-pandailah jaga semua benda.. Jangan campur adukkan hal melibatkan "status" dengan hal "bff"..
Lagi satu, kalau dah atas dasar berkawan, bersahabat, ber-bff, jangan la nak melebihi tahap berkenaan. Sekiranya masing-masing single, its not a problemo! Tapi bila salah seorang memegang status yang berbeza dari yang sorang lagi, itu nama dia CARI NAHAS! dua-dua makhluk tu cari nahas kan..
Ai taknak ulas dengan lebih panjang lebar pasal hal ni.. Ape yang ai boleh ai cakap, ada batas-batas yang perlu dijaga dalam setiap perhubungan.. Tak kiralah dalam bersahabat mahupun dalam hubungan dengan si buah hati..
#Masih ada masa untuk membetulkan ape yang sepatutnya berlaku. Dan saya masih menunggu hari tersebut~ Doakan semua berjalan dengan lancar ye kawan-kawan..
No comments:
Post a Comment