AWAS! Entri agak panjang dan beremosi bakal anda baca..
.
.
.
.
Hari sabtu lepas, ai ada ke majlis persandingan kawan seform six ai.. Ai ekceli berkira-kira jugak nak gi umah dia ni. Tapi bila difikirkan balik and dithrowback, dia n kembar dia ada datang majlis ai dulu..
Bukan tak nak pegi, tapi dengan a few reasons which is:
- kampung PT!!! (short form nama kampung tersebut). Kenapa pulak dengan kampung PT?(sila check next point~)
- kampung ex- ai!!
- mesti terjumpa family mertua tak jadi nanti coz setahu ai memang "makcik" adalah kendarat kampung. And, kampung tu bukanlah sebesar kampung baru KL tu ha. Cenonet je kampung dia..
- susah nak park kereta coz kat kampung tersebut, jalan ada 1 lorong aje.
Lepas ditimbang tara kilo dan kati dan setelah mendapat persetujuan dan keizinan daripada my encik ijie, ai pun bertekad nak gi majlis kawan ai tu bertemankan mak ai dan cik wawa tecit tu. Ai ajak adik ai, dia takmo plak..
Sampai di kampung yang dituju, mencari parking yang agak mencabar cket, menapak beberapa puluh langkah menuju ke umah pengantin..
Mata perlu dibuka seluasnya untuk memandang setiap ruang dan peluang akan agenda yang tidak diingini berlaku..
Sampai dihalaman rumah pengantin, kami 3beranak terus menonong masuk ke rumah pengantin. Ai jumpa pengantin sekejap, bagi apa yang patut then terus ke bawah khemah untuk mengambil lauk.
Masa nak cari seat, kene cari port yang strategik. Bukan ape, cik wawa tak boleh dengar sound dj yang over kuat. Nanti cik wawa terkejut-terkejut and tak boleh duduk diam disebabkan pencemaran bunyi tersebut. Then jumpa la seat yg agak okey. Tapi khemah takde kipas plak. Kipas ada tapi tak on, malah lampu mentol plak menyala di siang hari! Ah, lantak lah. Nak makan je kot..
Baru je nak menarik kerusi untuk duduk, ai terpandang 1wajah.. "Makcik" merangkap mak mertua tak jadi!!! (jengjengjeng!!!!~~~~)
Takkan nak menyombong diri lak kan, ai salam dia tanya khabar and kenalkan mak and anak ai...
Ada nampak perubahan pada wajah dia.. Ai tak boleh nak tafsirkan. Wajah penyesalankah? Marahkah? Sedihkah? Gembirakah? Seriusly, ai tak dapat tafsir..
Dia mintak dukung cik wawa. Mungkin dia tengok ai dengan mak ai nak makan and susah nak pegang cik wawa.. Sempat dia tanya 'mana laki ko?'. Incik ijie tak dapat datang coz dia keje hari sabtu..
Makcik terus bawak cik wawa ke khemah lagi 1. Ai tengok ada adik ex- kat situ. Sempat pulak makcik amik gambar dengan cik wawa. Motif? Ai tak tau. Sila jangan tanya. Then, dia jumpa orang2 kampung lain, ada cite2 cket. Ai tak tau ape yang makcik cakap pasal anak ai dan mungkin pasal ai jugak! Dengan pakcik (ayah ex-) pun dia ada tunjukkan si wawa. Ai tengok tu semua dari jauh... Sambil makan.
Wawa dah stat merengek dan gelisah pada tangan makcik. Panas mungkin. Sepanas cerita lama kami..
Bila tengok ai seakan selesai makan yang tak berapa dengan tekak ai disebabkan risau agenda akan datang, makcik serahkan wawa pada ai. Dia tarik kerusi sebelah ai and duduk. Seperti mahu berborak..
Bual-Bual kosong, tetiba makcik bukak cite lama. Ai hagak dah!!
"korang dulu putus kenapa?,"..
"Makcik, panjang cerita dia. Lagipun cerita lama.."
"yela, kau pun dah ada hidup sendiri.."
"nak buat macam mana lagi, dah takde jodoh.."
"makcik dengar kau yang tak setia..(sambil gelak palsu!)" (ai perasan perubahan wajah dia)
Bila makcik bukak cerita pasal kesetiaan ni ai hangen jugak. Nak aje ai cerita dari a-z..
"makcik, ni cerita lama la.. Benda dah jadi.."
"ye, makcik faham.. Dia ramai kawan-kawan, kau pun ramai kawan-kawan, mesti ada yang jeles.."
"betul tu makcik.. Dah la makcik, tu semua cerita lama.."
mak plak menyampuk..
"dak P bile lagi?
"entah la.. Bunyik-Bunyik pon takde. Senyap je.. Ni semua sebab kau lah!!" (tegas and menekan je bunyi dia sambil tepuk bahu ai!)
agenda ketawa tersirat berlaku di antara makcik and mak ai. Ai? Hanya mampu MENYENTAP!!
"takde lah nadiah.. Makcik gurau2 je.."
ai nampak makcik kesat air mata sambil ketawa buat-buat..
Ai faham apa yang cuba disampaikan. Ada bau2 menyalahkan ai kat situ. Ai tak tau ape mimik muka ai that time tapi memang ai sangat menyentap..
Makcik, makcik mungkin dengar cerita dari 1 pihak aje..
hasil dari sumber stalker ai, ape yang ai tau, ex ada jugak awek2 lepas clash dengan ai ape.. Yang latest ai stalk awek ex macam bukan calang2 orangnya. And ada cite2 bakal bertunang lagi tu. Watde la kan.. Oh ye, ai stalk bukan ape, just nak tau cerita kengkawan lama ai aje and no else. Fullstop. Cuma secara sulit n bukan terang terangan..
tu yang makcik cakap takde "bunyi2" dan cuba salahkan ai disebabkan ex tak ada "bunyi2?" its not fair la makcik!
lepas borak2 kosong, ai ajak mak ai segera angkat bontot! Lagi lama ai kat situ, macam2 boleh jadi. And ai taknak dapat dosa kering. Cukup ai masih ada rasa hormat kat makcik. Tak pernah berubah rasa tu kat makcik walaupun ai dengan ex tak macam dulu..
sebelum balik, ai salam n cium dia..
"makcik, dah2 la ek. Tu semua cerita lama.. Kitorang takde jodoh.."
"ye, makcik tau. Cerita lama.. So, kosong2 la yek.."
ai tau, hati makcik cakap tak seperti dimulut..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
ai tak tau apa nak ngomen pasal kejadian tersebut. Pada ai, cerita lama kami sudah lama tertanam.. Hanya tinggal kenangan. Dah tak payah nak pening kepala cerita pasal 3,4 tahun lepas..
sekarang masing2 ada life sendiri. Ai dengan keluarga ai. Dia dengan karier yang dia idam2kan sejak dari dulu, so ape lagi mau??
bukan dulu kami tak cuba perbaiki hubungan kami, siap ada "expired date" lagi, tapi kalau dah tertulis yang kami bukan untuk satu sama lain, apa lagi yang mampu kami lakukan??
its about qada' dan qadar.. Apa yang selalu ai sebut 'Past is past. Life must go on..'
saya sayang keluarga kecil saya dan akan sayang dan sentiasa sayang mereka.. Terimalah hakikat walau hakikat itu pahit..
dan pada masa ini, masih teringat kata2 makcik sepanjang pertemuan singkat kami..
*entri ini ditaip pada hari sabtu, 22 nov 2014, 1124pm. Entri dipublish lewat disebabkan kekangan sambungan jalur lebar~
No comments:
Post a Comment