Adeh... ade internet kat rumah pon, blog masih jugak terabai.. how come! sangat-sangat sibuk sekarang.. banyak perkara yang berlaku dalam bulan mei ni.. nak citer satu persatu memang takkan abis and ai pon takde masa nak stori-mori ni lah... ape yang ai leh wat adelah ngan cara nota kaki... take a look ok~
dalam bulan mei ni, ai:-
- menyambut hari guru iaitu pada 16 mei 2012.. kali ke 3 ai sambut sebagai seorang guru.. 1st masa tahun 2008 atau 2009 di SMK Seri Mahkota, Melaka.. masa tu ai wat praktikum / ROS. masa tu lom lagi digelar cikgu coz tanggungjawab mengajar lom dapat.. kali ke-2 masa ai wat praktikum di SMK. Padang Temu, Melaka pada tahun 2010.. this time ngah wat latihan mengajar.. dan kali ke-3 yang disambut baru-baru ni di SMK. Jasin, Melaka sebagai guru interim. walaupon belum tetap sebagai guru tetap, namun, tanggungjawab mengajar memang 100% dibahu ai ok..
- pada 11 mei, result posting ai keluar... alhamdulillah, dapat tau ai akan berkhidmat di negeri melaka.. cuma blom tau lagi sekolah mana.. dalam hati semoga dapat stay di smj sebab ai dah leh get throuh ngan budak-budak kat sana... tapi, result dapat sekolah mana hanya diketahui pada 22mei - taklimat orientasi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) DG 41 nanti...
- disebabkan pada 22mei ai ada taklimat orientasi, maka 1 hari sebelum taklimat merupakan hari terakhir ai berada di SMJ... sempat bagi sourvenir untuk anak murid, cikgu-cikgu and akak2 ppm kat sana.. tapi, gambar-gambar tidak sempat dikutip pada hari tersebut.. MEMORI BERSAMA SMJ TETAP DALAM INGATAN SAYA~
- pada 22 mei hari taklimat orientasi yang penuh debaran.. hari ni akan dapat surat di mana sekolah yang bakal ai berkhidmat... lebih lama dari pengalaman sebelum ni dari pra-praktikum, praktikum atau interim... segalanya akan di jawab oleh gambar-gambar berikut~
- alhamdulillah, 23 mei, ai selamat melaporkan diri untuk bertugas di smk sungai rambai.. seramai 7 orang guru baru ditempatkan di sekolah ni termasuk 3 orang guru yang pernah berkhidmat sebagai guru interim di sini. (kalau tak silap ai la~).
- sekarang ni, ai masih dalam proses mengadaptasi persekitaran yang baharu... masih teringat memori di SMJ... sangat rindukan mereka-mereka di sana... mungkin ada hikmah yang tersirat buat ai di sini.. jangan lupakan saya yek warga SMJ~
No comments:
Post a Comment