Friday, June 1, 2012

MEMOIR PPKI SMJ : HARI GURU PART I...

Banner Hari Guru SMJ yang digantung di dewan sekolah ~

Ok, seperti yang sedia maklum, hari guru jatuh pada 16 mei 2012 bersamaan hari rabu. hari ni jugak SMK Jasin menyambut hari guru peringkat sekolah... teringat masa ai sambut hari guru di SMK Padang Temu, hari guru kene ikut tema warna iaitu ungu.. tapi berlainan di smj. takde tema.. ai siap pakai baju tshirt ngan trek lagi... kenapa??? nanti ai ceritakan.. huhuhu

wajah-wajah warga PPKI di hari guru~
pagi di hari guru - pertandingan bola sepak antara guru-guru lelaki SMK Jasin VS SMK (A) Tun perak.. kenapa tetiba ada SMK (A) Tun Perak pulak tersesat kat sini??? sebab sekolah kami adalah berjiran.. maka, dihari guru diadakan perlawanan persahabatan antara guru lekaki kedua-dua sekolah yang berjiranan ini...

team guru lelaki gagah perkasa SMJ~
sementara guru lelaki berperang di padang sekolah SMKTP, kami guru-guru wanita (cewah!) berperang di dewan sekolah untuk perlawanan badminton. tapi perlawanan badminton ni antara kami-kami jek.. takde pulak antara smj ngan smktp...

ai and monie~ wakil untuk guru-guru pendidikan khas~
untuk memendekkan masa ai menaip kat belog ni, keputusan perlawanan bola sepak dimenangi oleh SMJ.. tapi result  dia ai tak berapa nk sure berapa.. ada yang cakap 6-1 la, 4-1 la... ni semua anak murid ai yang bagi tau.. so, tak tau yang mana satu official punya result... untuk permainan badminton pulak, team ai and monie, berjaya DIKALAHKAN oleh team cikgu roslina and tan boon moi... rupa-rupanya, team yang ai lawan tu adalah team juara bertahan selama bertahun-tahun and berturut-turut ye.. and this year pon diorang menang jugak... yang membuatkan ai kalah bukan apa, just main 1 game jek.. baru nak warm-up, dah abis dah,... sabo jek la... 

tapi hari jumaat sebelum hari guru, telah diadakan perlawanan bowling antara guru-guru smj.. ni yang aku suka ni... hehehe... di bawah ni adalah result bagi team ai... team 2.

3 game.. apa macam???
selepas tamat perlawanan bola sepak dan badminton, semua guru smj diarak untuk ke dewan bagi majlis rasmi sambutan hari guru peringkat sekolah...

pertunjukkan silat sebelum masuk ke dalam dewan~

n____________n
jeng... jeng... jeng...
sambutan hari guru dimeriahkan dengan acara nyanyian, persembahan pelajar, pertandingan karaoke antara guru, treasure hunt dan acara makan-makan... hahahahaha

sebelum ai lupa, gambar di atas yang ber-caption jeng.. jeng.. jeng tu adalah masa ai mengambil hadiah bagi acara yang ai boloti - JOHAN BOWLING GURU WANITA dan NAIB JOHAN BOLING (KUMPULAN)... yang lain non-ada menang...kih3~

apa-apa pun, hari guru ni ai dapat..............................................................

ai ada nih.. korang ada?????
walaupon tak sebanyak mana, tapi ai syukur... (humble la konon-kononnye~) nak wat list sket la sal ape yang ai dapat di hari guru~
  1. goodie bag - towel biru anda tupperware brand tupperware yang kaler oren tuh.. (ai tak tukar ngan orang lain untuk dapat tupperware kaler oren ok... rezeki ai memang dapat kaler oren! ai suke!)
  2. tupperware brand ape tah dari hamper menang johan grup boling...
  3. mini cup dari my student - amylia and atikah! thanks uolls~
  4. last but not least - 2 piala bowling - 1 untuk menang grup, 1 lagi untuk individu bowing~
mengulas untuk kemenangan besar dalam sukan bowling - sebelum ni ai menang bowling pendidikan khas, teringat ayah ai cakap kat ai..
"masa kau sekolah dulu,takde plak kau nk aktif sukan, ni dah keje baru nak sibuk-sibuk masuk sukan... siap bawak balik piala la, medal la bagai... macam tak caye jek kau menang ni semua..."

ape yang ai smash ayah ai semula...
"apa leh wat... dulu malas sukan.. sekarang baru nak berjinak-jinak... tak sangka plak leh menang macam nih..." kih3

eh..eh.. macam terpanjang pulak entri kali ni... opsss... korang perasan tak kenapa ai entri hari guru ni ada part I???? sebab akan ada part II pulak ler... sambutan hari guru PPKI... tunggu ya~

p/s: SELAMAT HARI GURU SEMUA~

No comments:

Post a Comment