Friday, July 12, 2013

BARA-BARA, BIRI-BIRI.,

Mulai minggu ni, terpaksa guna time table lama cz kekurangan guru. Suhaida yang interim kat SMKSR dapat posting ke skolah lain. Tu yang menyebabkan terpaksa tukar semula ke jadual awal tahun sebelum kehadiran dak su dulu..

Bila kene ajar ikut jadual lama, ai dah stat keruk kepala! Adus, kembali ngajar pendidikan seni! Watder la kan! Almaklumlah, cikgu adie ni, tangan keras tak bedung masa kecik-kecik dulu kots! Ahai!

Kelas pend.seni plak budak-budak dia tahap yang ok lak tu. Kalau klas kedua or ketiga dari blakang, ai tak kesah sangat. buat yg cokia-cokia punya pend.seni pon ok dah. Tapi ni klas 1st eventho aliran pendidikan khas! Tercabar cikgu adie ni tau!!

Ai kene ajar 1 je klas pend.seni iaitu klas Putrajaya. Dah nama pon klas putrajaya, maka budak-budak dia yang 'pandai' sket dari yang selebihnya. Seminggu 2x ai kene masuk klas pen.seni diorang. That means 2 projek seni kene wat dalam seminggu! Boleh botak kepala ai nak pikir dok!

Klas pend.seni hari rabu hari tu ai 'selamat' sket cz cuti awal ramadhan. Then hari ni punya memang takdapek den nak nolong ey! Kene hadap jugak. Nasib bek ai dah prepare nak ajar ape.

Hari ni cikgu adie ajar buat BARA-BARA, BIRI-BIRI ye anak-anak!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
> kertas lukisan
> bebola kapas
> gam
> pensel, pemadam, marker pen
> warna

#dah macam resepi nak masak berbuka plak~

Memula, anak-anak kenelah lukis dulu bebiri anak-anak kat kertas lukisan. Pastu, tepekkan bebola kapas dibahagian badan n atas kepala bara-bara anda tu. Kendian, hias ngan wat line pada bebiri-bebara tadi. Asalkan nampak beza mana badan dah la..

SIAP!!

Done 1st klas. Belum abis waktu lagi, student dah tanya "cikgu, minggu depan kita nak buat ape pulak??" #adeh!!

Share cket hasil seni diorang~

No comments:

Post a Comment