Friday, July 12, 2013

SERI???

Hari ni hari jumaat bersamaan ramadhan 3~

Disebabkan tiada mata pelajaran pjk yang ai kene ajar, maka kena la pakai baju kurung pergi skolah rite? Baju kurung dah siap digosok pada hari ahad seblum ni ai sarung aje la..

Tup-tup, tudung lak tak digosoknye. Tah apesal ai tergerak ati mau lilit belit shawl kuno yang ada dalam gobok ai tu. Main capai je la kan.. Dah la terlajak tido after sahur pagi tadi. 6.30am baru tersedar. Padahal asyik snooze alarm jek. Mana nak ada masa dok tenyeh iron kat tudung kan.

Lilit punya belit.. Eh, okey plak jadi kan.. Mula-mula pakai spect, tapi bila pakai shawl mana nak kene ngan shawl kan, so ai insert la mata palsu dalam mata kan.

Tak tacap lebih-lebih cz nak nampak natural konon-kononya. Just pakai compact, eyeliner n lipstick. Done!

Sampai-sampai skul, ada bacaan yasin n tahlil. Yasin as usual la kan, tp sepanjang bulan puasa akan diadakan tahlil.. Abis majlis, ada la jumpa sorang student aliran perdana. Fatin kalau tak silap ai nama dia.. Dia dok tegur ai~

"cantik cikgu hari ni.. Seri pengantin dah naik".. Aiseh, tetiba nak blushing plak.. "eh, memandai jek awak ni kan.. " sambil gelak ala-ala sopan konon-konon ey! #muntahdarah!

Wahahaha. Apa-apa pon, just be myself!

Nak tengok gupe ai hari ni?? Taraaa!

No comments:

Post a Comment