Tuesday, January 11, 2011

WHAT THE... JERAWAT!!!

~ macam ni la muka aku agaknye :( ~
image: google

adeh2.. sejak dua menjak ni, aku pon tak tau macam ne benda ni ley jadik kat aku.. selalunye jerawat akan bermaharaja lela di muka bumi muka aku ni bile time-time 'bulan mengambang' jek.. tapi sekarang, macam dah rancak plak proses tumbesaran dia.. menjadik-jadik lak.. hamboi! hidup subur kau ye kat muka aku!!!

selalunye sebijik dua je kau bertapak kat muka aku ni pada setiap bulan. tu pon kalau bernasib baik jerawat tu dapat bernafas kat muka aku ni la.. tapi, sejak kebelakangan ni, naik dua tiga bijik, then nak ilang sebik pon susah.. pas tu ade plak yang bakal membesau.. ade-adeh.. sabau je la aku..

kalau ikot keturunan, mak aku muka ok jek.. susah nak dapat jerawat.. macam tu jugak adik bradik aku yang seramai 7 orang tu.. 6 daripadanye sudah melepasi dan sedang di laluan remaja.. [aku kat garisan mane?? remaja?? wanita?? erkk..] 

kat sini aku selitkan juga sikit FAKTA dan MITOS mengenai JERAWAT:


Apakah Jerawat?
Jerawat adalah perkara biasa terjadi tak kira bangsa mahupun jantina.  ia merupakan keadaan kulit bengkak yg biasa terjadi pada muka, dada dan belakang badan. Di antara 80% - 90 % individu diperingkat remaja mempunyai jerawat dan lebih kurang 30% remaja terus mempunyai masalah jerawat sehingga dewasa.


Punca Jerawat
Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif karana penghasilan dan perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormon dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat.

Hormon yang dimaksudkan adalah hormon testosteron. Hormon ini akan ditukarkan kepada ‘dihidrotestosteron' di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik. Individu yang sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum secara berlebihan. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi sejenis kuman, propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang menyebabkan keradangan.

MITOS TENTANG JERAWAT:

Mitos 1: Jerawat terjadi kerana kurang penjagaan kebersihan

Sekiranya anda mempercayai kenyataan ini, pastinya anda akan menyental kulit wajah anda dengan kuat ketika membersihkanya. Tahukah anda, tindakan anda akan makin memburukkan keadaan? Jerawat tidak berpunca dari kekotoran atau minyak pada permukaan kulit. 
Anda tidak seharusnya menggosok kulit muka anda dengan kuat, kerana ini akan mengakibatkan keradangan pada kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Cara terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah dengan membersihkan wajah dengan gosokan lembut sebanyak 2 kali sehari. jika perlu, gunakan ubat rawatan jerawat yang sesuai dengan kulit muka anda. 

Mitos 2: Jerawat kerana makanan.
Kajian saintifik telah membuktikan pertumbuhan jerawat langsung tidak berkaitan dengan pengaruh makanan. makanan seperti kacang, coklat, atau makanan berminyak yang lain tidak menyebabkan jerawat. bagi yang terlalu percaya dengan mitos ini, mereka telah menyekat selera makanan mereka kerana perkara ini. Sekiranya masalah jerawat dirawat dengan betul, pengambilan apa saja jenis makanan tidak akan mempengaruhi pertumbuhan jerawat.
 

Mitos 3: Tekanan hasil jerawat
Tekanan yang dialami bukan faktor yang menyebabkan jerawat. Tekanan teruk yang dirawat dengan pengambilan ubat boleh merangsang pertumbuhan jerawat. jerawat mungkin tumbuh kerana kesan sampingan ubat tersebut. sekiranya wajah anda ditumbuhi jerawat selepas mengambil sebarang pil atau ubat, ada bauknya anda merujuk masalah ini kepada pakar.
 

Mitos 4: Makan Coklat, Tumbuh Jerawat!
Sama sekali tidak benar. sebeuah penyelidikan oleh sekolan perubatan Universiti Missouri menunjukkan amalan memakan coklat tidak mempengaruhi pertumbuhan jerawat.
 


Mitos 5: Alkohol mengeringkan jerawat.
Alkohol kadangkala berkesan mengurangkan jangkitan kedua dari luka yang terbuka. Walaubagaimanapun, ia boleh membuatkan kulit anda kering, menjana lebih banyak sel-sel kulit kering, dan seterusnya menghasilkan lebih banyak liang-liang roma tersumbat. Ini akan mengakibatkan lebih banyak jerawat jika alkohol ini di sapu pada permukaan kulit.

SUMBER: apejer.

hoho.. quite an intresting facts and myths rite????

sedikit nota kaki:
  • tak risau makan coklat!!! [dark chocolate, i love you!!!]
  • actually, jerawat aku xde la penuh satu muka kot.. cuma lagi banyak dari biasa [mengeluh jap!]
  • sebab aku tukar bedak compact dari yang kaler 'kuning' ke kaler 'dark pink' tu kot...
  • bak kater debot pon, jerawat kebahagiaan kot... hahaha
  • hepi-hepi sudey~
:: TAK MAU CITER SAL JERAWAT LAGI BOLEH TAK?? ::

3 comments:

  1. hebat yer entri nie.. siap bagi kajian literatur mengenai jerawat.. ahaaha

    ReplyDelete
  2. kajian terperinci gitew..... siap ada kajian perpeustakaan. LOL

    ReplyDelete
  3. hahaha.. kene ade info gak blog aku nih. LOL
    p/s: sharing is caring~

    ReplyDelete