Tuesday, January 4, 2011

LADIES COACH ONLY...

~ so ladies.... =) ~ 
[p/s:image from google]

ni nak stori sket perjalanan aku nak gi seremban by komuter.. alkisah, aku menuju ke seremban sebab nak balik melaka..sesampainye komuter depan bijik mata aku pada tarikh 28 disember 2010 yang lepas, aku memilih untuk masuk tru ladies coach yang disediakan khas untuk kaum hawa.. means ladies la 2.. even aku ni tak brape sangat nak ladies [kot...] bak kater ade 1 tajuk lagu tu, I'M NOT A GIRL, NOT YET A WOMEN la...

memandangkan aku menunggu pada hari biasa [selasa] lebih kurang pukul 12 lebih la ghasenye, jadik, orang pon tak brape ghamai nau.. dengan yakin aku masuk la koc wanita [dalam bahasa melayu la plak..]

~ pintu tren pon tertutup... nebes la plak...~

aku rasa aku tak tersalah masuk gerabak.. sebab dah terang-terangan kat pintu tren tu gambaq orang pompuan. and kaler pink yang sinonim ngan pompuan. [oppss i setia ngan OREN ye..]. so, aku tengok, banyak lagi seat kosong. maknanye, takde la nak tercabut kaki ai ni berdiri dari stesyen UKM-Seremban nanti..

aku pon duduk la kat seat yang kosong... skali lagi aku kompom yang aku ni tak salah gerabak coz bukti seperti gambar di bawah:

~ dah betul la 2... coach for ladies only... ~

tapi.. bile aku pandang ke kanan seat berdepan ngan aku ade plak makhluk tuhan ni...

~ APAKAH!!! ~

~ milik siapakah hamba ini??? sila angkat tangan!! ~

first impression aku terhadap pakcik ni:

  • dia tak tau ke ni gerabak untuk pompuan???
  • mungkin bukan warganegara malaysia kot.. [bukan bersikap diskriminasi, tapi just my impression je] sebab kadang-kadang [bukan selalu] foreigner ni tak tau bahasa yang bukan selalu dia guna.. bukan semua foreigner tapi segelintir
  • kat gerabak biasa ramai orang kot..
tapi semua tu hanya impression aku aje sebab:
  1. pakcik ni boleh berbalas text @ mesej ye... [advance pakcik ni..]
  2. telepon dia menggunakan rington monofonik lagu 2 insan!!! [macam takde kene mengena jek..]. bergema ladies coach sebentar ye dok dengar ringtone pakcik tu yang cintan tu...
  3. dia bercakap dalam bahasa melayu malaysia dari segi slang, lorat bahasa dia. aku konklusikan bahawasanya dia ni orang melayu kita la kot..
  4. dia boleh membaca.. sebab pas dia dok calling-calling, dia bukak ade dokumen and dok belek-belek benda alah tu..
hmmm.. macam mane pakcik ni ley tersesat dalam ladies coach ek???? pe pendapat korang??? kes ni bukan pertama kali bagi aku.. cuma this time macam nak lebih tekankan jek... sape yang perlu dipertanggungjawabkan kalau berlaku kes-kes macam ni??? ni adelah pendapat aku semata-mata...

punca:
  • kurang penguatkuasaan dari pihak KTM atau yang sewaktu dengannya.. 
  • orang ramai wat derk jek.. [termasuk la aku kot..]
  • kurang kesedaran sivik [insan yang salah masuk coach and orang dalam coach tu..- skali lagi aku terasa ngan statement sendiri!]
cara mengatasi:
  • kene ade orang yang dok jaga koc wanita tu.. tak kira la polis bantuan ke, pihak KTM sendiri ke.. jangan bagi kaum-kaum adam yang dok menyelit dalam koc kaum-kaum hawa..
  • orang awam kene lebih prihatin lagi... [termasuk la aku!!]
banyak lagi kot.. aku bukan tak nak tegur pakcik tu, tapi aku takut menjatuhkan air muka dia kat khalayak... wajarkah aku bersikap demikian?????



2 comments: