Wednesday, February 3, 2010

GURU BARU WAJIB KE PEDALAMAN???

baru jap td aku bukak berita harian online...padahal dh nk msuk berita baru dh..hehe. ade 1 artikel yg menarik perhatian aku.. tajuk dia adalah "NUTP SYOR GURU BARU WAJIB KE PEDALAMAN"...aku copy n paste artikel berkenaan spt dibawh ni. so, pada sape2 yg lom bace artikel trsebut leh la bace, sape yg dh bace pn leh baca skali lg k..

NUTP syor guru baru wajib ke pedalaman

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan guru yang menamatkan latihan perguruan wajib berkhidmat di pedalaman dan luar bandar sebagai mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata tenaga pendidik terutama mereka yang belum berkeluarga sesuai mengisi kekosongan di kawasan itu selain membolehkan golongan terbabit mendapat pengalaman baru.

“Perkara ini sudah lama dibangkitkan iaitu menghantar guru berkhidmat di pedalaman bagi tempoh tertentu. Namun, saya rasakan kini tiba masanya perkara ini diperluaskan semula.

“Perkara ini mungkin menyulitkan bagi guru yang sudah berumur dan berkeluarga kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Kementerian Pelajaran mewajibkan guru ke pedalaman untuk tempoh tertentu bagi mengatasi kekurangan tenaga pengajar.

Hashim berkata, pihaknya yakin tindakan itu turut menguji kewibawaan guru selain bersedia dari segi mental dan fizikal jika dihantar ke kawasan terbabit.

Sementara itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang turut menyokong yakin tindakan mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan di pedalaman.

Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian juga perlu mempertimbangkan khidmat di kawasan berkenaan sebagai syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat guru.

“Guru yang diarahkan untuk berkhidmat di luar bandar dan pedalaman harus menerima tanggungjawab itu dengan hati terbuka kerana sumbangan mereka amat penting terutama memastikan murid dan pelajar di kawasan berkenaan menerima pendidikan yang secukupnya,” katanya.

sumber: berita harian online, rabu, 03 februari 2010

so, amacam geng?? bersediakah anda untuk dihantar ke pedalaman?? kalu luar bandar ok g kot.. hehhe..bg aku, insyaallah, klo dh rezeki aku kat kwsn pedalaman, kat situla aku akan memberikan perkhidmatan aku...ape2 pon, setelkan stdy dlu k..praktikum pn lom setel g..dh pk sal posting..huhuhu

2 comments:

  1. impian ak mmg nk g pedalaman tp xtaulah kan ad ke tak pekak kat pedalaman tu.

    ReplyDelete
  2. huhu..yg pnting, walau dmana kita berada, perkhidmatan yg dberikan mstilah tip-top kan cik mun..hehhe

    ReplyDelete