Monday, August 17, 2009

SETEM BY KABIR BHATIA ~ BESH WOOOO


setem - yang aku tau jilat, lekat, pos....2 antara dialog awal yg dituturkan oleh rashidi ishak sbgai pembuka citer setem ni.. kalo korang nk tau,ku dh 2x tengok citer ni...nak kate terpaksa tgk kali ke-2 tu xjgk cz citer ni mmg besh wa ckap sama lu beb..1st time aku tgk cite ni pd hri khamis 13 ogos 2009, seat no D 08, kol 8.30 mlm bertempat di alamanda putrajaya..hahaha. aku ngan sape??? xpyah la aku nk statekan kat cni....bia kitorg jek yg tau.. n 2nd time aku tgk citer ni kat tempat yg same iaitu alamanda putrajaya, tp this time ngn org lain, tarikh, masa n seat yg lain gak..hahaha..yg ni aku leh gtau ngn sape aku tgk...as usual la grup2 "koling"..tp kami ber4 jek. faizal, azri, sha, dan aku..sbnarnye sblum pi alamanda ni kitorg ber3 kecuali azri, pi amik ic kat jabatan pendaftaran negara, putrajaya.balik 2 pe lg, melaha la kat alamanda...

ni ade ckit sinopsis (ke prolog??? aku pn xtau) about citer setem ni....so,korang pertimbangkan la wether nk pi tgk ke x k:

Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya….Tahun 2008Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka.

Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut. Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut.

Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander. Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda 30 JULAI 2009…..

ha, amacam??? ade teruja??? siap pomot lg 2 ha...antara pelakon2 yg membintangi citer setem ni adelah:
  • afdlin shauki - jo
  • rashidi ishak - sid
  • sathia - vellu
  • que haidar - iskandar
  • vanida imran - yasmin
  • indi nadarajah - mani
dan ramai lg..kalau nk tau pi la serang pawagam yg berdekatan dgn anda.....

dengan ini aku bg 4 setengah bintang utk filem ni cz aku ikut prinsip "kami guru malaysia" yg baginye, imposible student dpt 100% betul n yg pling penting, nobody perfect right???


P/S: just dont be late=justin timberlake....wakakaka

1 comment: